Isteri seorang anggota Unit Amal Kota Bharu telah dimasukkan ke wad ICU kerana disyaki terkena wabak H1N1. Sehubungan dengan itu, Jabatan Amal Kota Bharu telah mengadakan lawatan ziarah bertemu anggota Unit Amal terbabit bagi menyampaikan sumbangan kepada beliau bagi meringankan beban. Dalam rombongan ziarah terbabit, wakil daripada Jabatan Amal Kota Bharu mengucapkan takziah serta berharap supaya isteri beliau diberi kesembuhan.
Showing posts with label Negeri. Show all posts
Showing posts with label Negeri. Show all posts
Pak Lang Aziz Masih Terlantar Di Hospital
Sahabat kita sdr aziz kasim (Pak Lang) Setiausaha Jabatan Amal Kedah,sudah semingu telantar di Hospital sungai petani, beliau terlibat dlm kemalangan jalanraya, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas di ceramah pelancaran¬ Kebajikan Rangkaian Angkatan Tentera (Kerabat) peringkat Negeri Kedah, di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti ...Saya dengan rasa rendah diri , dengan ini, ingin memohon dan meminta jasa baik para sahabat sekalian untuk kita bersama sama membantu sahabat kita,
Kepada sesiapa yang ingin menghulur sumbangan sila salurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional - 02126 2900 0030 390
Bersih 3.0: Unit Amal, Exco AMK ditahan malam tadi
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Unit Amal PAS dari Teluk Kemang Mat Kamal Ismail di tahan pihak polis malam tadi dipercayai ada kaitan dengan penglibatannya dalam himpunan Bersih 3.0.
Menurut Ketua Pengarah Unit Amal PAS Pusat Johari Osman, Kamal ditahan beberapa anggota polis kira-kira jam 12 malam tadi ketika sedang berkerja syif malam di pejabatnya.
"Selepas ditahan dia dibawa ke IPD Teluk Kemang dan pagi tadi dia dibawa ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur," kata Johari mengesahkan.
Sementara itu, seorang lagi anggota Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Farhan Ibrahim turut ditahan pagi tadi.
Difahamkan beliau ditahan oleh polis sekitar jam 3 pagi di Melaka Tengah.
Timbalan ketua penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, Farhan juga ditahan dipercayai ada kaitan dengan himpunan Bersih 3.0.
"Dikatakan Farhan ini antara yang dicari oleh pihak polis, tapi kita masih belum tahu apa sebab sebenar beliau ditahan, " katanya.
Farhan kini didakwa sedang berada di IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan.
Menurut Ketua Pengarah Unit Amal PAS Pusat Johari Osman, Kamal ditahan beberapa anggota polis kira-kira jam 12 malam tadi ketika sedang berkerja syif malam di pejabatnya.
"Selepas ditahan dia dibawa ke IPD Teluk Kemang dan pagi tadi dia dibawa ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur," kata Johari mengesahkan.
Sementara itu, seorang lagi anggota Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Farhan Ibrahim turut ditahan pagi tadi.
Difahamkan beliau ditahan oleh polis sekitar jam 3 pagi di Melaka Tengah.
Timbalan ketua penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, Farhan juga ditahan dipercayai ada kaitan dengan himpunan Bersih 3.0.
"Dikatakan Farhan ini antara yang dicari oleh pihak polis, tapi kita masih belum tahu apa sebab sebenar beliau ditahan, " katanya.
Farhan kini didakwa sedang berada di IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan.
BERSIH 3.0. dari catatan Seorang Unit Amal Kedah.
Pada mulanya.saya tidak bercadang untuk hadir pada perhimpunan bersih di KL.Bagi saya sebagai rakyat Malaysia kebebasan bersuara telah lama hilang dari kehidupan rakyat Malaysia ini.Negara kita hanyalah sebuah Negara yang kuno di zaman ledakan teknologi komunikasi sedang berkembang dengan pesatnya di alam ini.Apalah yang perlu saya perjuangkan kerana saya masih bujang dan tidak perlu memikirkan masa depan generasi mendatang selain ibu saya yang masih hidup.Pengalaman dari BERSIH 2.0 telah mengajar saya bahawa suara rakyat seperti kami hanyalah gas pemedih mata,pukulan belantan dan sepak terajang dari robot2 syaitan yang bergerak dengan berTUHANkan pangkat dan harta duniawi semata2.
25.4.12-
Saya menerima maklumat dari seorang sahabat yang menghantar anaknya yang berumur 15 tahun untuk dijaga oleh SAC 3 UNIT AMAL KEDAH diperhimpunan.Saya jadi serba salah untuk tidak turut serta dengan membiarkan SAC3 menghadapi nya tanpa bantuan dari saya.Saya memohon tempat ke BERSIH 3.
25.4.12-
Saya menerima maklumat dari seorang sahabat yang menghantar anaknya yang berumur 15 tahun untuk dijaga oleh SAC 3 UNIT AMAL KEDAH diperhimpunan.Saya jadi serba salah untuk tidak turut serta dengan membiarkan SAC3 menghadapi nya tanpa bantuan dari saya.Saya memohon tempat ke BERSIH 3.
SAC3 datang menjemput saya dirumah bersama seorang kawan .Kami bergabung bersama 5 angota Amal kulim.3 Amal digerakan dengan sebuah kereta ke kl sebagai peninjau.Saya ,SAC3 dan M ditugaskan untuk membawa masuk 36 peserta bersih dengan sebuah bas terdiri dari 5 orang lelaki cina dan 4 orang perempuan yang sebaya atau lebih dari ibu saya.Jam 2 pagi 28-4-12 kami bergerak bersama 2 Amal dengan sebuah kereta sebagai pemandu arah bas.1 tanggungjawap yang berat dan mencabar kali ini.Saya tidur sepanjang perjalanan ke KL bagi meredakan tekanan yang bakal dihadapi.
28-4-12-jam 7.30 pagi -
28-4-12-jam 7.30 pagi -
Kami sampai di KL.laluan masuk ke DATARAN telah disekat dalam lingkungan 1km.Pagi yang tenang diuji dengan cabaran melintas lebuhraya KL bersama pakcik dan makcik.Alhamdulilah segalanya dilindungi Allah dengan selamat walaupun 2 orang makcik hampir dirempuh super bike yang sedang menguji power.Kami bergerak memasuki 1 kawasan taman tugu Negara bersebelahan dg ibu pejabat polis bukit aman.SAC3 dan saya meninjaui laluan masuk dataran melalui kawasan bukit aman untuk memasuki kawasan masjid Negara.Begitu ramai robot2 perang dikawasan sekitar bukit aman dan luar masjid Negara.Saya tidur di dalam masjid sementara SAC3 meninjau kawasan sekitar untuk memasuki dataran.
Jam 11.30 pagi-
Jam 11.30 pagi-
Kami bergerak bersama memasuki kawasan dataran dan bergabung dengan sebahagian rombongan yang datang bersama kami tadi.Kami mengambil tempat dihadapan Dataran merdeka berhampiran dengan kawat berduri yang direntang pihak polis.Segalanya berjalan lancar dengan penuh harmoni .Saya lihat perserta duduk sambil melambung2 bola angin berwarna hijau.Diudara angota polis meninjau kawasan sekitar menggunakan helikoter dan payung udara berinjin.
Jam 1.30 tengahari-
Jam 1.30 tengahari-
Saya diarah untuk membuka tempat sembahyang di tengah kesesakan perserta perhimpunan.Keadaan semakin sesak dengan kehadiran orang ramai yang semakin padat.Kami bersama perserta makan sekadar yang ada untuk meredakan tekanan .
Jam 14.25 petang-
Jam 14.25 petang-
Kami dimaklumkan oleh seorang unit amal bahawa halangan berduri yang memisahkan perserta bersih dan polis telah dibuka berhampiran bangunan putih yang dikuasai secara total oleh pihak polis.Di tinggat dua banguanan ini juga saya melihat sekumpulan lelaki memijak2 gambar PM sebelumnya.
Saya meninjau kawasan sekitar lokasi dan medapati kawat berduri telah dibuka dengan teliti oleh pihak polis dan diganti dengan kon dah pagar besi bagi memudahkan orang ramai merempuh sekatan.pihak polis mengawal lokasi dengan ketat dikawasan belakang laluan terbabit.Kami bergerak kekanan untuk memaklumkan kepada pasukan amal kedah yang berkawal dihadapan kawat berduri mengenai perangkap yang telah disediakan oleh pihak polis.
Jam 3.00 petang-
Jam 3.00 petang-
Saya bertemu YB Mahfuz .YB meminta pertolongan saya dan SAC3 untuk mejaganya akibat diekori oleh 2 lelaki unit amal yang tidak dikenali.Kami tahu pada hari ini pihak polis telah menyediakan ramai polis yang menyamar sebagai Unit Amal dan perserta perhimpunan.Kemudian kami bertemu dengan dengan YB Salahuddin Ayob dan saya diamanahkan untuk menjaga YB Din.
Kemudian saya terdengar riuh rendah di kawasan perangkap tadi.Saya dapati beberapa lelaki telah memasuki kawasan perangkap tersebut dan memanggil orang ramai mencereboh kawasan terbabit.pihak polis yang berkawal membiarkan saja kelakuan pihak terbabit. Provokasi telah dilakukan oleh pihak polis berbaju preman.Unit amal Berjaya mengawal orang ramai dari memasuki kawasan terbabit.
Saya berada dihadapan bangunan DBKL.Kemudian saya Nampak sekumpulan lelaki dari arah kanan bangunan DBKL memasuki kawasan polis dan membuat kacau.Mereka datang dari kumpulan polis tanpa memecahkan halangan.Tiba2 gas pemedih mata dilemparkan turun kearah orang ramai dan keadaan menjadi tidak terkawal dan disusuli dengan letepun senapang gas pemedih mata dihadapan saya.Saya melarikan YB Din dan seorang pak lebai kerah bangunan DBKL.Selepas laluan keretapi YB din terlepas dari jagaan saya.YB lari lagi laju dari saya.Saya memegang pak lebai terbabit tetapi tetapi pak lebai rebah akibat terkena gas .Saya cuba untuk membantu pak lebai tersebut tetapi gagal akibat terkena gas pemedih mata pertama.
3.10 petang-
Saya terasa tidak dapat bernafas dan hamper mati akibat gas tersebut.sebelah dari tangan saya telah menongkat bumi dan mata tidak dapat melihat. Dalam keadaan yang panik itu saya mencapai botol air garam dan mininumnya.Keadan beransur pulih dan mata mula dapat melihat.Saya cuba beredar dari kawasan terbabit.
Tidak sampai 10 langkah seorang lelaki memanggil saya untuk membantu adiknya yang kelemasan akibat gas. Saya lihat mangsa mengelupur seperti ayam yang kena sembelih .Saya tuangkan air garam didalam mulutnya tetapi disembur keluar semula .Saya mengarahkan orang ramai membuka baju mangsa .Mereka mengoyak baju mangsa .
Belum sempat baju ditanggalkan sebutir gas jatuh ditepi kami.Saya menyeret mangsa bersama abangnya kebangunan belakang bangunan DBKL dan terjumpa dengan pasukan medic yang menyediakan alat bantuan penafasan.Belum sempat mangsa pulih sebiji lagi gas luruh berhampiran kami.Pasukan madic bertempiran lari akibat terkena gas.
Sekali lagi saya mengarahkan orang ramai mengubah mangsa bersama alat bantuan penafasan madic.Kami berhenti berhampiaran tebing sungai Gombak untuk memulihkan mangsa terbabit.Stelah mangsa pulih saya meninjau kawasan sekitar untuk keluar dari kawasan gas beracun itu.Tbing sungai terlalu tinggi untuk saya terjun kedalam sungai.Saya naik ketempat yang lebih tinggi untuk meninjau kawasan sekitar.Saya tidak tahu kemana arah untuk menyelamatkan diri.
15.30 petang-
Akibat tiada jalan untuk keluar dan dalam keadaan marah dan panas akibat gas.Saya menjerit dengan kuat dan keluar dari belakang bangunan DBKL kejalan utama (jalan raja laut) dan mula mencabar pihak polis menembak.
Polis menembak gas kearah saya.Saya berundur dan peluru gas jatuh seperti hujan di belakang saya.Mereka terus menembak sehingga saya berundur dihadapan SOGO.Kemudian water tanker mula menyembur orang ramai dan saya tahu pihak polis kehabisan peluru.Saya mengerahkan orang ramai melawan dan mereka mula membuat benteng dari kon dan besi penghadang jalan.Saya melihat mereka mengawal kawan2 mereka dari merosakkan harta benda awam.
Zon perang telah diwujudkan dikawasan terbabit.Mereka melawan dengan penuh semangat untuk mempertahankan anak bangsa mereka sendiri yang diinayakan oleh ahli politik.pihak polis terpaksa berundur akibat kemarahan rakyat.
4.30 petang-
Saya beredar lorong disebelah kiri untuk mendapatkan bekalan air minuman akibat kepanasan dari kesan gas yang membakar kulit.Telah 3 kali saya meminta minuman dari orang ramai dan saya berasa sangat malu dengan perbuatan saya itu.
Saya beredar lorong disebelah kiri untuk mendapatkan bekalan air minuman akibat kepanasan dari kesan gas yang membakar kulit.Telah 3 kali saya meminta minuman dari orang ramai dan saya berasa sangat malu dengan perbuatan saya itu.
Saya dapati banyak kedai ditutup.Jika ada pun mereka tidak mahu menjual air kepada saya.Saya terjumpa penjual ais krim dan membeli dan mula melepaskan dahaga.belum sempat habis menjamah ais krim seorang lelaki yang kehausan berdiri dihadapan saya dan saya member separuh dari ais krim saya kepadanya.Saya bergerak kemasjid india untuk mencari bekalan air yang baru.
Tiba dikawasan sekitar masjid india saya dapati sebuah gerai minuman beroperasi. Sungguh laris perniagaannya.orang ramai berpusu2 untuk membeli minuman. Saya berniat untuk membeli minuman tetapi dikejutkan dengan kehadiran 3 angota polis berunifom (tidak mempunyai nombor badan dan nama) dan berberapa polis berbaju preman.
Mereka menangkap perserta bersih dan membelasahnya. Saya menegur perbuatan mereka kerana boleh mengakibatkan kemarahan orang awam akibat tindakan mereka. Mereka marah dengan perbuatan saya dan seorang SB telah mula menyeluk begnya yang saya jangka sedang mencapai pistol untuk menembak saya.Telah menjadi tugas saya sebagai pasukan amal untuk menjaga keselamatan orang awam. Polis berunifom beredar dengan rasa tidak puas hati kepada saya tanpa membuat sebarang tangkapan. Saya pergi semula untuk medapatkan bekalan air.
Kemudian saya lihat sekumpulan angota polis berunifom seramai lebih kurang 15 orang lalu dihadapan saya.Tiba2 seorang angota polis menolak saya dengan keras.Saya menolaknya semula.Dia menendang kerah saya tetapi berjaya ditangkis oleh kaki saya.
Tiba2 sebiji penumbuk datang dari arah kiri saya.Saya cuba mengelak tetapi terkena hidung saya dan patah.Saya sangat marah dan menumbuk pipi kiri angota polis yang menolak saya dan dia rebah memeluk pinggang saya.Saya cuba melepaskan diri tetapi diserang oleh dari berbagai arah seperti orang gila yang dirasuk syaitan.orang ramai datang membantu dan saya terlepas dari asakan .
Hidung saya berdarah. Saya jadi sangat marah dengan sikap angota terbabit dan mula mencari apa saja untuk dibuat senjata bagi menyerang syaitan2 terbabit. Jika diberi sebatang golok pada ketiga itu saya akan berdoa semoga tuhan membenarkan saya memancung 15 angota terbabit sebelum nyawa saya bercerai dengan badan.
4.50 petang-
4.50 petang-
SB polis mula mengekori saya dan mengawasi saya. Saya tidak tahu arah untuk beredar dari kawasan terbabit dan saya jangka pihak polis akan datang untuk membalas demdam terhadap saya.Saya rasa saya akan mengamuk sehingga mati pada masa itu.
Tiba2 sebuah kenderaan berhenti dihadapan saya dan 2 angota unit amal kedah datang mengambil saya dan mengeluarkan dari kawasan terbabit.Saya dibawa kemasjis mandi dan solat kemudian dibawa untuk makan .Kami singgah makan di hentian tol rawang.
1.5.12-
1.5.12-
Saya menjalani ujian x-ray dihospital kulim.Tiada klinik swasta yang dibuka semasa cuti hari perkerja.Terdapat lebih kurang 10 kesan kesakitan diseluruh angota tubuh saya akibat dipukul oleh pihak polis dengan benda keras.
Hidung saya ditumbuk mengunakan gari atau buku lima dan mungkin retak.leher kiri saya mungkin dipukul dengan t button yang boleh mengakibatkan kematian.Saya perlu keputusan x-ray sebelum prosen urutan dijalankan terhadap saya untuk memastikan tiada keretakkan pada tulang saya.
Doktor tidak mahu memberikan keputusan x-ray saya kerana bimbang perkara ini tersebar walaupun saya mahu membayarnya.Doktor memaklumkan tiada keretakan pada tubuh saya.Esoknya saya pergi mendapatkan urutan pada seorang bomoh di kampong keladi kulim.
4.5.12 -
4.5.12 -
Saya mendapat mimpi dari arwah abah yang datang melawat saya. Pada petangnya saya menghadiri majlis penkembumian emak kepada kawan saya di masjis al- taufik air merah.Saya dimaklumkan bahawa Ketua Polis Negara iaitu bekas sahabat arwah abah saya akan hadir untuk mengadakan majlis taklil di masjid terbabit.
Kesakitan akibat dibelasah polis datang semula selepas mendengar khabar kehadiran KPN tersebut.Saya akan mengibarkan bendera PAS dan akan diikat mengunakan kain pembalut luka dikubur arwah abah saya sebagai protes dari tindakan polis terhadap saya dan orang ramai semasa perhimpunan bersih.
Tiada siapa yang dibenarkan untuk mencabut bendera terbabit kecuali saya sendiri. LAKNAT KEATAS SESIAPA YANG MENCABUT BENDERA TERSEBUT.Semoga tuhan merahmati saya berserta perjuang2 yang menegakkan kebenaran .Amin….ya rabalalamin…ALLAH MAHA BESAR DAN MAHA ADIL.
Sumber : http://www.kedahlanie.info
Unit Amal diberi kepercayaan kawal program mega di Seremban
Unit Amal atau Jabatan Amal Negeri Sembilan telah diberi tanggungjawab untuk mengawal kelancaran program Malam Ihya Mahabbah Rasulullah saw bersama Al Habib Umar bin Hafidz yang telah diadakan di Masjid Negeri , Seremban pada 22 April 2012 yang lalu.
Sekitar Pengebumian Mangsa Tanah Runtuh Hulu Langat
SUMBER : http://dppwm.blogspot.com
Kesemua jenazah akan disembahyangkan di Masjid Sultan Hishammudin Alam Shah, Batu 14 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, dijangka selepas solat Zohor.
Pekarangan masjid dibanjiri ahli keluarga mangsa, pemimpin dan juga penduduk tempatan.
Mereka yang akan dikebumikan ialah Haziq, Mohd Hazim, Mohd Azrel Azahari, 8; Wan Ahmad Hasril Hazim, 19; Mohd Mustakim Mamat, 12, Mohd Zaim Azahawi, 14, dan Mohd Imal Fahad, 9.
Pekarangan masjid dibanjiri ahli keluarga mangsa, pemimpin dan juga penduduk tempatan.
Mereka yang akan dikebumikan ialah Haziq, Mohd Hazim, Mohd Azrel Azahari, 8; Wan Ahmad Hasril Hazim, 19; Mohd Mustakim Mamat, 12, Mohd Zaim Azahawi, 14, dan Mohd Imal Fahad, 9.
Peserta Imam Muda juga turut sama menurunkan jenazah ke dalam liang lahat
7 jenazah disemadikan bersama .... turut kelihatan Unit Amal Hulu Langat, Selangor
ALP Jabatan Amal Wilayah Urus Jenazah Ibu
KUALA LUMPUR, 7 Jun: Che Mah Sidek, 58, ibu kepada tiga anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan yang mengidap kencing manis dan darah tinggi meninggal dunia jam 2 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Allahyarhamuha meninggalkan suami dan lima anak iaitu Mohamad Azri, 35, Siti Zaharah, 34, Mohamad Roshidi, 30, Mohamad Izami, 25, dan Siti Zulaikha, 21.
Kesemua anak lelaki Allahyarhamuha adalah ALP Jabatan Amal PAS Wilayah yang aktif iaitu Roshidi dan Kawasan Titiwangsa, Azri dan Izami.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamuha.
Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, berbahagialah ibu bapa yang meninggalkan anak-anak soleh yang sentiasa berjuang di jalan Allah.
“Saya sempat menziarahi sahabat-sahabat ini semalam. Roshidi dan kakaknya memandikan ibu mereka buat kali terakhir, ketika solat jenazah suasana sebak apabila anak keempat, Izami menjadi imam dan menghadiahkan doa terakhir buat ibunya manakala Azri menguruskan pengkebumian,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Baginya, semua ibu bapa mengharapkan pengakhiran sebegitu di mana mahu anak mereka memandi dan mensolatkan jenazah mereka, menghantar jenazah ke kubur dan mengkebumikan, bukannya orang lain.
“Malangnya sesetengah anak-anak hari ini memberikan ‘tender’ pada orang lain untuk menguruskan jenazah ibu bapa mereka yang selama ini, ibu bapa itulah yang mengendong mereka ke sana sini hingga berumur 3 tahun, ibu bapa itulah yang memandikan mereka, beri pakaian dan segalanya,” katanya.
Kesemua anak lelaki Allahyarhamuha adalah ALP Jabatan Amal PAS Wilayah yang aktif iaitu Roshidi dan Kawasan Titiwangsa, Azri dan Izami.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamuha.
Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, berbahagialah ibu bapa yang meninggalkan anak-anak soleh yang sentiasa berjuang di jalan Allah.
“Saya sempat menziarahi sahabat-sahabat ini semalam. Roshidi dan kakaknya memandikan ibu mereka buat kali terakhir, ketika solat jenazah suasana sebak apabila anak keempat, Izami menjadi imam dan menghadiahkan doa terakhir buat ibunya manakala Azri menguruskan pengkebumian,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Baginya, semua ibu bapa mengharapkan pengakhiran sebegitu di mana mahu anak mereka memandi dan mensolatkan jenazah mereka, menghantar jenazah ke kubur dan mengkebumikan, bukannya orang lain.
“Malangnya sesetengah anak-anak hari ini memberikan ‘tender’ pada orang lain untuk menguruskan jenazah ibu bapa mereka yang selama ini, ibu bapa itulah yang mengendong mereka ke sana sini hingga berumur 3 tahun, ibu bapa itulah yang memandikan mereka, beri pakaian dan segalanya,” katanya.
Gotong-Royong Denai Pinggiran
Sumber : http://unitamaljohor.blogspot.com/
Denai Pinggilran, Kempas Johor, 27 mac 2010 : Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, Jabatan Amal Johor Zon Selatan terdiri dari 6 kawasan ( Kulai, Gelang Patah, Johor Baharu, Pontian, Pasir Gudang dan Tebrau) telah mencurahkan tenaga untuk membantu penduduk Denai Pinggiran Kempas, Johor didalam kerja gotong-royong pemindahan barang-barang rumah ke penempatan baru.
Denai Pinggilran, Kempas Johor, 27 mac 2010 : Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, Jabatan Amal Johor Zon Selatan terdiri dari 6 kawasan ( Kulai, Gelang Patah, Johor Baharu, Pontian, Pasir Gudang dan Tebrau) telah mencurahkan tenaga untuk membantu penduduk Denai Pinggiran Kempas, Johor didalam kerja gotong-royong pemindahan barang-barang rumah ke penempatan baru.
Kerja-kerja amal tersebut telah diketuai oleh Sdr. Mohd. Zaki Abd. Kader yang juga Timbalan Pengarah 3 Jabatan Amal Johor.
Semoga penduduk Denai Pinggiran yang terlibat sentiasa mendapat rahmat dan sentiasa bersabar didalam dugaan yang dialami. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada PAR (Pusat Aduan Rakyat DUN Kempas) yang diketuai oleh Sdr.Suhaizan Kayat telah bersungguh-sungguh didalam membela nasib penduduk yang terlibat.
Semoga Allah sentiasa bersama kalian.
Beramal Kerana Allah
Jambori Amal Pantai Barat Sabah 2010
Kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana Jambori Amal Pantai Barat Sabah telah berjaya dilaksanakan pada 12,13 dan 14 Mac 2010 baru baru ini. Bertempat di Kg. Indarasun Laut, Kudat seramai hampir 130 orang peserta dari seluruh kawasan Jabatan Amal Pantai Barat Sabah telah menyertainya. Antara kawasan yang telah menghantar peserta pada Jambori kali ini ialah Jabatan Amal Kudat, Jabatan Amal Pitas, Jabatan Amal Kota Marudu, Jabatan Amal Kota Belud, Jabatan Amal Sepanggar dan Jabatan Amal Keningau.
Pada siri Jambori Amal kali ini juga, satu lagi sejarah manis telah dicipta, di mana pelancaran 'Briged Amal peringkat Negeri Sabah' dengan secara rasminya telah dilancarkan. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Amal negeri Sabah, Saudara Amir Saifuddin Samsuddin pada slot 'Induksi Amal' yang diadakan pada hari terakhir jambori tersebut. Seramai lebih kurang 70 orang peserta dari kalangan remaja telah diterima sebagai ahli briged amal pada majlis tersebut, seterusnya pemakaian 'badge briged amal' sebagai simbolik kepada 'keahlian' telah disampaikan kepada ahli briged amal. Saudara Amir Saifuddin Samsuddin pada majlis perasmian tersebut mengingatkan kepada semua peserta tentang teras 5 budaya Jabatan Amal sebagai tunggak kepada semua ahli unit amal agar dijadikan asas dalam gerak kerja Jabatan Amal.
Sehari sebelum itu pelbagai kegiatan amal dan kebajikan telah dilaksanakan di perkampungan Indarasun. Antaranya, gotong royong membaiki masjid dan kemudahan tandas, gotong royong membersihkan perkuburan, pemeriksaan kesihatan, kelas memasak, malam kebudayaan, program anak angkat dan penyampaian bantuan kepada fakir miskin. Selain dari itu beberapa aktiviti pertandingan dari kalangan peserta dan penduduk turut diadakan. Antaranya pertandingan merempuh halangan, sumpit, timbang bola, tarik tali, bola sepak dan lain-lain lagi. Pada jambori kali ini juga pertandingan perkemahan dan gajet terbaik turut dilaksanakan.
Program yang mendapat sambutan baik dari kalangan penduduk ini telah melakarkan sejarah tersendiri apabila rata-rata penduduk melahirkan rasa terharu diatas kesediaan Jabatan Amal memilih kampung mereka sebagai tapak jambori amal pada tahun ini. Bagi pihak Jabatan Amal negeri semua gerak kerja amal ini adalah kejayaan bersama di atas sokongan dan dokongan dari semua peringkat. Tahniah kepada unit Amal Kudat selaku tuan rumah, ALP negeri yang terlibat, seterusnya unit amal seluruh kawasan Pantai Barat. Juga tidak dilupa sumbangan kewangan serta kenderaan dari unit Amal Putatan pada saat-saat akhir banyak membantu kelancaran program walaupun mereka tidak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Tahiah kepada semua! Allahuakbar! 'Beramal kerana Allah'





.jpg)











