Berita JAM Pusat

Berita JAM Negeri

Berita JAM Pusat [ Lihat Semua ]

Latest Updates

Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

Bersih 3.0: Unit Amal, Exco AMK ditahan malam tadi

3 comments

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Unit Amal PAS dari Teluk Kemang Mat Kamal Ismail di tahan pihak polis malam tadi dipercayai ada kaitan dengan penglibatannya dalam himpunan Bersih 3.0.

Menurut Ketua Pengarah Unit Amal PAS Pusat Johari Osman, Kamal ditahan beberapa anggota polis kira-kira jam 12 malam tadi ketika sedang berkerja syif malam di pejabatnya.

"Selepas ditahan dia dibawa ke IPD Teluk Kemang dan pagi tadi dia dibawa ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur," kata Johari mengesahkan.

Sementara itu, seorang lagi anggota Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Farhan Ibrahim turut ditahan pagi tadi.

Difahamkan beliau ditahan oleh polis sekitar jam 3 pagi  di Melaka Tengah.

Timbalan ketua penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, Farhan juga ditahan dipercayai ada kaitan dengan himpunan Bersih 3.0.

"Dikatakan Farhan ini antara yang dicari oleh pihak polis, tapi kita masih belum tahu apa sebab sebenar beliau ditahan, " katanya.

Farhan kini didakwa sedang berada di IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan.

Unit Amal diberi kepercayaan kawal program mega di Seremban

7 comments

Unit Amal atau Jabatan Amal Negeri Sembilan telah diberi tanggungjawab untuk mengawal kelancaran program Malam Ihya Mahabbah Rasulullah saw bersama Al Habib Umar bin Hafidz yang telah diadakan di Masjid Negeri , Seremban pada 22 April 2012 yang lalu.
Alhamdulillah, program yang dihadiri ribuan para pengunjung tersebut telah berjalan dengan lancar.





Sumber :  http://unitamaln9.blogspot.com/

Futsal Remaja

0 comments

Unit Amal Paroi Baiki Rumah Ibu Tunggal

0 comments

Ketua Pemuda PAS Tampin Merangkap Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Negeri Sembilan Meninggal Dunia

0 comments

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini.

Demikian dinyatakan Setiausaha Kerja PAS Negeri Sembilan Suhaire Sulaiman kepada Harakahdaily jam 1 pagi tadi.

"Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi.

"Isteri beliau sedang menunggu hari untuk bersalin anak ketiga dan anak sulungnya baru berusia 4 tahun.Sama-samalah kita mendoakan rohnya dan kesejahteraan keluarganya," katanya.

Khairul dikejarkan ke hospital berkenaan semalam selepas jatuh pengsan di Klinik Ampangan ketika mendapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan sejak tiga hari lalu.

Menurut salah seorang ahli keluarganya, pihak doktor mendapati buah pinggang Khairul kini gagal berfungsi, selain hati membengkak dan darahnya dimasuki kuman. - azm _

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Unit Amal Pusat ke Negeri Sembilan

0 comments






oleh : Penerangan Unit Amal Negeri

Seremban, 2 November 2008, Ahad; Ketua Pengarah Unit Amal Pusat, Ustaz Jamsari Masrom bersama dengan KSU Unit Amal Pusat telah mengadakan lawatan sehari ke Negeri Sembilan dalam rangka mengukuhkan organisasi Unit Amal di setiap Negeri. Unit Amal Negeri Sembilan amat bertuah kerana menjadi negeri pertama pilihan Ketua Pengarah Unit Amal Pusat.

Program bermula dengan pertemuan Badan Perhubungan Negeri Sembilan. Majlis dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohd Omar, Timbalan-timbalan pesuruhjaya, Setiausaha, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, YDP Jempol, Tampin, Telok Kemang, Rembau dan beberapa ajk perhubungan PAS Negeri. Pertemuan ini turut disertai Ahli Lembaga Pengarah Unit Amal Negeri.

Dalam pertemuan tersebut, Ustaz Jamsari menerangkan tujuan kedatangan beliau untuk membina hubungan baik di antara Unit Amal Pusat dan Perhubungan PAS Negeri Sembilan. Beliau menyarankan seorang ahli Unit Amal bagi setiap cawangan PAS. Sementara Pesuruhjaya PAS Negeri pula amat gembira di atas kunjungan hormat kepimpinan Unit Amal Pusat dan berjanji akan menjaga hubungan ini sebaik-baiknya dan seterusnya menjanjikan sokongan padu kepada Unit Amal. Beliau juga turut menyatakan komitmen beliau untuk menyumbang kepada Unit Amal Negeri sebanyak RM 1,000.00. Terima kasih daun keladi.

Selepas pertemuan bersejarah tersebut, rombongan Unit Amal Pusat telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Unit Amal Negeri Sembilan. Semua Unit Amal kawasan-kawasan telah menghantar wakil dalam pertemuan tersebut. Dalam pertemuan tersebut, Ustaz Jamsari menjelaskan perkembangan terkini Unit Amal dan telah memberikan sedikit motivasi dan gerak kerja yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli Unit Amal kawasan-kawasan.

Pelbagai soal-jawab menyerikan lagi majlis tersebut. Rata-rata peserta berasa amat berpuas hati atas kunjungan Ketua Pengarah Unit Amal Pusat. Mereka juga menyatakan kesedian untuk mengambangkan Unit Amal di peringkat kawasan-kawasan dan bersedia untuk menjulang Unit Amal ke persada dunia. Majlis diakhiri dengan bergambar bersama-sama dan bersalam-salaman sambil berpelukan sebagai menunjukkan semangat ukhuwwah yang sangat tinggi.

Gambar-gambar Operasi Unit Amal Negeri Sembilan Membantu Mangsa Banjir

0 comments

Berikut adalah operasi bantuan mangsa banjir yang dijalankan oleh Unit Amal Negeri Sembilan di dua kawasan iaitu di Taman Angsi Ville Tuanku Jaafar dan Ulu Rantau. Operasi tersebut turut dibantu ADUN Paroi, YB Hj Taufek Abd Ghani yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.


YB Hj Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi) turut membantu membersihkan rumah penduduk


Rumah seorang penduduk kaum cina yang dimasuki banjir


Keadaan banjir pada waktu malam


Bergambar dihadapan rumah mangsa banjir kaum cina selepas selesai membersihkan kawasan rumahnya.


Keadaan perumahan Taman Angsi Ville Tuanku Jaafar selepas banjir surut




Sumbangan anda diperlukan untuk membantu para sukarelawan Unit Amal Malaysia

Seremban , Rembau Banjir Teruk, Unit Amal Negeri Sembilan Perlukan Bantuan

4 comments


REMBAU 22 Oktober 2008 - Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan hari ini menyeru kepada seluruhrakyat Malaysia agar dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa daerah dan kawasan di Negeri Sembilan ini.

Menurut pengarahnya Sufian Ibrahim (gambar), hujan lebat yang turun pada waktu subuh semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan perumahan dinaiki. Selain kawasan perumahan golongan sederhana, kawasan perumahan mewah juga turut dinaiki air mengakibatkan penghuni-penghuni kawasan berkenaan terpaksa dipindahkan.

Menurut Sufian lagi, Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan telah mengerahkan kesemua anggota Unit Amal untuk turun ketempat-tempat yang dinaiki air bagi membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir serta barang-barang penting.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan memerlukan bantuan kewangan sekitar RM 3000.00 untuk kegunaan anggota-anggota Unit Amal membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir selain mandapatkan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk operasi menyelamat mangsa.


Kedah Dan Perak Turut Dilanda Banjir


Sementara itu, banjir di Kedah dan Perak turut diberi tumpuan memandangkan beberapa keadaan yang telah dikenalpasti turut mengalami banjir yang teruk. Pengarah Jabatan Amal Kedah melaporkan keadaan yang agak teruk dinaiki air ketika ini ialah kawasan Kuala Kedah, Alor Setar dan Kulim.

Di Perak pula, berdasarkan laporan yang diterima petang tadi, air masih lagi belum surut di kawasan Bukit Gantang, Pasir Panjang dan Semanggol. Namun begitu, mangsa-mangsa yang terlibat sudah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Semua anggota Unit Amal dari beberapa kawasan telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan samada wang, pakaian, lampin pakai buang bayi, makanan asas dan lain-lain lagi, bolehlah menghubungi :



Jabatan Amal Negeri Sembilan

1) Sufian Ibrahim (Pengarah ) 013-3589328
2) Zulkarnain (Timbalan Pengarah) 016-2097990 / 017-3051044


Jabatan Amal Kedah

1) Ustaz Zelani Nik Chik (Pengarah) 019-4156624
2) Mohd Zaidi (Setiausaha) 019-5454511


Jabatan Amal Perak

1) Roslan (Pengarah) 019-4227268
2) Arif (Bendahari) 019-5687195