Jabatan Amal Kelantan menjemput seluruh anggota Unit Amal di Malaysia untuk sama-sama menyertai Himpunan Amal Kelantan 2012. program ini dianjurkan bersama kerajaan negeri Kelantan di bawah Urusetia Pembangunan Insan, belia, Sukan dan NGO. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan. Sila rujuk tentatif program yang disertakan :
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Unit Amal diberi kepercayaan kawal program mega di Seremban
Unit Amal atau Jabatan Amal Negeri Sembilan telah diberi tanggungjawab untuk mengawal kelancaran program Malam Ihya Mahabbah Rasulullah saw bersama Al Habib Umar bin Hafidz yang telah diadakan di Masjid Negeri , Seremban pada 22 April 2012 yang lalu.
Jabatan Amal Serdang Anjur Golf Amal
Pertandingan Golf AMAL anjuran PERSATUAN BELIA PRIHATIN dan JABATAN AMAL KAWASAN SERDANG pada 25hb April 2012 yang lepas adalah bertujuan untuk mencari dana bagi Projek Pembangunan dan Pembinaan Kompleks Pendidikan Islam Bangi.
Kompleks yang terletak di alamat Lot PT 4, Jalan 6/6C, Seksyen 16, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor ini dibangunkan dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.
Kompleks ini juga akan menempatkan Sekolah Agama, Maahad Tahfiz, dan Institut Pengajian Islam Sepanjang Hayat.
Sekiranya tuan/puan berhajat untuk memberikan sumbangan, sumbangan boleh terus melalui akaun Maybank Islamic : 562263023410.
Perkhemahan Jabatan Amal diganti dengan Jambori
TARIKH :
3 - 5 DISEMBER 2010
TEMPAT :
KEM PENGAKAP NEGERI MELAKA
Salam perjuangan warga anggota Jabatan Amal seluruh Malaysia. Sepertimana yang diketahui, Jabatan Amal Malaysia akan menganjurkan satu program iaitu Perkhemahan Jabatan Amal untuk kali yang pertama. Seperti yang telah diperbincangkan program ini khas untuk ahli yang berdaftar sahaja yang mana sebelum ini kita menganjurkan acara Jambori Amal setiap tahun tetapi kebanyakan peserta tidak mendaftar sebagai ahli Jabatan Amal. Oleh yang demikian, acara tahunan Jambori akan diselang-selikan dengan program Perkhemahan Tahunan Amal.
Setelah diperhalusi bentuk program yang ingin diadakan ini menyerupai acara Jambori, mesyuarat seterusnya merombak semula program ini dan keputusan yang dibuat dikekalkan program Jambori Amal yang dibuat sebelum ini dan ditambah beberapa pengisian dan peraturan yang baru.
Oleh kerana tarikh yang dicadangkan sebelum ini sepatutnya diadakan bulan November yang lalu, Jambori ini terpaksa bertukar tarikh ke bulan Disember iaitu 3, 4 dan 5 Disember. Ini adalah disebabkan keadaan beberapa negeri yang telah ditimpa bencana banjir yang hebat baru-baru ini. Atas sebab-sebab ini, program Jambori Amal Kebangsaan terpaksa diubah tarikh ke bulan Disember yang mana lokasi tempatnya tidak berubah.
Justeru pihak Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat memohon maaf diatas beberapa kesilapan dan pembetulan yang dibuat. Selain daripada itu diharap negeri-negeri dapat membuat persiapan dan jmaklumkan jumlah anggota yang akan hadir kepada Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia iaitu Abdullah Abd Manan.
Perkhemahan Jabatan Amal Malaysia Kali-1
Sumber design banner : http://jabatanamalkedah.blogspot.com/
Tarikh : 26, 27 & 28 November 2010
Tempat : Kem Pengakap Negeri Melaka, Bukit Katil.
PENDAHULUAN
Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktivitI pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform Jabatan Amal Malaysia.
Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang anggota tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para anggota juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.
Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Teras Lima Amal. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.
LATAR BELAKANG
Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
Pada tahun 2010, dijangkakan sejumlah 800 orang peserta akan menyertai Perkhemahan Unit Beruniform Kali 1. Program ini akan melibatkan sejumlah
- Urusetia Pusat 20 orang
- Urusetia negeri - 13 orang x 11 negeri = 143 orang.
- Pemimpin negeri - 13 orang x 11 negeri = 143 orang.
- Jurulatih – 4 orang setiap negeri x 11 = 44 orang.
- Pasukan negeri – 40 orang x 11 negeri = 440
bagi melaksanakan pelbagai aktiviti integrasi, pertandingan, rekreasi,dan kerohanian dalam perkhemahan.
RASIONAL
- Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat ”ALAMALU LILLAH”, perpaduan, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.
- Melahirkan ahli Jabatan Amal yang berkualiti dan terlatih.
- Tema tahun 2010 ialah “ AL AMAL LUL LILLAH PEMANGKIN KECEMERLANGAN ”.
OBJEKTIF
- Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam perjuangan Islam.
- Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.
- Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.
- Untuk menggalakkan UKHUWAH ISLAMIYAH, AMAL JAMA’I dan memahami kebudayaan dan perjuangan Islam.
Himpunan 100 Ribu Rakyat Membantah Kezaliman Israel
Satu Himpunan 100,000 Rakyat akan diadakan bagi membantah kezaliman tentera Zionis Israel yang telah menyerang dan mengakibatkan seramai 10 orang aktivis sukarelawan yang menyertai konvoi Misi Kemanusiaan menghantar bantuan ke Gaza terbunuh dan 12 orang aktivis dari Malaysia ditahan oleh tentera zionis. Berikut adalah butiran lanjut berkaitan penganjuran himpunan tersebut :
Diharap semua rakyat Malaysia yang beragama Islam diharap dapat bersama membela saudara kita di Palestin dan saudara kita yang ditahan oleh zionis. Kepada warga yang bukan beragama Islam juga dijemput sama-sama menyertai sebagai tanda mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh zionis.
Tarikh :
4hb Jun 2010
Masa :
Selepas Solat Jumaat
Tempat :
Kedutaan Amerika, Jalan Tun Razak (berkumpul dan bermula dari Masjid Kg Bharu seterusnya berarak ke Kedutaan Amerika berhadapan bangunan Tabung Haji)
Pemimpin Himpunan :
Ybhg Tuan Hj Mohamad Sabu (AJK PAS Pusat), Pimpinan PAS Pusat dan Pimpinan Pakatan Rakyat.
4hb Jun 2010
Masa :
Selepas Solat Jumaat
Tempat :
Kedutaan Amerika, Jalan Tun Razak (berkumpul dan bermula dari Masjid Kg Bharu seterusnya berarak ke Kedutaan Amerika berhadapan bangunan Tabung Haji)
Pemimpin Himpunan :
Ybhg Tuan Hj Mohamad Sabu (AJK PAS Pusat), Pimpinan PAS Pusat dan Pimpinan Pakatan Rakyat.
Diharap semua rakyat Malaysia yang beragama Islam diharap dapat bersama membela saudara kita di Palestin dan saudara kita yang ditahan oleh zionis. Kepada warga yang bukan beragama Islam juga dijemput sama-sama menyertai sebagai tanda mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh zionis.
Majlis Makan Malam Sempena 20 Tahun Jabatan Amal Malaysia DPPP
MAKAN MALAM AMAL 2 DEKAD
TEMPAHAN MEJA HUBUNGI:
IZZAH (012-3439614)
HAFIZAH (014-2295449)
TEMPAHAN MEJA HUBUNGI:
IZZAH (012-3439614)
HAFIZAH (014-2295449)
1.0 MUQADDIMAH
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami beri balasan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (An-Nahl:97)
Menjelang 2011 maka akan genaplah 20 tahun penubuhan Jabatan Amal Malaysia sebagai salah satu badan beruniform yang diiktiraf sebagai salah satu anggota penggerak kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Tidak terlingkup di dalam PAS sahaja malah jasa dan bakti Jabatan Amal Malaysia turut diiktiraf kewujudannya oleh rakan-rakan dari Pakatan Rakyat yang lain.
Bermula dengan peristiwa ’Banjir Besar’ yang melanda Johor pada tahun 2006 dan disusuli dengan perarakan aman semasa ’Himpunan Bersih’ Pada tahun berikutnya benar-benar membuka mata semua pihak tentang kewujudan ’Tentera Merah’ yang satu ketika dahulu seolah-olah sering ditidakkan tentang kewujudannya kepada satu jenama yang cukup diterima bukan sahaja oleh ahli PAS malah turut dikagumi oleh mereka-mereka diluar parti politik.
Sejajar dengan usia yang semakin meningkat, Jabatan Amal Malaysia telah melalui pelbagai transformasi dari tahun ke tahun bagi membantu gerak kerja parti dalam apa jua perkara pun terutamanya di dalam membantu menaikkan nama parti kedalam arena politik negara.
Namun begitu ruang lingkup bidang tugas Jabatan Amal Malaysia tidak terhad kepada tugasan di dalam parti sahaja malah turut melangkaui kepada khidmat masyarakat baik di dalam mahupun di luar negara. Dimana sahaja anggota Jabatan Amal diperlukan, anggota yang ada sedia mencurah bakti sejajar dengan tema Jabatan Amal sendiri, ’Beramal Kerana Allah’.
Sehubungan dengan itu, bagi mempertingkatkan kecekapan dan kekemasan gerak kerja Jabatan Amal Malaysia di peringkat pusat dan negeri, Jabatan Amal Malaysia akan menganjurkan Majlis ’Makan Malam 2 Dekad’ Jabatan Amal Malaysia.
Majlis Makan Malam ini adalah bertujuan untuk memungut dana bagi mengisi ’Tabung Kebajikan Jabatan Amal Malaysia” yang akan dilancarkan secara rasmi pada malam tersebut.
2.0 OBJEKTIF
Mengumpul dana untuk menguruskan aktiviti-aktivi dan ‘Tabung Kebajikan Jabatan Amal Malaysia’;
i. Membantu jentera parti dalam melaksanakan kerja-kerja Amal dan Kebajikan.
ii. Bantuan kecemasan dan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam.
iii. Kebajikan ahli-ahli dan OKT dalam himpunan Bersih, Protes, Mansuh ISA yang masih dalam perbicaraan..
iv. Menjalankan kursus-kursus Kemahiran dan Lanjutan.
v. Aktiviti Jombori dan Konvensyen.
vi. Program-program ’Memasyarakatkan Amal.’
3.0 TEMA
’Makan Malam Amal 2 Dekad’
4.0 TEMPAT
Dewan Komuniti Serendah, Hulu Selangor
5.0 TARIKH
29 Mei 2010 – Sabtu
6.0 PENGANJUR
Jabatan Amal Malaysia dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor
7.0 JEMPUTAN / SASARAN
i. Parti-parti politik dari Pakatan Rakyat
ii. Oganisasi dan Dewan-Dewan dalam PAS
iii. Koperat-koperat PAS dan Pakatan Rakyat
iv. Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat
v. Ahli-ahli dan penyokong parti Pakatan Rakyat
vi. NGO-NGO
8.0 URUSETIA PELAKSANA
Penaung : Ustaz Nasarudin Hassan
Penasihat : Juhari Osman
Pengarah : Kasim bin Sabu
Timbalan Pengarah I : Mohd Azsmi Anuar
Timbalan Pengarah II : Mohd Nizam Mat Rahim
Setiausaha : Mohd Shahrani Abu Sahid
Penolong Setiausaha : Abu Musa Mokhtar
Setiausaha Kerja : Nurul Izzah Ab Halim
: Noor Afizah Basarudin
Bendahari : Kasim Sabu
JK Hebahan / Publisiti/ Tantatif : Khairil Anuar
JK Persiapan Dewan : Norazilan Awang
Abd Rahman Ismail
JK Makanan : Sharuddin
JK PA/IT : Amri Abdullah Sani
JK Protokol : Mohd Zad Abdullah
Shamsul
JK Keselamatan : Sazali
Azman Jamian
JK Kebersihan : Zamzuri Abas
JK Juruacara : Akhwan Afanddy
9.0 CERAMAH UMUM
Pengerusi : Ustaz Zeilani / Ustaz Nordin
Penceramah : Hj Mohamad Sabu
: YB Mohd Nizar Jamaluddin
: Wakil PKR
: Wakil DAP
10.0 TENTATIF PROGRAM
07.45 malam Ketibaan VIP Jemputan Dan Tetamu
08.00 malam Jamuan Makan
- Ucapan Aluan
- Persembahan Kumpulan dari “Pujangga”
- Tayangan Video Amal
- Pelancaran ‘Tabung Kebajikan Amal’
- Persembahan Kumpulan
09.30 malam Ceramah Umum
12.00 malam Bersurai
11.0 PENUTUP
Melalui Majlis ’Makan Malam 2 Dekad’ Jabatan Amal Malaysia ini diharap dapat membantu Jabatan Amal untuk turun ke padang dalam menjalankan aktiviti dan program yang mampu menaikkan dan memartabatkan lagi dasar perjuangan PAS agar diterima oleh seluruh lapisan masyarakat.
Ianya juga dapat mendekatkan Jabatan Amal Malaysia dengan masyarakat sekeliling dalam usaha ’memasyarakatkan Amal’
Wallahua’lam.
Jambori Amal Pantai Barat Sabah 2010
Kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana Jambori Amal Pantai Barat Sabah telah berjaya dilaksanakan pada 12,13 dan 14 Mac 2010 baru baru ini. Bertempat di Kg. Indarasun Laut, Kudat seramai hampir 130 orang peserta dari seluruh kawasan Jabatan Amal Pantai Barat Sabah telah menyertainya. Antara kawasan yang telah menghantar peserta pada Jambori kali ini ialah Jabatan Amal Kudat, Jabatan Amal Pitas, Jabatan Amal Kota Marudu, Jabatan Amal Kota Belud, Jabatan Amal Sepanggar dan Jabatan Amal Keningau.
Pada siri Jambori Amal kali ini juga, satu lagi sejarah manis telah dicipta, di mana pelancaran 'Briged Amal peringkat Negeri Sabah' dengan secara rasminya telah dilancarkan. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Amal negeri Sabah, Saudara Amir Saifuddin Samsuddin pada slot 'Induksi Amal' yang diadakan pada hari terakhir jambori tersebut. Seramai lebih kurang 70 orang peserta dari kalangan remaja telah diterima sebagai ahli briged amal pada majlis tersebut, seterusnya pemakaian 'badge briged amal' sebagai simbolik kepada 'keahlian' telah disampaikan kepada ahli briged amal. Saudara Amir Saifuddin Samsuddin pada majlis perasmian tersebut mengingatkan kepada semua peserta tentang teras 5 budaya Jabatan Amal sebagai tunggak kepada semua ahli unit amal agar dijadikan asas dalam gerak kerja Jabatan Amal.
Sehari sebelum itu pelbagai kegiatan amal dan kebajikan telah dilaksanakan di perkampungan Indarasun. Antaranya, gotong royong membaiki masjid dan kemudahan tandas, gotong royong membersihkan perkuburan, pemeriksaan kesihatan, kelas memasak, malam kebudayaan, program anak angkat dan penyampaian bantuan kepada fakir miskin. Selain dari itu beberapa aktiviti pertandingan dari kalangan peserta dan penduduk turut diadakan. Antaranya pertandingan merempuh halangan, sumpit, timbang bola, tarik tali, bola sepak dan lain-lain lagi. Pada jambori kali ini juga pertandingan perkemahan dan gajet terbaik turut dilaksanakan.
Program yang mendapat sambutan baik dari kalangan penduduk ini telah melakarkan sejarah tersendiri apabila rata-rata penduduk melahirkan rasa terharu diatas kesediaan Jabatan Amal memilih kampung mereka sebagai tapak jambori amal pada tahun ini. Bagi pihak Jabatan Amal negeri semua gerak kerja amal ini adalah kejayaan bersama di atas sokongan dan dokongan dari semua peringkat. Tahniah kepada unit Amal Kudat selaku tuan rumah, ALP negeri yang terlibat, seterusnya unit amal seluruh kawasan Pantai Barat. Juga tidak dilupa sumbangan kewangan serta kenderaan dari unit Amal Putatan pada saat-saat akhir banyak membantu kelancaran program walaupun mereka tidak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Tahiah kepada semua! Allahuakbar! 'Beramal kerana Allah'
Jabatan Amal Selangor Berjaya Menawan Puncak Gunung Nuang
Antara peserta daripada 48 peserta yang kesemuanya berjaya sampai ke Puncak
Brainstorming Jabatan Amal Perak
Pada 25 Januari lalu, Jabatan Amal Perak telah berjaya membuat satu program Brainstorming di Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak. Program tersebut dibuat selama dua hari satu malam, dengan kehadiran seramai 28 orang peserta.
Program ini hanya diperuntukkan kepada Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Penyelaras Unit Amal Kawasan sahaja.Dalam program ini,jabatan amal telah menjemput pegawai keselamatan dan latihan bomba Gopeng bagi menterjemahkan kemantapan yang perlu ada pada setiap orang tentang asas keselamatan yang betul agar dapat terhindar dari kecelakaan yang lebih teruk.
Tujuan utama brainstorming ini adalah untuk memantapkan balik unit amal disemua peringkat yang berlandaskan TERAS LIMA AMAL dengan visi, misi dan objektifnya.
Program ini hanya diperuntukkan kepada Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Penyelaras Unit Amal Kawasan sahaja.Dalam program ini,jabatan amal telah menjemput pegawai keselamatan dan latihan bomba Gopeng bagi menterjemahkan kemantapan yang perlu ada pada setiap orang tentang asas keselamatan yang betul agar dapat terhindar dari kecelakaan yang lebih teruk.
Tujuan utama brainstorming ini adalah untuk memantapkan balik unit amal disemua peringkat yang berlandaskan TERAS LIMA AMAL dengan visi, misi dan objektifnya.














