Berita JAM Pusat

Berita JAM Negeri

Berita JAM Pusat [ Lihat Semua ]

Latest Updates

Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Saya dibelasah teruk kerana dituduh pukul polis

1 comments
SHAH ALAM: Seorang anggota Unit Amal PAS, Mohd Fahmi Mohd Noor mendakwa beliau dipukul ketika ditahan pihak polis dan sepanjang perjalanan ke Dataran Merdeka sebelum dibawa menaiki trak polis.

Fahmi mendakwa beliau ditahan kira-kira jam 4.30 petang di persimpangan lampu isyarat di hadapan bangunan Sime Darby di Jalan Raja Laut ketika sedang mengarahkan peserta Bersih 3.0 beredar dan tidak menimbulkan sebarang tindakan yang boleh menaikkan kemarahan pihak polis.

Menurut Fahmi, beliau ketika itu dalam posisi membelakangi polis menyebabkan beliau tidak sedar bahawa polis sudah menghampiri beliau menyebabkan beliau ditangkap walaupun pada waktu itu beliau sedang mengarahkan peserta bertenang serta beredar.

"Saya sedang mengarahkan agar peserta tidak melakukan provokasi saya pula ditangkap.

"Dalam perjalanan ke Dataran Merdeka ketika melalui kaki lima saya telah dipukul oleh pihak polis termasuk ditendang malah terdapat di antara mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Menceritakan insiden itu lebih lanjut, Fahmi berkata, ketika ditahan beliau sempat bertanya kepada polis samada beliau sedang melakukan provokasi ataupun mengawal keadaan.

Namun salah seorang anggota polis itu ada mengatakan memang tiada provokasi dilakukan oleh beliau tetapi beliau harus juga ditangkap.

Beliau kemudian dibawa ke Dataran Merdeka bersama kumpulan lain yang lebih awal ditangkap.

"Jarak perjalanan agak jauh dan saya sendiri tidak pasti berapa kali dipukul, malah ketika sudah hampir di Kelab Di Raja Selangor saya sekali lagi dipukul oleh empat orang polis, disepak dan menyebabkan saya jatuh," ceritanya lagi.

Fahmi memberitahu setelah dipukul, beliau diletakkan bersama-sama dengan tahanan yang lain termasuk dengan bekas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Abdul Aziz Bari.

"Ketika saya duduk bersama-sama tahanan yang lain, terdapat seorang anggota polis menjerit dan mengatakan saya telah memukul anggota polis, tindakan tersebut menyebabkan saya sekali lagi ditarik dan dibawa ke belakang trak polis sebelum dibelasah teruk oleh sembilan orang anggota polis.

"Ketika itu saya dipukul dengan teruk termasuk dipijak di perut, ditendang di bahagian dada dan belakang. Saya telah ditumbuk menyebabkan cermin mata saya telah jatuh.

"Dalam keadaan samar akibat kehilangan cermin mata saya cuba mengambil semula cermin mata tersebut tetapi salah seorang anggota polis telah memijak cermin mata saya sehingga pecah, saya dipukul dengan teruk tanpa ada belas kasihan langsung oleh pihak polis," sambung beliau lagi.

Sewaktu dipukul, beliau juga mendakwa ada mendengar Aziz Bari merayu meminta polis berhenti memukul beliau.

Akibat dibelasah beramai-ramai itu, Fahmi mengalami kecederaan di bahagian muka, dada dan belakang.

Tidak lama kemudian, beliau bersama tahanan yang lain dibawa ke Pulapol untuk diambil keterangan.

Ketika memberi keterangan pula, Fahmi mendakwa  polis hanya mengambil maklumat peribadi sahaja tanpa bertanya apa yang berlaku terhadapnya sebenarnya.

Beliau yang baru enam bulan menyertai Unit Amal Shah Alam itu kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada hari Isnin 30 April sebelum membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang juga pada hari yang sama.

"Biarlah apa yang polis lakukan terhadap saya itu diadili oleh Allah dan saya tidak mempunyai apa-apa dendam dengan mereka.

"Cuma yang paling menyentuh perasaan saya ketika saya diarahkan menanggalkan beret yang dipakai oleh saya dan saya sendiri tidak mengetahui apa alasan sebenarnya polis suruh saya tanggalkan beret tersebut," katanya.
 

Jabatan Amal Serdang Anjur Golf Amal

0 comments




Pertandingan Golf AMAL anjuran PERSATUAN BELIA PRIHATIN dan JABATAN AMAL KAWASAN SERDANG pada 25hb April 2012 yang lepas adalah bertujuan untuk mencari dana bagi Projek Pembangunan dan Pembinaan Kompleks Pendidikan Islam Bangi.

Kompleks yang terletak di alamat Lot PT 4, Jalan 6/6C, Seksyen 16, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor ini dibangunkan dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.

Kompleks ini juga akan menempatkan Sekolah Agama, Maahad Tahfiz, dan Institut Pengajian Islam Sepanjang Hayat.

Sekiranya tuan/puan berhajat untuk memberikan sumbangan, sumbangan boleh terus melalui akaun Maybank Islamic : 562263023410.

Video Jabatan Amal Kawasan Serdang - Misi Bantuan Banjir di Kampar, Perak HD

0 comments



Jabatan Amal Serdang telah turun ke Kampar, Perak bagi menjalankan operasi Misi Bantuan Mangsa Banjir di Kuala Dipang, Kampar, Perak. Dalam operasi tersebut, Jabatan Amal Serdang telah menjalankan kerja-kerja membersihkan rumah-rumah penduduk yang dilanda banjir. Selain daripada itu, Jabatan Amal Kawasan Serdang telah menyampaikan wang tunai kepada Pengarah Jabatan Amal Perak, Sdr Arif Sha'arani untuk diberkan kepada penduduk yang ditimpa musibah.

Video Jabatan Amal Serdang - Program Santai Ukuwah

0 comments





Program Santai dua hari bersama AMAL Serdang di Country Heights Resort pada 6 & 7hb April 2012 (Jumaat & Sabtu).

Mengiringi Tn G Nik Aziz bersama NGO Tionghua di Serdang Raya

0 comments


Serdang 29 Jan 2012 - Jabatan Amal Serdang telah mengiringi Tn G Nik Aziz bersama NGO Tionghua di melawat sekitar Serdang Raya. Turut hadir di majlis YB Husam Musa, YB Dr Hatta, YB Dr Rani dan YB Ong Tee Keat.

Sekitar Pengebumian Mangsa Tanah Runtuh Hulu Langat

0 comments
Kesemua jenazah akan disembahyangkan di Masjid Sultan Hishammudin Alam Shah, Batu 14 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, dijangka selepas solat Zohor.

Pekarangan masjid dibanjiri ahli keluarga mangsa, pemimpin dan juga penduduk tempatan.

Mereka yang akan dikebumikan ialah Haziq, Mohd Hazim, Mohd Azrel Azahari, 8; Wan Ahmad Hasril Hazim, 19; Mohd Mustakim Mamat, 12, Mohd Zaim Azahawi, 14, dan Mohd Imal Fahad, 9.
  
  Peserta Imam Muda juga turut sama menurunkan jenazah ke dalam liang lahat

7 jenazah disemadikan bersama .... turut kelihatan Unit Amal Hulu Langat, Selangor


Banjir Lumpur Kembali Melanda Di Batu Caves

0 comments





Sumber : http://amalgombak.blogspot.com/

Batu Caves 1 April 2010 :
Seramai 30 orang Unit Amal Gombak dan Briged Amal Gombak turun membantu mangsa banjir di beberapa tempat di Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Kampung Sungai Kertas, Di Ketuai oleh Sdr Normazali Zainal.

Di antara tempat yang terlibat ialah Di Kampung Nakhoda: Jalan Nakhoda, Jalan Nakhoda 14, Jalan Nakhoda 15, Jalan Nakhoda 20, Jalan Nakhoda 22. Manakala di Kampung Laksamana: Jalan Laksamana 9, Jalan Laksamana 10.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan dari jam 6:30ptg sehingga jam 1:20pg dengan kerjasama Unit Amal Gombak, Briged Amal Gombak, (Pemuda PAS Batu Caves, Gombak Setia, Hulu Kelang), JKP Zon 13, JKKK Kampung Nakhoda dan Yang turut hadir ialah Kepimpinan Pemuda PAS Gombak dan Negeri Selangor.

Tamrin Jabatan Amal Selangor

0 comments

Taklimat dan Perasmian Program


Gotong-royong perdana di Perkampungan orang asli Bukit Lagong, Flying Fox, Rentas Halangan dan Rock Climbing


Senaman pagi dan kawad asas I


Pemeriksaan kawad dan perasmian penutup oleh Ustaz Azman Shapawi


Urusetia Tamrin Jabatan Amal Selangor 2010

Jabatan Amal Selangor Berjaya Menawan Puncak Gunung Nuang

0 comments
16 Januari 2010 8.00pagi : Bersama YB Dr Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi) di Masjid Kajang untuk acara pelepasan konvoi Kembara Gunung Nuang.



Sdr Khairil Anuar Timbalan Pengarah Jabatan Amal Negeri Selangor memulakan perjalanan



Puncak Gunung Nuang, dimana peserta yang sampai ke sini berpeluang melihat Bandaraya Kuala Lumpur dan Genting kerana keadaan cuaca pada hari tersebut amat baik


Bendera Jabatan Amal dikibarkan di Puncak Gunung sebagai isyarat bahawa Puncak telah ditawan



Antara peserta daripada 48 peserta yang kesemuanya berjaya sampai ke Puncak




Tentera Merah Bantu Kelancaran PRK

0 comments


Sumber : http://unitamalkotaraja.blogspot.com

Disebalik kelancaran lalulintas dan ketenangan persekitaran kawasan Markaz Induk PAS di Jalan Pantai Batu 3 1/4, sebenarnya ada satu pasukan ketenteraman awam PAS yang sentiasa bersedia 24 jam untuk berkhidmat di sana.

Nama 'tentera merah' biasanya digunakan untuk merujuk kepada pasukan Unit Amal PAS yang berseragam merah, berseluar hitam dan ber'beret' merah. Mereka inilah yang bertugas 24 jam mengikut giliran mengawal lalulintas yang memang sibuk dan kadangkala menimbulkan kesesakan pada masa-masa tertentu.

Wartawan bertugas sempat menemuramah seorang 'tentera merah' yang saban hari sentiasa setia menjalankan tugasnya tanpa rasa jemu dan sungutan. Wajahnya menjadi saksi usianya yang bukan lagi dikalangan anak muda.

Encik Mohd Zamhuri Mohd Tahir, 62, berkata dia begitu teruja dengan kerja-kerja keselamatan dan kebajikan ini sejak dari muda. Beliau yang berasal dari Perak berkata, penglibatannya secara aktif dalam Unit Amal adalah selepas pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.

Beliau memberitahu, sebelum ini beliau hanya bertugas secara sukarela secara berseorangan atas dasar ingin membantu parti dan agama. Malah juga terlibat dengan banyak operasi pencegahan maksiat di Perak.

Diifahamkan, seramai 20 orang petugas Unit Amal Malaysia telah bertugas mengikut giliran sepanjang 24 jam sehari bermula sebelum hari penamaan calon lagi.

Anak-anak muda ini menunjukkan kesetiaan dan kecekapan menjalankan tugas yang diamanahkan walau dalam keadaan panas atau hujan. Saban waktu, kerja ikhlas mereka dibalas dengan ucapan terima kasih dan senyuman dari sesiapa sahaja, sama ada pemimpin besar parti, petugas parti atau orang awam.

Tapi, tidak kurang juga mereka dihadiahkan dengan bebelan dan cemuhan kerana tidak dibenarkan 'parking' kereta di kawasan yang tidak dibenarkan. Tetapi mereka tetap meneruskan amanah yang digalas dengan penuh dedikasi. Cuba fikir jika kumpulan semut merah ini tiada, siapakah yang akan berada dihadapan sewaktu perhimpunan besar seperti demontrasi ISA 1 September lalu.

Kepada Unit Amal seluruh negara yang sedang bertugas, teruskan thabat anda. Syabas diucapkan!

Unit Amal Kota Raja Menghulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

0 comments





Sumber : http://unitamalkotaraja.blogspot.com/

Kg Tanjung Sepat, Kuala Langat 24 Sept –
Pas Kawasan Kota Raja telah menghantar beberapa orang anggota Unit Amal ke Kg Tanjung Sepat, Kuala Langat bagi membantu penduduk di kampung tersebut yang telah di timpa musibah banjir.

Penduduk kampung tersebut dan beberapa kampung di sekitarnya telah menghadapi banjir ketika umat Islam di Malaysia sedang merayakan Aidilfitri baru-baru ini.

Ketika mengiringi YB Dr Yunus, ADUN Sijangkang yang turun padang meninjau lebih dekat kerumah-rumah mereka yang terlibat, anggota-anggota Unit Amal tersebut telah menawarkan khidmat membantu mereka yang memerlukan bantuan di dalam membersih atau mengemas rumah.

Hasil tinjauan yang di buat di sekitar kawasan yang terlibat mendapati punca banjir tersebut ialah di sebabkan perparitan yang tidak sempurna menyebabkan aliran air yang tidak lancar. _Izha

Keheningan Menjelang Syawal

0 comments

Sumbangan telah disampaikan oleh Sdr Khairil Anuar Ismail (Timbalan Pengarah I Jabatan Amal Selangor merangkap Penyelaras Jabatan Amal Serdang). Turut hadir Peguam Mazwan Johar (Ahli Majlis MPKj, NYDP Pas Serdang) dan ahli Amal Serdang.


(Kami Jabatan Amal Serdang hanyalah penyampai sumbangan yang telah diberikan kepada kami oleh tuan/puan penderma untuk disampaikan kepada yang memerlukan bantuan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma-perderma yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menguruskan sumbangan. Amanah dan kepercayaan yang diberikan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin semoga mendapat keredaan Allah swt.)


Sumber : http://unitamalserdang.blogspot.com/

13 September 2009, Bt18 Hulu Langat :
Jabatan Amal Serdang telah menyalurkan sumbangan kepada 12 beradik yang hilang tempat bergantung akibat kemalangan jalan raya. Kemalangan tersebut mendapat liputan daripada beberapa akhbar tempatan.

Dalam tragedi tersebut , Abdul Karim memandu kereta perodua kancil maut apabila kenderaannya dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan. Abdul Karim yang bekerja sendiri , meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala isterinya , Maimon Said , 52 dan anak lelakinya , Mohd Ihsan yang berada dalam kereta itu turut parah. Maimon dan Mohd Ihsan dirawat di PPUM dan mereka berdua yang koma semasa kemalangan tersedar pagi selasa lalu.

Lawatan Jabatan Amal Kapar Menjejak Pesakit di Hospital

0 comments








Sumber : http://syababkapar.blogspot.com/

Sabtu, 12 September 2009 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar dengan kerjasama PAS Kawasan Kapar, dan Muslimat Kapar telah menganjurkan lawatan amal dan mesra rakyat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Diketuai oleh oleh YDP PAS Kawasan kapar Dr. Hj Abd Rani Osman bersama Ketua DPPK Kapar Ustaz Haidar Taslin, rombongan seramai 38 orang telah berjaya mengagihkan 400 buah bungkusan makanan kesihatan kepada para pesakit yang terlantar di beberapa wad.

Urusan pengagihan dan koordinasi peserta rombongan diatur oleh Unit Amal Kapar telah berjaya melicinkan lagi urusan agihan dan lawatan tersebut. Peserta rombongan dipecahkan beberapa kumpulan untuk melawat ke wad-wad pesakit sekali gus. DPPK dan PAS Kapar berjaya menyampaikan sumbangan sambil beramah mesra, bertanya khabar, juga menyampai mesej dakwah bil hal kepada semua pesakit tanpa mengira bangsa, umur dan latar belakang pesakit.

Lawatan bermula jam 9.45 pagi telah berakhir pada jam 10.40 pagi. Penghargaan dan ucapan terima kasih turut disampaikan kepada pihak pengurusan hospital atas kesudian menerima rombongan ziarah dan juga memberikan kerjasama yang sangat baik.