Berita JAM Pusat

Berita JAM Negeri

Berita JAM Pusat [ Lihat Semua ]

Latest Updates

Showing posts with label Pilihan Raya Kecil. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Raya Kecil. Show all posts

Tentera Merah Bantu Kelancaran PRK

0 comments


Sumber : http://unitamalkotaraja.blogspot.com

Disebalik kelancaran lalulintas dan ketenangan persekitaran kawasan Markaz Induk PAS di Jalan Pantai Batu 3 1/4, sebenarnya ada satu pasukan ketenteraman awam PAS yang sentiasa bersedia 24 jam untuk berkhidmat di sana.

Nama 'tentera merah' biasanya digunakan untuk merujuk kepada pasukan Unit Amal PAS yang berseragam merah, berseluar hitam dan ber'beret' merah. Mereka inilah yang bertugas 24 jam mengikut giliran mengawal lalulintas yang memang sibuk dan kadangkala menimbulkan kesesakan pada masa-masa tertentu.

Wartawan bertugas sempat menemuramah seorang 'tentera merah' yang saban hari sentiasa setia menjalankan tugasnya tanpa rasa jemu dan sungutan. Wajahnya menjadi saksi usianya yang bukan lagi dikalangan anak muda.

Encik Mohd Zamhuri Mohd Tahir, 62, berkata dia begitu teruja dengan kerja-kerja keselamatan dan kebajikan ini sejak dari muda. Beliau yang berasal dari Perak berkata, penglibatannya secara aktif dalam Unit Amal adalah selepas pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.

Beliau memberitahu, sebelum ini beliau hanya bertugas secara sukarela secara berseorangan atas dasar ingin membantu parti dan agama. Malah juga terlibat dengan banyak operasi pencegahan maksiat di Perak.

Diifahamkan, seramai 20 orang petugas Unit Amal Malaysia telah bertugas mengikut giliran sepanjang 24 jam sehari bermula sebelum hari penamaan calon lagi.

Anak-anak muda ini menunjukkan kesetiaan dan kecekapan menjalankan tugas yang diamanahkan walau dalam keadaan panas atau hujan. Saban waktu, kerja ikhlas mereka dibalas dengan ucapan terima kasih dan senyuman dari sesiapa sahaja, sama ada pemimpin besar parti, petugas parti atau orang awam.

Tapi, tidak kurang juga mereka dihadiahkan dengan bebelan dan cemuhan kerana tidak dibenarkan 'parking' kereta di kawasan yang tidak dibenarkan. Tetapi mereka tetap meneruskan amanah yang digalas dengan penuh dedikasi. Cuba fikir jika kumpulan semut merah ini tiada, siapakah yang akan berada dihadapan sewaktu perhimpunan besar seperti demontrasi ISA 1 September lalu.

Kepada Unit Amal seluruh negara yang sedang bertugas, teruskan thabat anda. Syabas diucapkan!

Catatan Amal WP Menyertai Hari Pernamaan Calon PRK P059 Bukit Gantang

0 comments









Simpang, 27 Mac 2009 - Seramai hampir 30 orang anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan yang diketuai pengarahnya, Saripuddin Mohd Yatim telah bertolak ke Bukit Gantang Perak untuk berkhidmat di hari pernamaan calon Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang.

Trip pertama Saripuddin bersama 7 orang anggota termasuk penulis telah menaiki 2 buah kereta yang mana kami telah bertolak terlebih dahulu ke Bukit Gantang pada hari Sabtu jam 3.00ptg. Ini kerana Saripuddin dan penulis, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia Pusat ingin menghadiri mesyuarat khas disana. Manakala anggota yang selebihnya bertolak pada sebelah malam selepas Solat Maghrib.

Perjalanan kami yang mengambil masa 3 jam lebih disebabkan hujan lebat yang turun disepanjang perjalanan akhirnya tiba di Changkat Jering, Perak yang mana pada ketika itu telah masuk waktu Maghrib. Selepas mendaftar nama di Bilik Gerakan JPN Wilayah Persekutuan yang terletak di Taman Simpang Setia, Simpang, kami terus mencari rumah yang disewa oleh seorang ALP Unit Amal Wilayah Persekutuan iaitu Kasim Sabu yang terletak di Taman Kaya tidak jauh dari bilik gerakan JPN. Kasim yang telah berada di Bukit Gantang seminggu lalu disebabkan ingin berniaga baju tshirt dan peralatan kempen untuk PRK Bukt Gantang bersama rakan niaganya.

Selepas berehat, mandi dan solat jamak, kami pergi ke Markas Pemuda di sebuah restoran Selatan Tomyam yang terletak di bt 8 Changkat Jering untuk menghadiri mesyuarat bersama ALP Amal Pusat. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah 1, Juhari Usman telah memaklumkan tugasan yang perlu dilakukan pada hari pernamaan calon keesokan harinya. Diselang-seli dengan taklimat dari pengarah Perak, Sdr Roslan Talib, semua anggota Unit Amal yang hadir untuk bertugas pada hari pernamaan calon diarahkan hanya menjadi peserta mengiringi calon dengan memakai baju biasa sahaja. Untuk tugasan keselamatan peserta dan pimpinan seperti yang dilakukan di PRK Kuala Terengganu, telah pun diberikan kepada 200 orang ahli PAS Perak dilantik oleh JPN Perak.

Akur dengan arahan tersebut semua Unit Amal seluruh Malaysia yang hadir telah diarahkan menjadi peserta dengan memakai baju biasa. Walaupun ada segelintir ahli PAS yang mengenali kami sebagai Unit Amal berasa hairan dan bertanya kenapa anggota Unit Amal tidak memakai uniform. Pertanyaan tersebut telah dijawab dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun ada juga segelintir ahli yang kami temui memakai uniform. Lalu kami dekati ahli tersebut dan bertanya adakah mereka tidak mendapat arahan. Lalu mereka menjawab tidak ada. Lantas kami menyuruh mereka agar memakai baju biasa sahaja dan mereka akur.

Selepas selesai hari pernamaan calon untuk PRK 059 Bukit Gantang yang mana calon yang bertanding adalah Dato' Seri Hj Mohd Nizar (PAS) menentang Ismail Safian (BN) dan calon Bebas, kami segera berangkat pulang ke Kuala Lumpur dan InsyaAllah akan kembali pada hari Jumaat 3 April untuk berkhidmat disaat-saat akhir hari pengundian.