Showing posts with label Pusat. Show all posts
Showing posts with label Pusat. Show all posts
Pelancaran Kopi Amal
Jabatan Amal Malaysia akan menempa satu lagi sejarah apabila badan organisasi tersebut akan melancarkan produk minuman iaitu Kopi Amal.
Menurut Sdr Azuan lagi, selain memperbanyakkan produk buatan bumiputera untuk pasaran kepada rakyat Malaysia, penjualan Kopi Amal ini adalah untuk mengukuhkan dana Jabatan Amal Malaysia supaya Jabatan Amal Malaysia dapat melaksanakan kebajikan kepada masyarakat yang memerlukan.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Amal Malaysia mempelawa kepada orang ramai atau peniaga-peniaga yang ingin menjadi pengedar Kopi Amal ini bolehlah menghubungi Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Sdr Juhari Usman di talian 016-3101786 / 019-7116300
Konvoi Amal Bikers Group ke Ijtimak Pilihanraya PAS
Amal Bikers Group Jabatan Amal Malaysia hari ini mempelawa kepada seluruh anggota Unit Amal dan ahli Amal Bikers Group yang mempunyai motorsikal berkuasa tinggi untuk turut serta dalam konvoi motorsikal ke Alor Setar, Kedah bagi tujuan menyertai Ijtimak Pilihanraya dan Munajat Perdana Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang akan diadakan di Stadium Darul Aman pada 1 Jun 2012 nanti.
Kepada yang berminat diminta berhubung dengan penyelaras program konvoi ini iaitu Sdr Roslan Talib 019-4227268 bagi mengetahui waktu perjalanan serta lokasi berkumpul.
Pengarah Amal Malaysia terima peluru, nota ugutan
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman menerima peluru yang disertakan bersama surat ugutan bunuh hari ini.
Juhari menerima sebutir peluru yang dihantar bersama sampul surat ke rumahnya di Taman Ayer Molek, kira-kira 11.50 pagi tadi.
"Balik dari mengambil anak saya, saya mendapati ada sekeping surat dalam peti surat lengkap bersetem."Bila saya buka, gambar saya dan di bawahnya bertulis 'pu**mak kau Juhari...PENGKHIANAT'.
"Peluru itu dibungkus dalam suratkhabar bertulisan Tamil," katanya kepada Harakahdaily.
Juhari berkata, beliau akan membuat laporan polis petang ini dengan ditemani pimpinan PAS Melaka.
"Saya akan bincang dengan timbalan pesuruhjaya PAS negeri untuk buat laporan polis di mana," katanya.
Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan besar ugutan itu diterima kerana penglibatan beliau dalam perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu.
Juhari mengetuai 4,000 anggota Unit Amal berkhidmat pada hari tersebut.
Juhari menerima sebutir peluru yang dihantar bersama sampul surat ke rumahnya di Taman Ayer Molek, kira-kira 11.50 pagi tadi.
"Balik dari mengambil anak saya, saya mendapati ada sekeping surat dalam peti surat lengkap bersetem."Bila saya buka, gambar saya dan di bawahnya bertulis 'pu**mak kau Juhari...PENGKHIANAT'.
"Peluru itu dibungkus dalam suratkhabar bertulisan Tamil," katanya kepada Harakahdaily.
Juhari berkata, beliau akan membuat laporan polis petang ini dengan ditemani pimpinan PAS Melaka.
"Saya akan bincang dengan timbalan pesuruhjaya PAS negeri untuk buat laporan polis di mana," katanya.
Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan besar ugutan itu diterima kerana penglibatan beliau dalam perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu.
Juhari mengetuai 4,000 anggota Unit Amal berkhidmat pada hari tersebut.
Unit Amal diarah bantu mengesan kanak-kanak diculik
Oleh : MS ABU SAHID
Kuala Lumpur 3 Mei 2012 (Khamis) - Jabatan Amal Malaysia hari ini telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota Unit Amal seluruh Malaysia agar sama-sama menjalankan gerakkerja mengesan dan mencari seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda yang telah diculik sekumpulan 2 lelaki dihadapan sebuah sekolah antarabangsa di Mont Kiara, Kuala Lumpur.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Nayati Moodliar yang berada di hadapan sekolah berkenaan dilaporkan tiba-tiba ditarik seorang daripada suspek masuk ke dalam sebuah kereta jenis Proton Gen 2 berwarna hitam. Kejadian itu disaksikan seorang pengawal keselamatan sebelum memaklumkan keluarga mangsa.
Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia, Azuan Ismail menyeru kepada semua anggota Unit Amal agar sama-sama membantu mengesan mangsa. Menurut Azuan, kebiasaannya kes penculikan kanak-kanak ini akan dilakukan oleh penjenayah untuk beberapa tujuan, antaranya meminta wang tebusan kepada keluarga mangsa atau menjual kepada sendiket haram di luar negara.
Menurut Azuan lagi, walaupun Jabatan Amal Malaysia baru sahaja selesai melaksanakan tugasan dalam Himpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu, namun Jabatan Amal Malaysia akan terus melaksanakan matlamat serta tujuan organisasi ini untuk terus memberi khidmat dan bantuan kepada masyarakat.
Bersih 3.0: Unit Amal kerah 4,000 petugas
KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Malaysia akan menggerakkan 4,000 ahlinya dari Semenanjung Malaysia untuk bertugas menjaga keamanan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu ini.
Menurut Ketua Pengarahnya, Johari Osman, Unit Amal dari Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu akan mula memasuki ibu kota seawal petang ini manakala dari negeri-negeri lain akan mula berkampung esok pagi.
"Keseluruhan Unit Amal yang akan diturunkan iaitu yang lengkap beruniform tidak kurang daripada 4,000 orang dan semuanya sudah melaporkan diri," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata, Unit Amal dari Sabah dan Sarawak tidak digerakkan ke Dataran Merdeka sebaliknya mereka akan bertugas di himpunan Bersih 3.0 yang turut diadakan serentak di sana.
"4,000 itu dari semenanjung sahaja kerana anggota kita di Sabah dan Sarawak akan menjaga perhimpunan di sana pada masa yang sama," katanya.
Johari juga berkata, Unit Amal atau sinonim dengan gelaran "Tentera Merah" akan turut bekerjasama dengan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Angkatan Muda Malaysia (AMK) dan beberapa pergerakan lain bagi melancarkan perjalanan Duduk Bantah.
"Unit Amal telah mengadakan mesyuarat dengan pergerakan-pergerakan lain bagi menyelaraskan pergerakan. Tapi tugas tetap Unit Amal adalah menjaga pimpinan utama Pakatan Rakyat selain menjaga pergerakan peserta himpunan," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia, Azuan Ismail menyeru masyarakat yang prihatin agar menghulurkan sumbangan ke Tabung Amal yang diwujudkan bertujuan menampung perbelanjaan anggotanya.
"Saya menyeru semua para dermawan agar sama-sama dapat menyumbang ke Tabung Amal untuk membantu petugas-petugas Jabatan Amal yang akan terlibat.
"Ada di antaranya yang bekerja kampung seperti menoreh getah, berkebun, tukang kayu dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Bank Islam Jabatan Amal Malaysia 140140-101-33669.
Menurut Ketua Pengarahnya, Johari Osman, Unit Amal dari Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu akan mula memasuki ibu kota seawal petang ini manakala dari negeri-negeri lain akan mula berkampung esok pagi.
"Keseluruhan Unit Amal yang akan diturunkan iaitu yang lengkap beruniform tidak kurang daripada 4,000 orang dan semuanya sudah melaporkan diri," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata, Unit Amal dari Sabah dan Sarawak tidak digerakkan ke Dataran Merdeka sebaliknya mereka akan bertugas di himpunan Bersih 3.0 yang turut diadakan serentak di sana.
"4,000 itu dari semenanjung sahaja kerana anggota kita di Sabah dan Sarawak akan menjaga perhimpunan di sana pada masa yang sama," katanya.
Johari juga berkata, Unit Amal atau sinonim dengan gelaran "Tentera Merah" akan turut bekerjasama dengan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Angkatan Muda Malaysia (AMK) dan beberapa pergerakan lain bagi melancarkan perjalanan Duduk Bantah.
"Unit Amal telah mengadakan mesyuarat dengan pergerakan-pergerakan lain bagi menyelaraskan pergerakan. Tapi tugas tetap Unit Amal adalah menjaga pimpinan utama Pakatan Rakyat selain menjaga pergerakan peserta himpunan," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia, Azuan Ismail menyeru masyarakat yang prihatin agar menghulurkan sumbangan ke Tabung Amal yang diwujudkan bertujuan menampung perbelanjaan anggotanya.
"Saya menyeru semua para dermawan agar sama-sama dapat menyumbang ke Tabung Amal untuk membantu petugas-petugas Jabatan Amal yang akan terlibat.
"Ada di antaranya yang bekerja kampung seperti menoreh getah, berkebun, tukang kayu dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Bank Islam Jabatan Amal Malaysia 140140-101-33669.
Tabung Amal Petugas Bersih
Jabatan Amal Malaysia akan menggerakkan seluruh anggotanya di seluruh
Menurut Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia, Saudara Azuan Ismail (gambar), Jabatan Amal telah mengadakan mesyuarat khas malam tadi bersama seluruh pengarah-pengarah negeri bagi membincangkan tugasan yang bakal dijalankan sewaktu berlangsung himpunan tersebut.
Menurut Azuan lagi, kira-kira 4000 petugas dari seluruh Malaysia akan turun untuk memastikan himpunan aman Bersih 3.0 dikawal dengan sebaiknya tanpa ada sebarang provokasi.
Seperti himpunan aman yang pernah diadakan sebelum ini, Jabatan Amal Malaysia telah menunjukkan komitmen dan kepatuhan terhadap arahan yang diberikan oleh pucuk pimpinan dengan memastikan himpunan aman berjalan dengan lancar.
Namun begitu, Jabatan Amal Malaysia menyeru kepada semua para dermawan agar sama-sama dapat menyumbang keTabung Amal untuk membantu petugas-petugas Jabatan Amal yang akan terlibat yang mana ada diataranya yang bekerja kampong seperti menorah getah, berkebun, tukang kayu dan sebagainya.
Selain daripada itu tujuan diwujudkan Tabung Amal ini adalah untuk persiapan menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku sebelum atau semasa himpunan Bersih diadakan nanti. Para dermawan bolehlah menyumbang kedalam akaun Bank Islam Jabatan Amal Malaysia 140140-101-33669.Sebarang pertanyaan, sila hubungi Saudara Azuan Ismail di talian 013-202 5285 / 019-427 3678
Banjir : Jabatan Amal diarah turun ke Kampar Taip
KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2012- Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengeluarkan arahan rasmi selepas Mesyuarat Dewan Pemuda PAS Malaysia tengahari tadi, agar semua ahli-ahli Jabatan Amal Malaysia supaya turun ke Kampar Taip di sini untuk bahagian paparan ringkas.
untuk melaksanakan tanggungjawab membantu masyarakat kampar yang di landa Musibah Banjir baru-baru ini, Ketua Dewan Pemuda PAS dan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia juga akan turut bersama pada hari Ahad nanti untuk bersama menjalankan gotong-royong perdana BERSIH rumah dan membaiki serta menyampaikan sumbangan alatan membersih rumah kepada petugas Jabatan Amal yang sedang bertugas disana.
Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Tuan Johari Osman telah memaklumkan bahawa beberapa Negeri telah turun untuk memberi Bantuan di Kampar. dan Ketua Pengarah mengarahkan semua ahli Jabatan Amal Malaysia untuk turut sama beramai-ramai berada di Kampar bersama AJK Dewan Pemuda PAS Malaysia.Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.
Sekitar Konvensyen Pilihanraya Jabatan Amal Malaysia
![]() |
UCAPTAMA KETUA PEMUDA |
GOMBAK, 17 MAC 2012, Bahang pilihanraya 13 yang semakin hampir telah memberi rangsangan kepada Jabatan Amal Malaysia untuk bersama menjadi penentu kepada kemenangan Pakatan Rakyat bagi merialisasikan matlamat "Menuju ke Putrajaya", Maka Jabatan Amal Malaysia telah menganjurkan satu KONVENSYEN PILIHANRAYA JABATAN AMAL MALAYSIA.
Konvensyen tersebut adalah cetusan idea daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, yang mana penyertaannya melibatkan semua ahli-ahli Jabatan Amal seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. objektif utama diadakan konvensyen tersebut adalah untuk mengumpulkan seluruh tenaga Amal dan memberi suntikan baru kepada semua ahli. Pada Majlis tersebut Ustaz Nasaruddin Tantawi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membentangkan ucaptama beliau yang kemudianya dibahas oleh semua perwakilan yang hadir pada hari itu. Dalam ucapannya beliau telah menyarankan Ahli Amal dapat menjadi penghubung diantara masyarakat dan PAS itu sendiri.Selain itu beliau mencadangkan agar Jabatan Amal di setiap negeri dan kawasam dapat menubuhkan ASC ( Amal Stop Center ) supaya ianya boleh menjadi tempat rujukan rakyat dan menjadi pusat taskforce sekiranya berlaku bencana Alam. Di akhir majlis penutup Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia di jemput khas untuk memberi taujihat syuhadak kepada semua Ahli Jabatan Amal sebagai bekalan untuk memulakan gerak langkah pertama bagi mengerakkan jentera Jabatan Amal Malaysia di semua peringkat dengan matlamat mendaulatkan Syariat Islam di Muka Bumi Allah SWT.
Konvensyen Jabatan Amal 2012
Konvensyen Jabatan Amal Malaysia yang berlangsung di Taman Melewar,. Penyertaan seramai 20 anggota wakil Jabatan Amal. Semoga segala apa yang diperbincangkan akan menjadi perubahan besar dalam Jabatan Amal
Sumber : http://jabatanamalkedah.blogspot.com
Karnival Amal 2 Dekad
Jabatan Amal Malaysia dengan kerjasama beberapa NGO dibawah Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Karnival Amal 2 Dekad bersempena ulang tahun penubuhan Jabatan Amal Malaysia yang telah menjangkau usia 20 tahun.
Dalam program karnival yang diadakan selama 4 hari ini, disajikan beberapa acara dan persembahan artis-artis, forum perdana ehwal islam yang membariskan ahli-ahli panel yang terkemuka suatu ketika dahulu. Selain daripada itu acara sukan seperti pertandingan badminton, futsal, larian marathon dan lain-lain lagi.
Tidak ketinggalan juga dalam program ini akan diadakan pameran daripada agensi-agensi kerajaan, khidmat kesihatan percuma.
Semua rakyat Malaysia terutama yang berdekatan dengan kawasan program dalah dijemput hadir.
Tarikh Program : 28 Julai hingga 31 Julai
Tempat : Stadium terbuka Bangi Seksyen 15.
Tahniah Kepada Anggota Yang Terlibat Membantu Mangsa Tanah Runtuh
Salam..
Jabatan Amal Malaysia hari ini ingin mengucapkan syabas dn tahniah kepada semua anggota yang terlibat dalam misi membantu mangsa tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat kelmarin.
Semoga jasa baik dan usaha yang dijalankan akan dinilai oleh Allah SWT.
Daripada :
Juhari Usman
KETUA PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA DPPP
Ayahanda Ustaz Akhwan kembali ke Rahmatullah
Takziah diucapkan kepad Allahyarham ayahanda kepada Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Sdr Akhwan Afendi yang telah kembali ke Rahmatullah.
Kepada Sdr Akhwan, Jabatan Amal Malaysia berharap mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang-orang yang soleh
Amin...
Salam.....
Kepada semua anggota amal, marilah sama-sama kita menghadiahkan bacaan Surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Zulkifli b. Man, Ayahanda Pengarah Kaunseling dan Motivasi Jabatan Amal Malaysia DPPP iaitu Ustaz Akhwan Afendi b. Zulkifli.
Allahyarham dimaklumkan telah menghembuskan nafas yang terakhir pada tepat ketika azan Asar berkumandang pada petang Khamis kelmarin.
Perkhemahan Jabatan Amal diganti dengan Jambori
TARIKH :
3 - 5 DISEMBER 2010
TEMPAT :
KEM PENGAKAP NEGERI MELAKA
Salam perjuangan warga anggota Jabatan Amal seluruh Malaysia. Sepertimana yang diketahui, Jabatan Amal Malaysia akan menganjurkan satu program iaitu Perkhemahan Jabatan Amal untuk kali yang pertama. Seperti yang telah diperbincangkan program ini khas untuk ahli yang berdaftar sahaja yang mana sebelum ini kita menganjurkan acara Jambori Amal setiap tahun tetapi kebanyakan peserta tidak mendaftar sebagai ahli Jabatan Amal. Oleh yang demikian, acara tahunan Jambori akan diselang-selikan dengan program Perkhemahan Tahunan Amal.
Setelah diperhalusi bentuk program yang ingin diadakan ini menyerupai acara Jambori, mesyuarat seterusnya merombak semula program ini dan keputusan yang dibuat dikekalkan program Jambori Amal yang dibuat sebelum ini dan ditambah beberapa pengisian dan peraturan yang baru.
Oleh kerana tarikh yang dicadangkan sebelum ini sepatutnya diadakan bulan November yang lalu, Jambori ini terpaksa bertukar tarikh ke bulan Disember iaitu 3, 4 dan 5 Disember. Ini adalah disebabkan keadaan beberapa negeri yang telah ditimpa bencana banjir yang hebat baru-baru ini. Atas sebab-sebab ini, program Jambori Amal Kebangsaan terpaksa diubah tarikh ke bulan Disember yang mana lokasi tempatnya tidak berubah.
Justeru pihak Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat memohon maaf diatas beberapa kesilapan dan pembetulan yang dibuat. Selain daripada itu diharap negeri-negeri dapat membuat persiapan dan jmaklumkan jumlah anggota yang akan hadir kepada Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia iaitu Abdullah Abd Manan.
Perkhemahan Jabatan Amal Malaysia Kali-1
Sumber design banner : http://jabatanamalkedah.blogspot.com/
Tarikh : 26, 27 & 28 November 2010
Tempat : Kem Pengakap Negeri Melaka, Bukit Katil.
PENDAHULUAN
Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktivitI pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform Jabatan Amal Malaysia.
Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang anggota tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para anggota juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.
Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Teras Lima Amal. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.
LATAR BELAKANG
Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
Pada tahun 2010, dijangkakan sejumlah 800 orang peserta akan menyertai Perkhemahan Unit Beruniform Kali 1. Program ini akan melibatkan sejumlah
- Urusetia Pusat 20 orang
- Urusetia negeri - 13 orang x 11 negeri = 143 orang.
- Pemimpin negeri - 13 orang x 11 negeri = 143 orang.
- Jurulatih – 4 orang setiap negeri x 11 = 44 orang.
- Pasukan negeri – 40 orang x 11 negeri = 440
bagi melaksanakan pelbagai aktiviti integrasi, pertandingan, rekreasi,dan kerohanian dalam perkhemahan.
RASIONAL
- Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat ”ALAMALU LILLAH”, perpaduan, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.
- Melahirkan ahli Jabatan Amal yang berkualiti dan terlatih.
- Tema tahun 2010 ialah “ AL AMAL LUL LILLAH PEMANGKIN KECEMERLANGAN ”.
OBJEKTIF
- Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam perjuangan Islam.
- Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.
- Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.
- Untuk menggalakkan UKHUWAH ISLAMIYAH, AMAL JAMA’I dan memahami kebudayaan dan perjuangan Islam.