TARIKH :
3 - 5 DISEMBER 2010
TEMPAT :
KEM PENGAKAP NEGERI MELAKA
Salam perjuangan warga anggota Jabatan Amal seluruh Malaysia. Sepertimana yang diketahui, Jabatan Amal Malaysia akan menganjurkan satu program iaitu Perkhemahan Jabatan Amal untuk kali yang pertama. Seperti yang telah diperbincangkan program ini khas untuk ahli yang berdaftar sahaja yang mana sebelum ini kita menganjurkan acara Jambori Amal setiap tahun tetapi kebanyakan peserta tidak mendaftar sebagai ahli Jabatan Amal. Oleh yang demikian, acara tahunan Jambori akan diselang-selikan dengan program Perkhemahan Tahunan Amal.
Setelah diperhalusi bentuk program yang ingin diadakan ini menyerupai acara Jambori, mesyuarat seterusnya merombak semula program ini dan keputusan yang dibuat dikekalkan program Jambori Amal yang dibuat sebelum ini dan ditambah beberapa pengisian dan peraturan yang baru.
Oleh kerana tarikh yang dicadangkan sebelum ini sepatutnya diadakan bulan November yang lalu, Jambori ini terpaksa bertukar tarikh ke bulan Disember iaitu 3, 4 dan 5 Disember. Ini adalah disebabkan keadaan beberapa negeri yang telah ditimpa bencana banjir yang hebat baru-baru ini. Atas sebab-sebab ini, program Jambori Amal Kebangsaan terpaksa diubah tarikh ke bulan Disember yang mana lokasi tempatnya tidak berubah.
Justeru pihak Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat memohon maaf diatas beberapa kesilapan dan pembetulan yang dibuat. Selain daripada itu diharap negeri-negeri dapat membuat persiapan dan jmaklumkan jumlah anggota yang akan hadir kepada Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia iaitu Abdullah Abd Manan.
0 comments:
Post a Comment