POST TERKINI

6.12.2009

USTAZ JAMSARI KEKAL SEBAGAI KETUA PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA SESI 2009-2011

Selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, satu mesyuarat khas telah diadakan dikalangan Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia serta pengarah-pengarah Jabatan Amal peringkat negeri yang baru dipilih.

Mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan hasil pertemuan dengan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat selain membincangkan visi dan misi Jabatan Amal untuk sesi kali ini.

Selepas mesyuarat berakhir, Ketua Pengarah, Ustaz Jamsari Marsom mencadangkan agar diadakan pemilihan Ketua Pengarah yang baru bagi memimpin Jabatan Amal Malaysia untuk sesi 2009-2011. Walaubagaimanapun cadangan beliau ditolak oleh ALP dan pengarah-pengarah negeri. Ini kerana kepimpinan beliau masih diperlukan untuk meneruskan segala misi yang belum terlaksana.

sesi pengiraan undi

Oleh yang demikian, bagi memuaskan hati semua ALP, satu undian telah dibuat yang mana setiap ALP diberi cebisan kertas untuk ditulis siapa yang ingin dipilih menjadi Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia untuk sesi 2009-2011. Setelah selesai sesi pengundian dan kertas undi dikira, ternyata Ustaz Jamsari masih lagi diperlukan untuk memimpin Jabatan Amal Malaysia untuk sesi 2009-2011.

Baca Selanjutnya...

6.11.2009

ALP JABATAN AMAL MALAYSIA ADAKAN PERTEMUAN DENGAN KETUA PEMUDA PAS YANG BARUsEM






Sempena Muktamar PAS Pusat yang lalu, Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia telah mengambil kesempatan bertemu dengan Ketua Pemuda PAS Pusat yang baru iaitu Ustaz Nasarudin Tantawi, Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Azman Shapawi dan Naib Ketua , Sdr Ahmad Sabki Yusuf bagi mendapatkan pandangan berhubung hala tuju Jabatan Amal Malaysia untuk sesi 2009 - 2011 selain meminta Dewan Pemuda memberi perhatian yang serius kepada Jabatan Amal.

Pertemuan yang berlangsung selama hampir 40 minit itu berakhir dengan janji Ustaz Nasarudin untuk memberi perhatian kepada Jabatan Amal Malaysia selain berharap agar Jabatan Amal akan dikenali diperingkat antarabangsa sebagai sebuah organisasi sukarelawan yang mantap.

Baca Selanjutnya...

6.10.2009

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR ACARA PERBARISAN UNIT AMAL SEMPENA PERASMIAN MUKTAMAR PAS PUSAT DI STADIUM MELAWATI

Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan Amal Malaysia Sdr Juhari Usman.......

.......memberikan taklimat

Wakil Unit Amal negeri-negeri yang terlibat dalam perbarisan


Ketibaan Exco Kerajaan Selangor merangkap ADUN PAS Selat Klang, YB Dr Halimah Ali

Ketibaan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato Hj Mustafa Ali

Ketibaan wakil luar yang dijemput sebagai pemerhati

Penolong Ketua Setiasusaha Jabatan Amal Malaysia menyambut ketibaan Ketua Pemuda PAS
Pusat yang baru Ustaz Nasarudin Tantawi


Ketibaan Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Exco Kerajaan Selangor
YB Dato' Dr Hasan Ali

Ketibaan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa

Perbarisan hormat kepada Timbalan Presiden PAS


Ketibaan Exco Kerajaan Selangor YB Yaakob Supari (PKR) bersama AJK PAS Pusat
YB Dr Dzulkifli Ahmad


Ketibaan YB Datuk Paduka Husam Musa

Ketibaan YB Ustaz Taib Azamudin AJK PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Baling

Ketibaan YB Ustaz Harun Taib

Bekas pimpinan UMNO Dato' Zaid Ibrahim yang turut hadir

Ketibaan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd Aziz Nik Mat


Ketibaan Presiden PAS Dato' Seri Hj Abd Hadi Awang

Bersiap untuk pemeriksaan perbarisan Unit Amal

Baca Selanjutnya...

4.28.2009

Disudut Gerabak Kehidupan








Terperosok di belakang Perumahan Seri Teruntum, disebalik pembangunan Bandaraya Kuantan, Ibu Kota Negeri Pahang, berdiri sayu singgahsana marhaen yang bergantung hidup dengan hanya mengumpul barang lusuh yang menjadi buangan tanpa mata pencarian yang terjamin buat anak dan isteri. Ukuran kediaman ini kurang lebih 10' X 10' tanpa tingkap dan bekalan asas sebagaimana perumahan disekitarnya.

Alangkah insafnya diri bila memandangkan kemajuan yang telah dicanangkan oleh UmNo BeEnd berpuloh-puloh tahun mentadbir kerajaan Malaysia. Beginikah pembelaan nasib rakyat? Merempat disebalik kemajuan yang dicanangkan!! Kediamannya hanya diterangi lampu minyak makan pada waktu malamnya, satu dapur disudut kepala tilam dan buaian anak berada betul-betul tergantung di tengah-tengah ruangan tilam.

Penghuni kediaman ini telah memeluk Islam semenjak tahun 2002 lagi dan bertambah lagi bebanan dugaan yang ditanggungnya dengan dikurniakan seorang anak menghidapi masalah jantung berlubang.

Keluarga ini mermerlukan prihatin masyarakat daripada setiap segi untuk pertingkatkan kehidupan mereka sebagai sebuah keluarga Islam. Tuan-puan budiman sekelian boleh membantu mereka dengan disalurkan terus ke dalam Akaun ketua keluarga iaitu Mohd Ridhuan Wong Bin Abdullah. Bank Nasional (GIRO) 0610029000202431.

Untuk maklumat lanjut tuan-puan boleh hubungi Ustaz Soleh Senapi 0199041525.

Baca Selanjutnya...

RAKAN BLOGGER

LAGU AMAL

ONLINE HARI INI

KALENDERR HIJRAH

  ©Template by Dicas Blogger.