Perkhemahan Jabatan Amal Malaysia Kali-1



Tarikh :  26, 27 & 28 November 2010
Tempat : Kem Pengakap Negeri Melaka, Bukit Katil.

PENDAHULUAN
Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktivitI pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform Jabatan Amal Malaysia.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang anggota tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para anggota juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Teras Lima Amal. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

LATAR BELAKANG
Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Pada tahun 2010, dijangkakan sejumlah 800 orang peserta akan menyertai Perkhemahan Unit Beruniform Kali 1. Program ini akan melibatkan sejumlah

  1. Urusetia Pusat 20 orang
  2. Urusetia negeri - 13 orang x 11 negeri = 143 orang.
  3. Pemimpin negeri - 13 orang x 11 negeri = 143 orang.
  4. Jurulatih – 4 orang setiap negeri x 11 = 44 orang.
  5. Pasukan negeri – 40 orang x 11 negeri = 440

bagi melaksanakan pelbagai aktiviti integrasi, pertandingan, rekreasi,dan kerohanian dalam perkhemahan.

RASIONAL
- Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat ”ALAMALU LILLAH”, perpaduan, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.

-  Melahirkan ahli Jabatan Amal yang berkualiti dan terlatih.

- Tema tahun 2010 ialah “ AL AMAL LUL LILLAH PEMANGKIN KECEMERLANGAN ”.
OBJEKTIF

- Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam perjuangan Islam.

- Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.

- Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.
 
- Untuk menggalakkan UKHUWAH ISLAMIYAH, AMAL JAMA’I dan memahami kebudayaan dan perjuangan Islam.







0 comments:

Post a Comment