Berita JAM Pusat

Berita JAM Negeri

Berita JAM Pusat [ Lihat Semua ]

Latest Updates

Showing posts with label Kawasan. Show all posts
Showing posts with label Kawasan. Show all posts

150 peneroka dilanda ribut; kehadiran Unit Amal disambut baik

0 comments

DUNGUN -  Ribut serta angin kuat yang melanda rumah-rumah peneroka di FELDA Kerteh 5 dan FELDA Kerteh 6, pada petang Sabtu 17 September, menyebabkan hampir 150 buah rumah mengalami pelbagai kerosakan.

Buletinonline dimaklumkan, angka mangsa dijangka akan bertambah apabila Unit Amal PAS DUN Kemasik 'turun padang' sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Operasi awal misi membantu dan menyelamat oleh Unit tersebut bermula pada Ahad pagi dengan kekuatan 10 anggota.

Ketua Unit Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Mazlan Chik berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut pada Sabtu petang dan memutuskan untuk menghantar pasukan petugas pada keesokannya.

(Gambar - Anggota Unit Amal sedang bertungkus lumus membasuh lantai salah sebuah rumah mangsa yang dinaiki air dan lumpur akibat ribut angin yang melanda pada petang semalam)

Beliau berkata sebahagian besar kerja-kerja yang dilaksanakan adalah kerja-kerja pembaikian dan mencucui rumah-rumah mangsa.

"pelbagai kerja yang sebahagian besarnya melibatkan membaiki, menggantikan dan mengemas atap serta perabung atap dan membasuh lantai rumah yang dinaiki air dan lumpur, 

 
"(semua kerja) berjaya disempurnakan oleh anggota Amal walaupun kekurangan ahli disebabkan hari ini merupakan hari bekerja,"ujarnya ketika ditemui di lokasi

Selain itu, menurutnya, terdapat banyak pokok bersaiz besar tumbang dan kerja-kerja memotong dan membersihkan mesti dilakukakan segera.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kepda semua pihak yang menyambut baik kehadiran Unit Amal serta memberikan kerjasama scara bergotong royong.

"Alhamdulillah, para peneroka FELDA yang terlibat dengan kejadian ribut, menyambut baik kedatangan Unit Amal, ada yang berkata telah mendengar banyak berita mengenai aktiviti Unit Amal sebelum ini. "saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu',kata Mazlan.

Ribut Di Kuala Ketil : Jabatan Amal Kulim Bandar Bharu Hulur Bantuan

0 comments





Sumber : http://unitamalkbb.blogspot.com/

Kuala Ketil, 4 April 2010 :
Dun Kuala Ketil telah dilanda musibah iaitu ribut. Dianggarkan lebih kurang 200 buah rumah telah mengalami kerosakkan. Ada juga rumah yang kehilangan bumbung-bumbung rumah, ditimpa pokok dan tercabut bumbung beranda rumah. Setelah maklumat diterima daripada Unit Amal Kawasan Baling iaitu saudara Aziz atau lebih dikenalai sebagai Pak Ajis. Unit KBB telah menghantar tiga anggota amal Selama Kedah yang terdiri dua tukang rumah bersama penyelaras Amal KBB untuk turut membantu Amal Baling membaiki rumah yang terlibat dengan musibah tersebut.

Pada petang itu kerja bantuan dilaksanakan di Taman Muslim Kuala Ketil. Selepas Solat Asar kerja bantuan diteruskan sehingga 6.30 ptg. Hujan yang lebat membantut kerja-kerja membaiki bumbung rumah. Ini adalah kerana faktor keselamatan anggota dititik beratkan serta keadaan bumbung yang tidak menizinkan.


Pada tanggal Jumaat April 2010, Sekali lagi 11 anggota Amal KBB telah menyertai acara gotong royong perdana membantu membaiki rumah mangsa ribut, lanjutan dari bantuan pada hari-hari sebelumnya. Keanggotaan gotong royong ini turut serta dari Unit Amal dari negeri lain seperti Amal Negeri Perak dan Pulau Pinang. Amal Ehsan ini juga turut dibantu tukang-tukang rumah yang berkemahiran tinggi yang menjadi tunjang dalam memperbaiki rumah yang rosak. Tanpa mereka sudah tentu kerja-kerja bantuan menjadi sulit.


Anggota amal KBB dan Baling telah berjaya membantu membaiki lima buah rumah. Ini tidak temasuk kumpulan-kumpulan lain yang berjaya membaiki rumah-rumah mangsa ribut. Walau pun begitu kerja-kerja bantuan masih lagi diteruskan pada hari ini sehingga Ahad. Pada hari ini Unit Amal Wilayah dengan diketuai ALP Amal Pusat saudara Mat Zad telah telah sampai di Kuala Ketil untuk turut sama menyertai operasi membantu mangsa ribut . Mudah-mudah segala sumbangan tenaga para Amal dan pendukung-pendukung Islam, Allah berkati.

Banjir Lumpur Kembali Melanda Di Batu Caves

0 comments





Sumber : http://amalgombak.blogspot.com/

Batu Caves 1 April 2010 :
Seramai 30 orang Unit Amal Gombak dan Briged Amal Gombak turun membantu mangsa banjir di beberapa tempat di Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Kampung Sungai Kertas, Di Ketuai oleh Sdr Normazali Zainal.

Di antara tempat yang terlibat ialah Di Kampung Nakhoda: Jalan Nakhoda, Jalan Nakhoda 14, Jalan Nakhoda 15, Jalan Nakhoda 20, Jalan Nakhoda 22. Manakala di Kampung Laksamana: Jalan Laksamana 9, Jalan Laksamana 10.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan dari jam 6:30ptg sehingga jam 1:20pg dengan kerjasama Unit Amal Gombak, Briged Amal Gombak, (Pemuda PAS Batu Caves, Gombak Setia, Hulu Kelang), JKP Zon 13, JKKK Kampung Nakhoda dan Yang turut hadir ialah Kepimpinan Pemuda PAS Gombak dan Negeri Selangor.

Jambori Amal Sandakan

0 comments


Tanggal 26-28 Februari 2010, Jabatan Amal Sandakan telah berjaya menganjurkan program Jambori Amal peringkat Sandakan yang diadakan di Scout Nature Park, Sandakan.

Program yang bermula pada petang Jumuat tersebut telah disertai kira-kira 40 orang peserta dari kalangan pelajar beberapa buah sekolah terpilih di Sandakan. Para peserta didedahkan dengan konsep kerja amal dalam islam yang bertunjangkan keikhlasan dan dengan tujuan menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Program telah berjalan sehingga menjelang tengahari Ahad.

Antara matlamat program ini adalah untuk memperkemaskan Unit Amal Sandakan dan meninjau kemungkinan mengembangkan Briged Amal di kalangan remaja. Menurut pengarah program kali ini, Sdr Haris Bin Bahar, yang merupakan Ketua Jabatan Amal Sandakan, beberapa individu yang menyertai program kali ini telah dikenalpasti untuk diletakkan dalam jawatankuasa Unit Amal yang akan digerakkan bagi menjayakan beberapa siri kerja amal yang akan dirancang.

Para peserta telah diberikan baju Unit Amal dan dilatih menyanyikan lagu rasmi Unit Amal. Diharapkan program kali ini akan menjadi titik mula melebarnya tentera merah dalam kerja amal di peringkat Sandakan.