Berita JAM Pusat

Berita JAM Negeri

Berita JAM Pusat [ Lihat Semua ]

Latest Updates

Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Jambori Amal Pantai Barat Sabah 2010

0 comments






Kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana Jambori Amal Pantai Barat Sabah telah berjaya dilaksanakan pada 12,13 dan 14 Mac 2010 baru baru ini. Bertempat di Kg. Indarasun Laut, Kudat seramai hampir 130 orang peserta dari seluruh kawasan Jabatan Amal Pantai Barat Sabah telah menyertainya. Antara kawasan yang telah menghantar peserta pada Jambori kali ini ialah Jabatan Amal Kudat, Jabatan Amal Pitas, Jabatan Amal Kota Marudu, Jabatan Amal Kota Belud, Jabatan Amal Sepanggar dan Jabatan Amal Keningau.

Pada siri Jambori Amal kali ini juga, satu lagi sejarah manis telah dicipta, di mana pelancaran 'Briged Amal peringkat Negeri Sabah' dengan secara rasminya telah dilancarkan. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Amal negeri Sabah, Saudara Amir Saifuddin Samsuddin pada slot 'Induksi Amal' yang diadakan pada hari terakhir jambori tersebut. Seramai lebih kurang 70 orang peserta dari kalangan remaja telah diterima sebagai ahli briged amal pada majlis tersebut, seterusnya pemakaian 'badge briged amal' sebagai simbolik kepada 'keahlian' telah disampaikan kepada ahli briged amal. Saudara Amir Saifuddin Samsuddin pada majlis perasmian tersebut mengingatkan kepada semua peserta tentang teras 5 budaya Jabatan Amal sebagai tunggak kepada semua ahli unit amal agar dijadikan asas dalam gerak kerja Jabatan Amal.

Sehari sebelum itu pelbagai kegiatan amal dan kebajikan telah dilaksanakan di perkampungan Indarasun. Antaranya, gotong royong membaiki masjid dan kemudahan tandas, gotong royong membersihkan perkuburan, pemeriksaan kesihatan, kelas memasak, malam kebudayaan, program anak angkat dan penyampaian bantuan kepada fakir miskin. Selain dari itu beberapa aktiviti pertandingan dari kalangan peserta dan penduduk turut diadakan. Antaranya pertandingan merempuh halangan, sumpit, timbang bola, tarik tali, bola sepak dan lain-lain lagi. Pada jambori kali ini juga pertandingan perkemahan dan gajet terbaik turut dilaksanakan.


Program yang mendapat sambutan baik dari kalangan penduduk ini telah melakarkan sejarah tersendiri apabila rata-rata penduduk melahirkan rasa terharu diatas kesediaan Jabatan Amal memilih kampung mereka sebagai tapak jambori amal pada tahun ini. Bagi pihak Jabatan Amal negeri semua gerak kerja amal ini adalah kejayaan bersama di atas sokongan dan dokongan dari semua peringkat. Tahniah kepada unit Amal Kudat selaku tuan rumah, ALP negeri yang terlibat, seterusnya unit amal seluruh kawasan Pantai Barat. Juga tidak dilupa sumbangan kewangan serta kenderaan dari unit Amal Putatan pada saat-saat akhir banyak membantu kelancaran program walaupun mereka tidak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tahiah kepada semua! Allahuakbar! 'Beramal kerana Allah'

Jambori Amal Sandakan

0 comments


Tanggal 26-28 Februari 2010, Jabatan Amal Sandakan telah berjaya menganjurkan program Jambori Amal peringkat Sandakan yang diadakan di Scout Nature Park, Sandakan.

Program yang bermula pada petang Jumuat tersebut telah disertai kira-kira 40 orang peserta dari kalangan pelajar beberapa buah sekolah terpilih di Sandakan. Para peserta didedahkan dengan konsep kerja amal dalam islam yang bertunjangkan keikhlasan dan dengan tujuan menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Program telah berjalan sehingga menjelang tengahari Ahad.

Antara matlamat program ini adalah untuk memperkemaskan Unit Amal Sandakan dan meninjau kemungkinan mengembangkan Briged Amal di kalangan remaja. Menurut pengarah program kali ini, Sdr Haris Bin Bahar, yang merupakan Ketua Jabatan Amal Sandakan, beberapa individu yang menyertai program kali ini telah dikenalpasti untuk diletakkan dalam jawatankuasa Unit Amal yang akan digerakkan bagi menjayakan beberapa siri kerja amal yang akan dirancang.

Para peserta telah diberikan baju Unit Amal dan dilatih menyanyikan lagu rasmi Unit Amal. Diharapkan program kali ini akan menjadi titik mula melebarnya tentera merah dalam kerja amal di peringkat Sandakan.

Jabatan Amal Sepanggar Menyerta Perarakan Maulidul Rasul

0 comments





25 hb Feb (Flat Telipok Ria) : Jabatan Amal negeri Sabah sekali lagi mendapat perhatian masyarakat setempat apabila dijemput untuk menyertai perarakan maulidul rasul peringkat kawasan Flat Telipok Ria. Rata-rata masyarakat agak teruja melihat kehadiran 'tentera merah' yang mengetuai perarakan tersebut.

Unit Amal Sepanggar telah menghantar seramai 30 orang anggota bagi menyertai perarakan tersebut. Berikut adalah gambar sekitar perarakan:

Rumah Ahli Unit Amal Tawau Terbakar

0 comments


Bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di rumah saudara Airil

Rumah saudara Airl yang hangus terbakar


Takziah... itu sahaja yang mampu diucapkan kepada saudara Airil Syah apabila rumah beliau terlibat dalam tragedi kebakaran yang berlaku di Kg Vietnam Tg Batu Tawau pagi ini.

Kejadian berlaku sekitar pukul 10.30am yang melibatkan 30 buah rumah. Ini bukan kali pertama berlaku di Kg ni... Diharap saudara Airil dan keluarga dapat bersabar dengan kejadian yang menimpa. Bersabar... Sesungguhnya Allah berserta dengan orang orang yang bersabar.

Orang ramai yang ingin menghuluran sumbangan, bolehlah menghubungi :

1) Sdr Hery : 019-5276587 2) Sdr Burhan : 019-5351655 3) Sdr Amsah : 013-8996313


sila lawat :

http://amaltawau.blogspot.com/

Gambar-gambar Sekitar Jambori Amal Negeri Sabah

0 comments
Watikah Perlantikan Ahli Lembaga Pengarah Unit Amal disampaikan oleh Pengarah Jabatan Amal Pusat, Ust. Jamsari Masrom sambil disaksikan oleh penulis (tengah).

Unit Amal berkumpul ketika sesi Induksi Amal.

Acara Perbarisan Unit Amal

Diantara acara ketika Jambori Amal iaitu merempuh halangan dan sebagainya..

sukaneka kanak-kanak

aktiviti jambori: timbang bola takraw

bergambar bersama pasukan belia penduduk kampung, kelihatan cikgu anuar dan Ust. Jamsari

Aqiqah seekor kerbau






Jambori Amal Peringkat Negeri Sabah

0 comments
Sepenuh kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana telah mengizinkan untuk kami menyempurnakan program Jambori Amal Negeri Sabah kali ke-3 dengan jayanya.

Program yang bermula pada 20hb Mac (Jumaat) baru-baru ini telah membuka satu lembaran baru kepada Jabatan Amal Negeri Sabah dan seterusnya Dewan Pemuda PAS Sabah. Program yang diadakan di sebuah kampung di Sook ini telah mendapat kerjasama yang baik dari penduduk kampung tersebut. Mana tidaknya, rombongan peserta dari Kota Kinabalu seramai hampir 25 peserta yang tiba terlebih dahulu di tapak program telah disambut oleh penduduk kampung dengan jamuan makan tengah hari. Kemudiannya, rombongan dari Keningau yang diketuai oleh Ust Kamal dan Ust Shakir seramai 24 peserta turut tiba. Suasana bertambah meriah apabila robongan dari Sandakan seramai 26 peserta tiba. Untuk makluman, Sandakan adalah rombongan yang paling jauh, yang mana mengambil masa hampir 10 jam untuk sampai ke tapak program.

Seekor kerbau telah menjadi santapan pada para anggota amal selama tiga hari di sini. Petang itu juga bersama penduduk kampung, kerbau tersebut diselesaikan. (terima kasih kepada penyumbang bahagian aqiqah). Manakala sebelah malamnya telah diadakan majlis ringkas bersama penduduk kampung dan seterusnya penyerahan anak angkat. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Ust. Hafiz selaku pengarah program dan Ust. Ridwan selaku pengerusi masjid.

21hb dimulakan dengan solat berjamaah di masjid dan seterusnya perbarisan pagi. Kekuatan anggota pada hari ini seramai 89 peserta. Kehadiran pada hari ini ditambah lagi dengan kehadiran rombongan dari Tawau seramai 8 orang dan Labuan seramai 4 orang. Seterusnya peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyelesaikan tugas-tugas pagi ini. Peserta dibahagikan untuk menyelesaikan tugas-tugas berikut, gotong royong membersih kubur, gotong royong mengecat masjid, ‘team’ teknikal wirering, ‘team’ lapah lembu/masak, ‘team’ tayangan kanak-kanak dan ‘team’ program bersama penduduk. Aturcara program bersama penduduk ialah, majlis perasmian oleh Ust. Misri, ceramah motivasi keibubapaan oleh Sdr Hisamuddin Sulaiman, Tayangan Amal dan penyampaian sumbangan kepada penduduk (terima kasih kepada semua penyumbang) .

Sebelah petangnya pula ialah acara yang dinanti-nantikan oleh para peserta iaitu, rempuh halangan, timbang bola takraw dan futsall. Program turut disertai oleh belia penduduk kampung dan tidak ketinggalan juga sukaneka kanak-kanak yang dikendalikan oleh Sdr Saifulrijan. Manakala pada waktu malam, program Malam Hiburan Islam telah diadakan dan seterusnya penyampaian hadiah oleh Ust Jamsari kepada pemenang-pemenang ‘game’ yang telah diadakan pada sebelah petang tadi. Kelihatan kepuasan dan kecerian kepada hadirin yang terdiri daripada peserta dan penduduk.

22hb dimulakan dengan solat subuh, tazkirah subuh dan seterusnya perbarisan pagi. Peserta umpama tentera merah apabila mula memakai t-shirt Unit Amal Malaysia yang tiba petang semalam. Perbarisan pagi yang diketuai oleh Sdr Saifuddin ini telah disempurnakan oleh Ust. Jamsari dengan pemeriksaan barisan peserta. Seterusnya peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kerja iaitu ‘team’ membersih kawasan, 'team' kursus memasak untuk ibu-ibu (terima kasih kepada Sdr Mustaqim) dan ‘team’ perubatan (chek kandungan glukosa dalam darah) yang dikendalikan oleh saudara Aswadi (terima kasih kepada Farmasi Aslam kerana sumbangan alatan). Pada pagi ini juga diadakan ‘Induksi Amal’. Program yang dikendalikan oleh Ust. Jamsari ini merupakan program julung-julung kalinya diadakan khusus untuk Ahli Lembaga Pengarah Negeri dan umumnya untuk anggota Amal. Diakhir program adalah penyampaian watikah perlantikan sebagai ALP Negeri.

Majlis penutup dibuat dengan disertai penduduk setempat setelah selesai induksi. Ucapan ringkas dari ketua kampung begitu memberi semangat kepada peserta untuk terus menabur bakti kepada masyarakat. Allahuakbar !!

Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Semoga berjumpa lagi di Jambori Amal Negeri Sabah kali ke-4

Madrasah Summer Camp Unit Amal Tawau

0 comments












untuk melihat gambar-gambar yang lain, sila ke :


15 hingga 30 November lepas Unit Amal Tawau terlibat secara langsung dengan penganjuran Madrasah Summer Camp 2008 yang julung julung kali diadakan di Madrasah Darul Hidayah Tawau yang terletak di Sungai Imam Tawau.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dari mula sehingga ke akhir program. Diharap kepada semua peserta Madrasah Summer Camp dapat terus mengamalkan apa yang yang telah dipelajari sepanjang program di sini. Ingat nasihat abang abang semua , belajar rajin rajin dan jangan derhaka kepada ibu-bapa. Solat jangan tinggal dan sebagainya.


Jikalau anda mempunyai sebarang masalah, insyaAllah abang abang dalam Unit Amal Tawau sedia membantu dan memberi tunjuk ajar selagi termampu tanpa mengharap apa apa balasan. Semoga segala kenangan indah yang ada di sana terpahat dalam minda kita bersama.

Jikalau ada masa yang terluang, dijemput pula menghadiri Kursus Amal Islami ke-15 anjuran PERPPIS Tawau di SMK Kuhara. Datang jangan tak datang ya..

Jelajah Ramadhan Unit Amal Sabah

0 comments

Sempena Ramadhan Al Mubarak ini, Unit AMAL Sabah sekali lagi menjalankan misi kemanusiannya dengan program Jelajah Ramadhan yang akan diadakan di Negeri Sabah di bawah bayu ini.Tepat jam 9.00 malam bertempat di Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu.

Majlis Perasmian Jelajah Ramadhan dirasmikan oleh Pengarah Yayasan AMAL Sabah iaitu Tuan Haji Khairan Untong yang dihadiri oleh lebih kurang 3o orang ahli Unit AMAL Sabah dan Yayasan AMAL Sabah. Pada majlis tersebut, Tuan Haji Khairan telah menyerahkan banner Jelajah Ramadhan kepada ketua rombongan tersebut iaitu Saudara Akhwan Affandi (gambar) sebagai simbolik bermulanya jelajah Ramadhan ini.

Semasa majlis tersebut, Tuan Haji Khairan telah menyatakan rasa syukur kerana Unit AMAL dan Yayasan AMAL sentiasa berganding bahu dalam menyampaikan misi kemanusiaan tidak kira dimana jua mereka berada. Tambah beliau lagi ” apa yang lebih penting iaitu, bagaimana kita mampu untuk melahirkan generasi pewaris yang akan menjadi pelapis kepada kepimpinan yang sedia ada ini”.

Rombongan yang diketuai oleh saudara Akhwan Affandi ini diiringi oleh 5 orang petugas unit AMAL Pusat akan memulakan jelajah Ramadhan pada 9 September ke kawasan-kawasan kampung di bahagian pedalaman atas untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan. Misi ini akan berakhir di kg Korum, Pitas pada 18 September 2008.