Berita JAM Pusat

Berita JAM Negeri

Berita JAM Pusat [ Lihat Semua ]

Latest Updates

Showing posts with label Jambori. Show all posts
Showing posts with label Jambori. Show all posts

Perkhemahan Jabatan Amal diganti dengan Jambori

0 comments

TARIKH :  
3 - 5 DISEMBER 2010

TEMPAT : 
KEM PENGAKAP NEGERI MELAKA


Salam perjuangan warga anggota Jabatan Amal seluruh Malaysia. Sepertimana yang diketahui, Jabatan Amal Malaysia akan menganjurkan satu program iaitu Perkhemahan Jabatan Amal untuk kali yang pertama. Seperti yang telah diperbincangkan program ini khas untuk ahli yang berdaftar sahaja yang mana sebelum ini kita menganjurkan acara Jambori Amal setiap tahun tetapi kebanyakan peserta tidak mendaftar sebagai ahli Jabatan Amal. Oleh yang demikian, acara tahunan Jambori akan diselang-selikan dengan program Perkhemahan Tahunan Amal. 

Setelah diperhalusi bentuk program yang ingin diadakan ini menyerupai acara Jambori, mesyuarat seterusnya merombak semula program ini dan keputusan yang dibuat dikekalkan program Jambori Amal yang dibuat sebelum ini dan ditambah beberapa pengisian dan peraturan yang baru.

Oleh kerana tarikh yang dicadangkan sebelum ini sepatutnya diadakan bulan November yang lalu, Jambori ini terpaksa bertukar tarikh ke bulan Disember iaitu 3, 4 dan 5 Disember. Ini adalah disebabkan keadaan beberapa negeri yang telah ditimpa bencana banjir yang hebat baru-baru ini. Atas sebab-sebab ini, program Jambori Amal Kebangsaan terpaksa diubah tarikh ke bulan Disember yang mana lokasi tempatnya tidak berubah.

Justeru pihak Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat memohon maaf diatas beberapa kesilapan dan pembetulan yang dibuat. Selain daripada itu diharap negeri-negeri dapat membuat persiapan dan jmaklumkan jumlah anggota yang akan hadir kepada Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia iaitu Abdullah Abd Manan.

Sekitar Jambori Amal Perak 2010

0 comments





Jambori Amal Pantai Barat Sabah 2010

0 comments






Kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana Jambori Amal Pantai Barat Sabah telah berjaya dilaksanakan pada 12,13 dan 14 Mac 2010 baru baru ini. Bertempat di Kg. Indarasun Laut, Kudat seramai hampir 130 orang peserta dari seluruh kawasan Jabatan Amal Pantai Barat Sabah telah menyertainya. Antara kawasan yang telah menghantar peserta pada Jambori kali ini ialah Jabatan Amal Kudat, Jabatan Amal Pitas, Jabatan Amal Kota Marudu, Jabatan Amal Kota Belud, Jabatan Amal Sepanggar dan Jabatan Amal Keningau.

Pada siri Jambori Amal kali ini juga, satu lagi sejarah manis telah dicipta, di mana pelancaran 'Briged Amal peringkat Negeri Sabah' dengan secara rasminya telah dilancarkan. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Amal negeri Sabah, Saudara Amir Saifuddin Samsuddin pada slot 'Induksi Amal' yang diadakan pada hari terakhir jambori tersebut. Seramai lebih kurang 70 orang peserta dari kalangan remaja telah diterima sebagai ahli briged amal pada majlis tersebut, seterusnya pemakaian 'badge briged amal' sebagai simbolik kepada 'keahlian' telah disampaikan kepada ahli briged amal. Saudara Amir Saifuddin Samsuddin pada majlis perasmian tersebut mengingatkan kepada semua peserta tentang teras 5 budaya Jabatan Amal sebagai tunggak kepada semua ahli unit amal agar dijadikan asas dalam gerak kerja Jabatan Amal.

Sehari sebelum itu pelbagai kegiatan amal dan kebajikan telah dilaksanakan di perkampungan Indarasun. Antaranya, gotong royong membaiki masjid dan kemudahan tandas, gotong royong membersihkan perkuburan, pemeriksaan kesihatan, kelas memasak, malam kebudayaan, program anak angkat dan penyampaian bantuan kepada fakir miskin. Selain dari itu beberapa aktiviti pertandingan dari kalangan peserta dan penduduk turut diadakan. Antaranya pertandingan merempuh halangan, sumpit, timbang bola, tarik tali, bola sepak dan lain-lain lagi. Pada jambori kali ini juga pertandingan perkemahan dan gajet terbaik turut dilaksanakan.


Program yang mendapat sambutan baik dari kalangan penduduk ini telah melakarkan sejarah tersendiri apabila rata-rata penduduk melahirkan rasa terharu diatas kesediaan Jabatan Amal memilih kampung mereka sebagai tapak jambori amal pada tahun ini. Bagi pihak Jabatan Amal negeri semua gerak kerja amal ini adalah kejayaan bersama di atas sokongan dan dokongan dari semua peringkat. Tahniah kepada unit Amal Kudat selaku tuan rumah, ALP negeri yang terlibat, seterusnya unit amal seluruh kawasan Pantai Barat. Juga tidak dilupa sumbangan kewangan serta kenderaan dari unit Amal Putatan pada saat-saat akhir banyak membantu kelancaran program walaupun mereka tidak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tahiah kepada semua! Allahuakbar! 'Beramal kerana Allah'

Jambori Amal Sandakan

0 comments


Tanggal 26-28 Februari 2010, Jabatan Amal Sandakan telah berjaya menganjurkan program Jambori Amal peringkat Sandakan yang diadakan di Scout Nature Park, Sandakan.

Program yang bermula pada petang Jumuat tersebut telah disertai kira-kira 40 orang peserta dari kalangan pelajar beberapa buah sekolah terpilih di Sandakan. Para peserta didedahkan dengan konsep kerja amal dalam islam yang bertunjangkan keikhlasan dan dengan tujuan menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Program telah berjalan sehingga menjelang tengahari Ahad.

Antara matlamat program ini adalah untuk memperkemaskan Unit Amal Sandakan dan meninjau kemungkinan mengembangkan Briged Amal di kalangan remaja. Menurut pengarah program kali ini, Sdr Haris Bin Bahar, yang merupakan Ketua Jabatan Amal Sandakan, beberapa individu yang menyertai program kali ini telah dikenalpasti untuk diletakkan dalam jawatankuasa Unit Amal yang akan digerakkan bagi menjayakan beberapa siri kerja amal yang akan dirancang.

Para peserta telah diberikan baju Unit Amal dan dilatih menyanyikan lagu rasmi Unit Amal. Diharapkan program kali ini akan menjadi titik mula melebarnya tentera merah dalam kerja amal di peringkat Sandakan.

Jambori Amal Johor 2009

0 comments





Sumber : http://unitamaljohor.blogspot.com/

Alhamdulillah, Jabatan Amal Negeri Johor pada tahun ini telah pun berjaya menganjurkan Jambori Amal Negeri yang diadakan Sg. Sudah & Sg. Resik, Muar Johor selama 3 hari 2 malam bermula 14hb Ogos hingga 16hb Ogos yang lalu.

Walaupun sedikit diuji dengan masalah tempatan, berkat kecekalan hati dan keikhlasan menabur bakti kepada masyarakat, Jambori Amal Negeri Johor tetap terus berlangsung dengan pelbagai program menarik yang dianjurkan.

Jambori Unit Amal Kapar Meningkatkan Kemahiran Ahli

0 comments

Sumber : http://syababkapar.blogspot.com/

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar telah berjaya mengadakan Jambori Unit Amal Kapar 2009 pada 15 dan 16 Ogos 2009 di Kem Banyu Manis, Kg Bukit Kerayong, Jeram. Jambori pada kali ini telah disertai lebih 30 orang ahli Unit Amal seluruh Kawasan Kapar.

Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang program oleh Pengarah Program yang juga Ketua Unit Amal Kapar, Saudara Zainuri bin Ahmad. Program ini antara lain adalah untuk memdedahkan ahli Unit Amal kepada kemahiran-kemahiran kendiri yang akan meningkatkan keyakinan diri mereka untuk menghadapi pelbagai cabaran.

Antara aktiviti yang dirangka ialah, permainan seperti 'war game', mencipta 'gadjet', masakan suvival, persembahan berkumpulan dan jungle trekking. Semua ahli yang menyertai jambori kali ini merasa puas dan teruja dengan pelbagai program yang diatur.

'Ternyata aktiviti di dalam Jambori Unit Amal sangat berbeza dengan kem-kem yang pernah saya sertai sebelum ini. Ia banyak memberi ilmu dan pengalaman baru kepada saya' kata Ridzuan salah seorang peserta jambori.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh, Ustaz Haidar Taslin selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kapar. Dalam ucapannya beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh anggota Unit Amal Kapar yang menjayakan dan menyertai Jambori kali ini. Beliau sentiasa ingin melihat agar Unit Amal Kapar sentiasa mempunyai peningkatan dari semasa ke semasa.

Justeru beliau berharap agar ahli di setiap cawangan dan DUN mempunyai inisiatif sendiri untuk menggerakkan Unit Amal di tempat masing-masing. Beliau juga berharap agar Unit Amal sentiasa menerokai aktiviti-aktiviti baru yang digemari oleh golongan muda seperti sukan lasak, kembara meredah hutan, konvoi berbasikal atau bermotor dan sebagainya.

Beliau berharap agar Unit Amal Kapar akan menjadi satu ikon yang mudah didampingi oleh semua golongan muda pelbagai latarbelakang di kawasan Kapar ini. Oleh yang demikian, ahli sedia ada perlu berjiwa besar dan bercita-cita tinggi untuk menjadikan Unit Amal lebih cemerlang kerana ia secara tidak langsung boleh menyampaikan mesej Islam kepada golongan muda dengan cara yang mereka senangi. Insya Allah.

Sekitar Jambori Amal Negeri Pahang Kali Ke-12

0 comments





Tahniah kepada Unit Amal kawasan-kawasan yang menghantar kontinjen menyertai Jambori kali ini terutama kepada Unit Amal Kawasan Temerloh yang dapat menghantar peserta teramai dan juga dapat membolot kategori kontinjen terbaik bagi Jambori Amal Negeri Pahang Kali ke 12 ini. Semoga berlalunya Jambori kali ini membuahkan hasil yang lumayan kepada Amal Negeri Pahang.

Terimakasih tidak terhingga kepada Amal Kawasan Lipis dan Cameron Highland yang menjadi tuan rumah terpaksa bertungkus-lumus membantu urusetia menjayakan Jambori ini. Terlalu banyak kemanisan yang dapat dicicip dari puncak Cameron Highland oleh peserta-peserta Jambori ini.

Terengganu dan Pahang Adakan Jambori Amal Negeri

0 comments


Bermula tarikh hari ini, 2 buah negeri iaitu Terengganu dan Pahang akan mengadakan Jambori Amal peringkat negeri. Jambori Amal Terengganu bermula dari 16 Julai 2009 dan berakhir pada 18 Julai 2009 manakala Jambori Amal Pahang pula bermula pada 17 Julai 2009 dan berakhir pada 19 Julai 2009.

Pada kali ini lokasi yang dipilih Jabatan Amal Terengganu untuk diadakan Jambori ialah di Kampung Gaung, Kuala Berang yang mana ianya akan dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Hj Mohd Nor Bin Hamzah manakala Jabatan Amal Pahang pula telah memilih lokasi Jabatan Hutan Raub dan Cameron Highland, Tanah Rata sebagai lokasi diadakan jambori.

Jambori Amal Peringkat Negeri Sabah

0 comments
Sepenuh kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana telah mengizinkan untuk kami menyempurnakan program Jambori Amal Negeri Sabah kali ke-3 dengan jayanya.

Program yang bermula pada 20hb Mac (Jumaat) baru-baru ini telah membuka satu lembaran baru kepada Jabatan Amal Negeri Sabah dan seterusnya Dewan Pemuda PAS Sabah. Program yang diadakan di sebuah kampung di Sook ini telah mendapat kerjasama yang baik dari penduduk kampung tersebut. Mana tidaknya, rombongan peserta dari Kota Kinabalu seramai hampir 25 peserta yang tiba terlebih dahulu di tapak program telah disambut oleh penduduk kampung dengan jamuan makan tengah hari. Kemudiannya, rombongan dari Keningau yang diketuai oleh Ust Kamal dan Ust Shakir seramai 24 peserta turut tiba. Suasana bertambah meriah apabila robongan dari Sandakan seramai 26 peserta tiba. Untuk makluman, Sandakan adalah rombongan yang paling jauh, yang mana mengambil masa hampir 10 jam untuk sampai ke tapak program.

Seekor kerbau telah menjadi santapan pada para anggota amal selama tiga hari di sini. Petang itu juga bersama penduduk kampung, kerbau tersebut diselesaikan. (terima kasih kepada penyumbang bahagian aqiqah). Manakala sebelah malamnya telah diadakan majlis ringkas bersama penduduk kampung dan seterusnya penyerahan anak angkat. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Ust. Hafiz selaku pengarah program dan Ust. Ridwan selaku pengerusi masjid.

21hb dimulakan dengan solat berjamaah di masjid dan seterusnya perbarisan pagi. Kekuatan anggota pada hari ini seramai 89 peserta. Kehadiran pada hari ini ditambah lagi dengan kehadiran rombongan dari Tawau seramai 8 orang dan Labuan seramai 4 orang. Seterusnya peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyelesaikan tugas-tugas pagi ini. Peserta dibahagikan untuk menyelesaikan tugas-tugas berikut, gotong royong membersih kubur, gotong royong mengecat masjid, ‘team’ teknikal wirering, ‘team’ lapah lembu/masak, ‘team’ tayangan kanak-kanak dan ‘team’ program bersama penduduk. Aturcara program bersama penduduk ialah, majlis perasmian oleh Ust. Misri, ceramah motivasi keibubapaan oleh Sdr Hisamuddin Sulaiman, Tayangan Amal dan penyampaian sumbangan kepada penduduk (terima kasih kepada semua penyumbang) .

Sebelah petangnya pula ialah acara yang dinanti-nantikan oleh para peserta iaitu, rempuh halangan, timbang bola takraw dan futsall. Program turut disertai oleh belia penduduk kampung dan tidak ketinggalan juga sukaneka kanak-kanak yang dikendalikan oleh Sdr Saifulrijan. Manakala pada waktu malam, program Malam Hiburan Islam telah diadakan dan seterusnya penyampaian hadiah oleh Ust Jamsari kepada pemenang-pemenang ‘game’ yang telah diadakan pada sebelah petang tadi. Kelihatan kepuasan dan kecerian kepada hadirin yang terdiri daripada peserta dan penduduk.

22hb dimulakan dengan solat subuh, tazkirah subuh dan seterusnya perbarisan pagi. Peserta umpama tentera merah apabila mula memakai t-shirt Unit Amal Malaysia yang tiba petang semalam. Perbarisan pagi yang diketuai oleh Sdr Saifuddin ini telah disempurnakan oleh Ust. Jamsari dengan pemeriksaan barisan peserta. Seterusnya peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kerja iaitu ‘team’ membersih kawasan, 'team' kursus memasak untuk ibu-ibu (terima kasih kepada Sdr Mustaqim) dan ‘team’ perubatan (chek kandungan glukosa dalam darah) yang dikendalikan oleh saudara Aswadi (terima kasih kepada Farmasi Aslam kerana sumbangan alatan). Pada pagi ini juga diadakan ‘Induksi Amal’. Program yang dikendalikan oleh Ust. Jamsari ini merupakan program julung-julung kalinya diadakan khusus untuk Ahli Lembaga Pengarah Negeri dan umumnya untuk anggota Amal. Diakhir program adalah penyampaian watikah perlantikan sebagai ALP Negeri.

Majlis penutup dibuat dengan disertai penduduk setempat setelah selesai induksi. Ucapan ringkas dari ketua kampung begitu memberi semangat kepada peserta untuk terus menabur bakti kepada masyarakat. Allahuakbar !!

Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Semoga berjumpa lagi di Jambori Amal Negeri Sabah kali ke-4

Jambori Unit Amal Kawasan Larut

0 comments





sumber : http://uamaltpg.blogspot.com/

Baru-baru ini, Jabatan Amal Perak telah menggadakan satu mesyuarat peringkat negeri di Ayer Hitam Jelai, Batu Kurau Perak sempena program Jambori Unit Amal kawasan Larut baru-baru ini.11 orang Ahli Lembaga Pengarah dan 7 orang ketua penyelaras setiap kawasan hadir bagi membincangkan aktiviti-aktiviti tahunan dan gerak kerja kebajikan bagi tahun 2009.

Mesyuarat bermula jam 9.30 malam dan tamat jam 2.30pg dalam keadaan yang amat sejuk persekitaranya kerana berada didalam hutan dan berdekatan dengan kaki bukit.Terlalu banyak agenda yang telah di perbincangkan untuk program tahun ini diantaranya brintstooming pada 24 & 25 Jan 2009 di Kuala Kangsar Perak.


Jambori tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana kehadiran seramai 70 orang peserta telah turut serta dengan sedikit gabungan peserta dari kawasan Taiping seramai 7 orang. Purata umur para peserta lebih kurang 15-18 tahun.

Berbagai-bagai acara telah disediakan, salah satunya berjalan ditengah malam didalam hutan yang gelap berdua-duaan berpandukan pada tali yang dipasang sebagai laluan untuk sampai ke distinasi yang telah ditetapkan.Jarak lebih kurang 1.3km dengan berbagai-bagai rintangan yang perlu dihadapi oleh peserta.Semuanya telah berjaya sampai dengan keadaan selamat.


Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam program atau Jambori Unit Amal yang akan datang, bolehlah berhubung terus dengan Pengarah Amal Negeri : 0194227268.

Jambori Unit Amal Kedah Ke-9

0 comments







MERBOK 20 Dis 2008 – Seperti tahun-tahun lepas Jambori Unit Amal Peringkat Negeri Kedah tetap dilangsungkan walaupun semua anggota Unit Amal sibuk dengan tugasan masing-masing.

Jambori yang kali ini berlangsung di Merbok Chalet disertai oleh 140 peserta dari seluruh negeri kedah.Ia berlangsung selama 3hari iaitu dari 18 hingga 20 Disember 2008.


Program yang disertai oleh Ketua Kampung, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan telah dirasmikan oleh YB Dr Hj Hamdan bin Mohamed Khalid Exco Belia Sukan dan kebudayaan Kesenian.

Tidak ketinggalan menyertai jambori kali ini ialah Nasim Hamdi dan Wasim Humaidi, kedua-duanya adalah anak kepada Menteri Besar Kedah.

Selain dari menjadi tuan rumah untuk jambori kali ini, Merbok juga telah berjaya menyapu bersih semua acara dan muncul sebagai Juara Keseluruhan Jambori.

Jambori Amal Negeri Pahang Kali Ke-11

2 comments










Pada 18 Julai lalu, Jabatan Amal Pahang telah menganjurkan Jambori Amal peringkat negeri yang diadakan bertempat di Pusat Rekreasi Kg. Kuala Triang, Bera.

Jambori yang diadakan selama 3 hari 2 malam dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah 3, Saripuddin Mohd Yatim. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah pemangku Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Mohd Saad.

Seramai hampir 200 orang peserta yang menyertai Jambori pada kali ini.


UNAmal Pahang Anjur Jambori Amal Peringkat Negeri Yang Ke 10IT

0 comments








KUANTAN (Ahad) 22 Julai – Unit Amal PAhang telah menganjurkan Jambori Negeri buat kali yang ke 10 untuk tahun 2007 ini. Jambori tersebut telah diadakan selama tiga hari dua malam bermula pada 20 Julai – 22 Julai bertempat di Motel Tanjung Gelang, Pantai Balok, Kuantan. Jambori ini telah dirasmikan oleh pengarah Unit Amal Pahang iaitu Ustaz Rosli Jabar.

Menurut laporan yang diberikan seramai 397 orang peserta daripada kalangan remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menyertai jambori ini. Pada jambori kali ini, selain diadakan pertandingan kawad, sepak raga bulatan, lompat jauh, nasyid dan sajak, Unit Amal Pahang juga menganjurkan gotong-royong membersih kubur serta sekolah, menziarahi rumah fakir miskin sambil memberi sumbangan dan menyertai kempen derma darah yang dibuat dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan yang dijemput hadir.

Untuk pengisian rohani pula, diadakan kuliah Maghrib dan Subuh serta diadakan ceramah motivasi dan ceramah anti dadah yang dikhususkan kepada remaja-remaja tersebut untuk memberi pengetahuan supaya berwaspasda terhadap pengaruh negatif akibat gejala sosial yang semakin hebat sekarang ini.

Dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, diharap ianya menjadi pencetus semangat kepada anggota-anggota Unit Amal Pahang supaya terus bergerak untuk menegakkan syiar Islam.