Berita JAM Pusat

Berita JAM Negeri

Berita JAM Pusat [ Lihat Semua ]

Latest Updates

Showing posts with label Khidmat Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Khidmat Masyarakat. Show all posts

Banjir Kilat di Trolak Pekan - Amal Tanjong Malim

1 comments

Trolak Pekan , 2 Mei 2012 - Banjir kilat telah melanda Trolak Pekan. Bencana ini adalah paling tinggi paras air daripada sebelum-sebelum ini. Pimpinan PAS Kawasan, Pemuda PAS Kawasan dan Jabatan Amal bergegas ke tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan dari sudut makanan, tenaga dan sebagainya.

150 peneroka dilanda ribut; kehadiran Unit Amal disambut baik

0 comments

DUNGUN -  Ribut serta angin kuat yang melanda rumah-rumah peneroka di FELDA Kerteh 5 dan FELDA Kerteh 6, pada petang Sabtu 17 September, menyebabkan hampir 150 buah rumah mengalami pelbagai kerosakan.

Buletinonline dimaklumkan, angka mangsa dijangka akan bertambah apabila Unit Amal PAS DUN Kemasik 'turun padang' sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Operasi awal misi membantu dan menyelamat oleh Unit tersebut bermula pada Ahad pagi dengan kekuatan 10 anggota.

Ketua Unit Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Mazlan Chik berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut pada Sabtu petang dan memutuskan untuk menghantar pasukan petugas pada keesokannya.

(Gambar - Anggota Unit Amal sedang bertungkus lumus membasuh lantai salah sebuah rumah mangsa yang dinaiki air dan lumpur akibat ribut angin yang melanda pada petang semalam)

Beliau berkata sebahagian besar kerja-kerja yang dilaksanakan adalah kerja-kerja pembaikian dan mencucui rumah-rumah mangsa.

"pelbagai kerja yang sebahagian besarnya melibatkan membaiki, menggantikan dan mengemas atap serta perabung atap dan membasuh lantai rumah yang dinaiki air dan lumpur, 

 
"(semua kerja) berjaya disempurnakan oleh anggota Amal walaupun kekurangan ahli disebabkan hari ini merupakan hari bekerja,"ujarnya ketika ditemui di lokasi

Selain itu, menurutnya, terdapat banyak pokok bersaiz besar tumbang dan kerja-kerja memotong dan membersihkan mesti dilakukakan segera.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kepda semua pihak yang menyambut baik kehadiran Unit Amal serta memberikan kerjasama scara bergotong royong.

"Alhamdulillah, para peneroka FELDA yang terlibat dengan kejadian ribut, menyambut baik kedatangan Unit Amal, ada yang berkata telah mendengar banyak berita mengenai aktiviti Unit Amal sebelum ini. "saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu',kata Mazlan.

Sekitar Pengebumian Mangsa Tanah Runtuh Hulu Langat

0 comments
Kesemua jenazah akan disembahyangkan di Masjid Sultan Hishammudin Alam Shah, Batu 14 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, dijangka selepas solat Zohor.

Pekarangan masjid dibanjiri ahli keluarga mangsa, pemimpin dan juga penduduk tempatan.

Mereka yang akan dikebumikan ialah Haziq, Mohd Hazim, Mohd Azrel Azahari, 8; Wan Ahmad Hasril Hazim, 19; Mohd Mustakim Mamat, 12, Mohd Zaim Azahawi, 14, dan Mohd Imal Fahad, 9.
  
  Peserta Imam Muda juga turut sama menurunkan jenazah ke dalam liang lahat

7 jenazah disemadikan bersama .... turut kelihatan Unit Amal Hulu Langat, Selangor


Ribut Di Kuala Ketil : Jabatan Amal Kulim Bandar Bharu Hulur Bantuan

0 comments





Sumber : http://unitamalkbb.blogspot.com/

Kuala Ketil, 4 April 2010 :
Dun Kuala Ketil telah dilanda musibah iaitu ribut. Dianggarkan lebih kurang 200 buah rumah telah mengalami kerosakkan. Ada juga rumah yang kehilangan bumbung-bumbung rumah, ditimpa pokok dan tercabut bumbung beranda rumah. Setelah maklumat diterima daripada Unit Amal Kawasan Baling iaitu saudara Aziz atau lebih dikenalai sebagai Pak Ajis. Unit KBB telah menghantar tiga anggota amal Selama Kedah yang terdiri dua tukang rumah bersama penyelaras Amal KBB untuk turut membantu Amal Baling membaiki rumah yang terlibat dengan musibah tersebut.

Pada petang itu kerja bantuan dilaksanakan di Taman Muslim Kuala Ketil. Selepas Solat Asar kerja bantuan diteruskan sehingga 6.30 ptg. Hujan yang lebat membantut kerja-kerja membaiki bumbung rumah. Ini adalah kerana faktor keselamatan anggota dititik beratkan serta keadaan bumbung yang tidak menizinkan.


Pada tanggal Jumaat April 2010, Sekali lagi 11 anggota Amal KBB telah menyertai acara gotong royong perdana membantu membaiki rumah mangsa ribut, lanjutan dari bantuan pada hari-hari sebelumnya. Keanggotaan gotong royong ini turut serta dari Unit Amal dari negeri lain seperti Amal Negeri Perak dan Pulau Pinang. Amal Ehsan ini juga turut dibantu tukang-tukang rumah yang berkemahiran tinggi yang menjadi tunjang dalam memperbaiki rumah yang rosak. Tanpa mereka sudah tentu kerja-kerja bantuan menjadi sulit.


Anggota amal KBB dan Baling telah berjaya membantu membaiki lima buah rumah. Ini tidak temasuk kumpulan-kumpulan lain yang berjaya membaiki rumah-rumah mangsa ribut. Walau pun begitu kerja-kerja bantuan masih lagi diteruskan pada hari ini sehingga Ahad. Pada hari ini Unit Amal Wilayah dengan diketuai ALP Amal Pusat saudara Mat Zad telah telah sampai di Kuala Ketil untuk turut sama menyertai operasi membantu mangsa ribut . Mudah-mudah segala sumbangan tenaga para Amal dan pendukung-pendukung Islam, Allah berkati.

Gotong-Royong Denai Pinggiran

0 comments







Sumber : http://unitamaljohor.blogspot.com/

Denai Pinggilran, Kempas Johor, 27 mac 2010 :
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, Jabatan Amal Johor Zon Selatan terdiri dari 6 kawasan ( Kulai, Gelang Patah, Johor Baharu, Pontian, Pasir Gudang dan Tebrau) telah mencurahkan tenaga untuk membantu penduduk Denai Pinggiran Kempas, Johor didalam kerja gotong-royong pemindahan barang-barang rumah ke penempatan baru.

Kerja-kerja amal tersebut telah diketuai oleh Sdr. Mohd. Zaki Abd. Kader yang juga Timbalan Pengarah 3 Jabatan Amal Johor.

Semoga penduduk Denai Pinggiran yang terlibat sentiasa mendapat rahmat dan sentiasa bersabar didalam dugaan yang dialami. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada PAR (Pusat Aduan Rakyat DUN Kempas) yang diketuai oleh Sdr.Suhaizan Kayat telah bersungguh-sungguh didalam membela nasib penduduk yang terlibat.

Semoga Allah sentiasa bersama kalian.

Beramal Kerana Allah

Banjir Lumpur Kembali Melanda Di Batu Caves

0 comments





Sumber : http://amalgombak.blogspot.com/

Batu Caves 1 April 2010 :
Seramai 30 orang Unit Amal Gombak dan Briged Amal Gombak turun membantu mangsa banjir di beberapa tempat di Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Kampung Sungai Kertas, Di Ketuai oleh Sdr Normazali Zainal.

Di antara tempat yang terlibat ialah Di Kampung Nakhoda: Jalan Nakhoda, Jalan Nakhoda 14, Jalan Nakhoda 15, Jalan Nakhoda 20, Jalan Nakhoda 22. Manakala di Kampung Laksamana: Jalan Laksamana 9, Jalan Laksamana 10.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan dari jam 6:30ptg sehingga jam 1:20pg dengan kerjasama Unit Amal Gombak, Briged Amal Gombak, (Pemuda PAS Batu Caves, Gombak Setia, Hulu Kelang), JKP Zon 13, JKKK Kampung Nakhoda dan Yang turut hadir ialah Kepimpinan Pemuda PAS Gombak dan Negeri Selangor.

Jabatan Amal Sepanggar Menyerta Perarakan Maulidul Rasul

0 comments





25 hb Feb (Flat Telipok Ria) : Jabatan Amal negeri Sabah sekali lagi mendapat perhatian masyarakat setempat apabila dijemput untuk menyertai perarakan maulidul rasul peringkat kawasan Flat Telipok Ria. Rata-rata masyarakat agak teruja melihat kehadiran 'tentera merah' yang mengetuai perarakan tersebut.

Unit Amal Sepanggar telah menghantar seramai 30 orang anggota bagi menyertai perarakan tersebut. Berikut adalah gambar sekitar perarakan:

Unit Amal Kota Raja Menghulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

0 comments





Sumber : http://unitamalkotaraja.blogspot.com/

Kg Tanjung Sepat, Kuala Langat 24 Sept –
Pas Kawasan Kota Raja telah menghantar beberapa orang anggota Unit Amal ke Kg Tanjung Sepat, Kuala Langat bagi membantu penduduk di kampung tersebut yang telah di timpa musibah banjir.

Penduduk kampung tersebut dan beberapa kampung di sekitarnya telah menghadapi banjir ketika umat Islam di Malaysia sedang merayakan Aidilfitri baru-baru ini.

Ketika mengiringi YB Dr Yunus, ADUN Sijangkang yang turun padang meninjau lebih dekat kerumah-rumah mereka yang terlibat, anggota-anggota Unit Amal tersebut telah menawarkan khidmat membantu mereka yang memerlukan bantuan di dalam membersih atau mengemas rumah.

Hasil tinjauan yang di buat di sekitar kawasan yang terlibat mendapati punca banjir tersebut ialah di sebabkan perparitan yang tidak sempurna menyebabkan aliran air yang tidak lancar. _Izha

Jabatan Amal Pahang Edar Cenderahati Aidilfitri Kepada Penumpang Bas

0 comments





Sumber : http://unit-amal-im.blogspot.com/

KUANTAN 17 & 18 September 2009 -
Seperti tahun lalu, Jabatan Amal Pahang sekali lagi mengadakan program edar cenderahati Aidilfitri kepada penumpang-penumpang bas eksperes di terminal bas Terminal Makmur sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Operasi tersebut diketuai oleh Pengarah Jabatan Amal Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar bersama anggota Jabatan Amal Pahang serta Nisa' Pahang. Operasi edaran tersebut bermula pukul 10 malam. Sebelum bas mula bergerak, beberapa orang wakil Jabatan Amal Pahang telah membacakan doa menaiki kenderaan serta doa bagi keselamatan penumpang yang menaiki bas.

Lawatan Jabatan Amal Kapar Menjejak Pesakit di Hospital

0 comments








Sumber : http://syababkapar.blogspot.com/

Sabtu, 12 September 2009 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar dengan kerjasama PAS Kawasan Kapar, dan Muslimat Kapar telah menganjurkan lawatan amal dan mesra rakyat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Diketuai oleh oleh YDP PAS Kawasan kapar Dr. Hj Abd Rani Osman bersama Ketua DPPK Kapar Ustaz Haidar Taslin, rombongan seramai 38 orang telah berjaya mengagihkan 400 buah bungkusan makanan kesihatan kepada para pesakit yang terlantar di beberapa wad.

Urusan pengagihan dan koordinasi peserta rombongan diatur oleh Unit Amal Kapar telah berjaya melicinkan lagi urusan agihan dan lawatan tersebut. Peserta rombongan dipecahkan beberapa kumpulan untuk melawat ke wad-wad pesakit sekali gus. DPPK dan PAS Kapar berjaya menyampaikan sumbangan sambil beramah mesra, bertanya khabar, juga menyampai mesej dakwah bil hal kepada semua pesakit tanpa mengira bangsa, umur dan latar belakang pesakit.

Lawatan bermula jam 9.45 pagi telah berakhir pada jam 10.40 pagi. Penghargaan dan ucapan terima kasih turut disampaikan kepada pihak pengurusan hospital atas kesudian menerima rombongan ziarah dan juga memberikan kerjasama yang sangat baik.