Berita JAM Pusat

Berita JAM Negeri

Berita JAM Pusat [ Lihat Semua ]

Latest Updates

Showing posts with label Gotong-royong. Show all posts
Showing posts with label Gotong-royong. Show all posts

Program Gotong Royong Di Kg Parit Nibong

0 comments








Jabatan Amal Kulim Bandar Baru telah turun padang bergotong-royong bagi membaikpulih sebuah rumah penduduk kampung.

Ribut Di Kuala Ketil : Jabatan Amal Kulim Bandar Bharu Hulur Bantuan

0 comments





Sumber : http://unitamalkbb.blogspot.com/

Kuala Ketil, 4 April 2010 :
Dun Kuala Ketil telah dilanda musibah iaitu ribut. Dianggarkan lebih kurang 200 buah rumah telah mengalami kerosakkan. Ada juga rumah yang kehilangan bumbung-bumbung rumah, ditimpa pokok dan tercabut bumbung beranda rumah. Setelah maklumat diterima daripada Unit Amal Kawasan Baling iaitu saudara Aziz atau lebih dikenalai sebagai Pak Ajis. Unit KBB telah menghantar tiga anggota amal Selama Kedah yang terdiri dua tukang rumah bersama penyelaras Amal KBB untuk turut membantu Amal Baling membaiki rumah yang terlibat dengan musibah tersebut.

Pada petang itu kerja bantuan dilaksanakan di Taman Muslim Kuala Ketil. Selepas Solat Asar kerja bantuan diteruskan sehingga 6.30 ptg. Hujan yang lebat membantut kerja-kerja membaiki bumbung rumah. Ini adalah kerana faktor keselamatan anggota dititik beratkan serta keadaan bumbung yang tidak menizinkan.


Pada tanggal Jumaat April 2010, Sekali lagi 11 anggota Amal KBB telah menyertai acara gotong royong perdana membantu membaiki rumah mangsa ribut, lanjutan dari bantuan pada hari-hari sebelumnya. Keanggotaan gotong royong ini turut serta dari Unit Amal dari negeri lain seperti Amal Negeri Perak dan Pulau Pinang. Amal Ehsan ini juga turut dibantu tukang-tukang rumah yang berkemahiran tinggi yang menjadi tunjang dalam memperbaiki rumah yang rosak. Tanpa mereka sudah tentu kerja-kerja bantuan menjadi sulit.


Anggota amal KBB dan Baling telah berjaya membantu membaiki lima buah rumah. Ini tidak temasuk kumpulan-kumpulan lain yang berjaya membaiki rumah-rumah mangsa ribut. Walau pun begitu kerja-kerja bantuan masih lagi diteruskan pada hari ini sehingga Ahad. Pada hari ini Unit Amal Wilayah dengan diketuai ALP Amal Pusat saudara Mat Zad telah telah sampai di Kuala Ketil untuk turut sama menyertai operasi membantu mangsa ribut . Mudah-mudah segala sumbangan tenaga para Amal dan pendukung-pendukung Islam, Allah berkati.

Lembaga Merah Muncul Dikubur

0 comments



Sumber : http://p111dppkr.blogspot.com/

Pada hari Ahad 16 Ogos 2009 yang lepas, Unit Amal DPPKR telah mengadakan program gotong royong membersihkan kawasan kubur Kg Jawa Kg Tok Dagang Klang. Program ini diadakan sempena menyambut kehadiran bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan yang akan datang.

Tanah kuburan yang sering dikunjungi waris-waris pada bulan Ramadhan dan seterusnya ketika Syawal perlu kepada kerja-kerja kebersihan dan penjagaan kawasan sekitar. Ini dapat meringankan tugas-tugas penjaga kawasan kuburan dengan adanya program gotong royong seperti ini. Sambil menjalankan tugas sambil bermuhasabah bahawa kita juga pasti akan kesini daerah-daerah kubur seperti ini satu hari nanti. DPPKR dan Unit Amal Kota Raja berharap program seperti ini tidak terhenti setakat ini dan mungkin akan dibincangkan untuk menjadikan ianya satu program tahunan Insyaallah.

Gotong-royong Basmi Aedes Di Taman Berkat

0 comments









sumber : http://khidmatmeru.blogspot.com/

Kelangsungan dengan merebaknya kes denggi yang tinggi di Selangor, Pihak Pusat Khidmat Masyarakat Meru, JKKK Kg Meru bersama Unit Amal Meru serta penduduk telah mempergiatkan dan memperhebatkan pembasmian nyamuk aedes di seluruh kawasan.

Pagi tadi bersempena cuti hari Thaipusam, satu gotong royong peringkat Taman Berkat telah diadakan jam 9.00 pagi. Taman Berkat sasaran seterusnya disebabkan 2 pesakit dimasukkan ICU disebabkan jangkitan demam denggi. YB Dr Hj Abd Rani bin Osman, Ahli Majlis MPK Zon 42 C, Ketua Kampung Meru Tuan Hj Thaipor Hj Nor dan seluruh penduduk Taman Berkat bersama menyertai program gotong royong ini. Beliau menyarankan semua penduduk menjaga kebersihan secara total- baik dalam rumah, persekitaran rumah dan persekitaran taman perumahan.

Nyamuk aedes adalah nyamuk yang sangat berbahaya, amalan kebersihan sahaja yang boleh mengurangkan pembiakan nyamuk ini. Amalan "Pencegahan adalah lebih baik dari Mengubati" adalah amalan terbaik untuk dipraktikkan di dalam kehidupan hari ini.

Unit Amal Gotong Royong Bersih Kubur

0 comments











Pada tarikh 16 Januari 2009 (Jumaat), Unit Amal Terengganu dengan kerjasama Unit Amal Wilayah Persekutuan telah bekerjasama dalam gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan. Dua lokasi yang menjadi pilihan ialah Tanah Perkuburan Losong Haji Mat Shafie (berhampiran Madrasah Darussalam) dan Tanah Perkuburan Merbau Patah (berdekatan Surau Hj Ahmad).

Gotong Royong Membina Rumah

0 comments










http://amalterengganu.blogspot.com/

Unit Amal Negeri Terengganu telah bekerjasama bergotong-royong menyiapkan sebuah rumah kediaman milik seorang ibu tunggal yang diduduki bersama anaknya yang masih kecil. Rumah berkenaan terletak dalam DUN Bandar iaitu di Kampung Tanjung.

Turut hadir dalam gotong-royong tersebut, calon PAS yang akan bertanding untuk kerusi Parlimen P0.36 iaitu YB Hj Abdul Wahid Endut. Beliau yang juga merupakan ADUN Wakaf Mempelam meninjau keadaan rumah ibu tunggal tersebut dan akan berusaha menyalurkan bantuan sebaik mungkin. YB Hj Abdul Wahid juga sempat beramah mesra dengan anggota-anggota Unit Amal Terengganu sambil mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam gotong-royong tersebut.