Berita JAM Pusat

Berita JAM Negeri

Berita JAM Pusat [ Lihat Semua ]

Latest Updates

Showing posts with label Himpunan Aman. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Aman. Show all posts

Bersih 3.0: Unit Amal, Exco AMK ditahan malam tadi

3 comments

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Unit Amal PAS dari Teluk Kemang Mat Kamal Ismail di tahan pihak polis malam tadi dipercayai ada kaitan dengan penglibatannya dalam himpunan Bersih 3.0.

Menurut Ketua Pengarah Unit Amal PAS Pusat Johari Osman, Kamal ditahan beberapa anggota polis kira-kira jam 12 malam tadi ketika sedang berkerja syif malam di pejabatnya.

"Selepas ditahan dia dibawa ke IPD Teluk Kemang dan pagi tadi dia dibawa ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur," kata Johari mengesahkan.

Sementara itu, seorang lagi anggota Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Farhan Ibrahim turut ditahan pagi tadi.

Difahamkan beliau ditahan oleh polis sekitar jam 3 pagi  di Melaka Tengah.

Timbalan ketua penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, Farhan juga ditahan dipercayai ada kaitan dengan himpunan Bersih 3.0.

"Dikatakan Farhan ini antara yang dicari oleh pihak polis, tapi kita masih belum tahu apa sebab sebenar beliau ditahan, " katanya.

Farhan kini didakwa sedang berada di IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan.

Foto Wajah-wajah Sahabat Amal Dalam BERSIH 3.0

1 comments
Syabas kepada semua anggota Jabatan Amal Malaysia yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan Himpunan BERSIH 3.0. Semoga penglibatan anda mendapat ganjaran disi Allah. Kepada sahabat yang tercedera, kami doakan semoga anda diberi kesembuhan oleh Allah. Teruskan usaha murni perjuangan anda semua.













































































































                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           





















Sumber Foto :

Facebook Ayah Gie (KLIK SINI)