Madrasah Summer Camp Unit Amal Tawau

0 comments












untuk melihat gambar-gambar yang lain, sila ke :


15 hingga 30 November lepas Unit Amal Tawau terlibat secara langsung dengan penganjuran Madrasah Summer Camp 2008 yang julung julung kali diadakan di Madrasah Darul Hidayah Tawau yang terletak di Sungai Imam Tawau.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dari mula sehingga ke akhir program. Diharap kepada semua peserta Madrasah Summer Camp dapat terus mengamalkan apa yang yang telah dipelajari sepanjang program di sini. Ingat nasihat abang abang semua , belajar rajin rajin dan jangan derhaka kepada ibu-bapa. Solat jangan tinggal dan sebagainya.


Jikalau anda mempunyai sebarang masalah, insyaAllah abang abang dalam Unit Amal Tawau sedia membantu dan memberi tunjuk ajar selagi termampu tanpa mengharap apa apa balasan. Semoga segala kenangan indah yang ada di sana terpahat dalam minda kita bersama.

Jikalau ada masa yang terluang, dijemput pula menghadiri Kursus Amal Islami ke-15 anjuran PERPPIS Tawau di SMK Kuhara. Datang jangan tak datang ya..

Kem Perkhemahan Amal Gombak 2008

0 comments







oleh : Normazali Zainal (Penolong Setiausaha Jabatan Amal Selangor)

Pada 15 November lalu, Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak telah menganjurkan Kem Perkhemahan Amal Gombak 2008 bertempat di Kem Belia Bukit Lagong, Selayang. Perkhemahan itu berlangsung selama 2 hari bermula 15 nov (Sabtu) sehingga 16 Nov (Ahad).

Program tersebut disertai oleh 264 orang remaja dan belia dari sekitar Gombak. Antara tujuan program tersebut diadakan ialah merekrut dan memperkasakan keahlian Unit Amal DPPK Gombak. Selain itu ia juga merupakan salah satu daripada aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan modal insan DPPK Gombak khususnya kepada golongan remaja dan belia di Gombak.

Menurut pengarah program, Normazali Zainal, program kali ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari kalangan belia dan remaja sehinggakan penyertaan terpaksa ditutup kerana melebihi sasaran. Para peserta telah diberi penerangan dan penjelasan berkenaaan Unit Amal oleh Ketua Pengarah Unit Amal Pusat sendiri iaitu Ust Jamsari Marsom.

Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program tersebut ialah Latihan Dalam Kumpulan, osbtackle games, flying fox, amal race, kembara malam dan banyak lagi. Para peserta kelihatan berpuas hati dan gembira kerana aktiviti program yang mencabar dan tidak membosankan .

Program tersebut telah ditutup oleh Ust. Nasrudin Hassan, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Jabatan Amal Kelantan Bersedia Hadapi Banjir

0 comments












Jabatan Amal Kelantan telah mengadakan satu kursus bertempat di PUPUK, Machang iaitu Kursus asas & praktikal persediaan menghadapi banjir ini telah berlangsung pada 21-23 November.

Kursus pada asalnya akan diadakan D’ Pinggiran Gunung Tebu Resort, tetapi memandangkan tempat tersebut sudah ditenggelami air, maka pihak Jabatan Amal Kelantan telah mengambil inisiatif bertukar ke PUPUK, Machang.

Kehadiran daripada Unit Amal Kawasan-kawasan amat mengalakkan iaitu seramai 100 penyertaan dari seluruh negeri Kelantan. Alhamdulillah pada kali ini Jabatan Amal Kelantan dapat bekerjasama dengan Tabung Amanah Tok Kenali untuk menjayakan kursus ini untuk menghadapi banjir pada bila-bila masa sahaja.

Antara tenaga penceramah yang diundang khas untuk memberi taklimat kepada Unit Amal pada kali ini adalah Polis yang memberi syarahan berkaitan tajuk “Gejala Sosial & Ketenteraman Awam Serta Kaeda Menangganinya”, JPAM memberi ceramahnya yang bertajuk “Bantuan Kecemasan & Kaedah-kaedahnya” dan bagi pihak Bomba pula tajuk yang diberikan adalah “Kaedah Menyelamat Waktu Bencana Alam”. Manakala ceramah “Keselamatan” dibentangkan oleh saudara Khir Zahari.

Cabaran Hujung Tahun Unit Amal Kedah

0 comments









oleh : unitamalkedah@yahoo.com


Pokok Sena, 16 November 08 - Kem Bina Syakhsiah atau sinonim nya dengan panggilan KBS sudah bermula. Program selama 21 hari ini mengumpulkan remaja lelaki dan perempuan dari seluruh negeri kedah, bertujuan bagi memberikan pengisian ISLAMIAH kepada pesertanya.

Untuk siri ke 5 / 2008 ini. Buat julung kalinya Unit Amal Kedah dipertanggungjawabkan selama 21 hari menguruskan bagi mempastikan perjalanan program supaya selamat dan lancar.


Program yang bermula di Muassasah Darul Ulum dan Kemuncak di Gunung Jerai serta berakhir di Kolej Insaniah ini adalah merupakan program yang sudah pastinya paling menguji kemahiran, ketegasan dan kesungguhan Unit Amal Kedah.


Sesungguhnya program kali ini pasti akan membuka mata dan telinga masyarakat dan pemerintah terhadap kesunggupan, kesanggupan, kebolahan serta ketaatan Unit Amal Kedah

Anggota Unit Amal Ditahan Di Himpunan Anti ISA : Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Rayu Sumbangan

0 comments

oleh : KSU Jabatan Amal Malaysia DPPP


Kuala Lumpur 24 Nov 2008 - Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom (gambar) hari ini menyeru kepada semua pendokong gerakan Islam, ahli-ahli dari Pakatan Rakyat serta para dermawan agar dapat menghulurkan sumbangan kepada tabung dana 'Perihatin Amal Malaysia' bagi membantu beberapa anggota Unit Amal Malaysia yang ditahan dalam program ceramah sempena kempen himpunan anti ISA di Pandan Indah kelmarin.

Seruan yang dibuat melalui Setiausahanya, memohon orang ramai dapat membantu anggota Unit Amal yang ditahan itu agar dapat membuat persediaan sekiranya mereka dikenakan jaminan wang ketika menghadiri perbicaraan pada 8 & 9 Disember ini.

Selain daripada membantu meringankan bebanan anggota Unit Amal yang ditahan, tabung ini juga akan digunakan untuk membantu anggota Unit Amal yang ditimpa musibah, kesempitan hidup, menyambung pelajaran dan lain-lain lagi khusus untuk kebajikan anggota-anggota Unit Amal seluruh Malaysia.

Menurut Ustaz Jamsari lagi, satu program khas akan dirancang bagi melancarkan tabung dana ini dengan lebih meluas yang mana ianya akan dilancarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Salahudin Ayub.

Bagi peringkat permulaan, semua Jabatan Amal negeri telah diarahkan untuk memohon sumbangan seminima RM 5.00 sebulan daripada anggota-anggota Unit Amal negeri masing-masing yang berkemampuan untuk mengisi tabung dana ini.


Sekiranya tuan/puan ingin menghulurkan sumbangan, sila masukkan kedalam akaun Jabatan Amal Malaysia DPPP seperti yang tertera di sebelah.

Setiap sumbangan tuan diharap dapat dimaklumkan melalui sms kepada :

1) Ustaz Jamsari Marsom : 013-4298130
2) Mohd Hafiz Musa : 019-9817327
3) Mohd Shahraini Abu Sahid : 017-8812996



Himpunan Mansuhkan ISA Kecoh, 9 Ditahan

0 comments



KUALA LUMPUR, 24 Nov (Hrkh) -Polis bertindak menghentikan Ceramah Perdana Himpunan Mansuhkan ISA yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam dengan menggunakan ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis cawangan khas kerana didakwa menganjurkan himpunan tanpa permit.

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub dilaporkan cuba berunding bagi membenarkan program ceramah diteruskan tetapi tidak mendapat persetujuan pihak polis.

Pihak polis hanya membenarkan Mohamad Sabu berucap selama lima minit sebelum meminta orang ramai bersurai dari kawasan tersebut. Beliau sempat membuat pengumuman ceramah kempen untuk himpunan 100 000 mansuhkan ISA seterusnya akan diadakan di Stadium Selayang.

Difahamkan belum pun sampai seminit Mohamad Sabu berucap, beberapa orang anggota polis yang berpakaian biasa cuba menangkap Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan lain.

Dilaporkan suasana menjadi lebih kecoh apabila polis menyergah dan menolak orang ramai dengan menggunakan perisai dan kayu. Beberapa orang yang hadir tersungkur apabila polis menarik dan menolak dengan cara yang agak keras.

Menurut laporan kira-kira tujuh orang petugas yang terdiri daripada Unit Amal PAS ditahan di Balai Polis Pandan Indah. Mereka ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah;Kamaruzaman Mohamad, Mohd Sani Hamzan, Timbalan Ketua Pengarah 3, Jabatan Amal Malaysia DPPP, Saripuddin Mohd Yatim (gambar) , Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli, dan Azman Abd Hamid.

Sejurus kemudian, selepas sidang media di Balai Polis sama, Salahuddin dan Mohamad Sabu dipanggil masuk semula ke balai.

Kempen dan ceramah tersebut tersebut dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan dijadual dilancarkan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, malam tadi Anwar tidak hadir.-Hrkh _

Video Sekitar Majlis Pelancaran Unit Amal GEN-2 Kawasan Lembah Pantai

0 comments





Unit Amal Wilayah sedang menyusun kerusi sebelum program bermula




Menyanyi lagu PAS




Perbarisan Unit Amal Lembah Pantai memasuki dewan Markas Tarbiyah Taman Melewar seterusnya upacara pemakaian beret oleh Naib Presiden PAS Tuan Hj. Mohamad Sabu

Majlis Pelancaran Amal GEN-2 Kawasan Lembah Pantai

0 comments




Kuala Lumpur 21 November 2008 - Satu Majlis Pelancaran Unit Amal Generasi ke-2 kawasan Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan akan diadakan pada malam ini bertempat di Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar.

Majlis yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai serta Jabatan Amal Wilayah Persekutuan akan dirasmikan oleh Ybhg Tuan Hj Mohamad Sabu (Naib Presiden PAS) dengan diiringi Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom.

Seramai kira-kira 30 orang anggota telah direkrut oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai untuk menjadi sayap pelapis pasukan sukarelawan Unit Amal Wilayah Persekutuan seiring dengan kawasan-kawasan lain yang tetap komited dan aktif seperti kawasan Titiwangsa, Batu, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.

Majlis akan dimulai dengan pemeriksaan perbarisan seluruh anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan disusuli dengan pemakaian beret kepada Unit Amal Kawasan Lembah Pantai oleh Ybhg Tuan Hj Mohamad Sabu dan tayangan slide aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Amal Wilayah Persekutuan.

Selepas majlis pelancaran, satu ceramah umum akan diadakan oleh Ybhg Tuan Hj Mohamad Sabu berserta Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Puan Nurul Izzah Anwar dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Hj Mohamad Nor Mohd.

Kem Perkasa Unit Amal Serdang 2008

0 comments

Dipuncak bukit setelah separuh perjalanan telah dilalui.


Anak sungai yang masih bersih, sungguh tenang .....


Sarapan sebelum memulakan perjalanan selama 3 jam untuk sampai ke tapak perkhemahan.



Inilah tapak perkhemah ditengah hutan belantara yang berjaya diredah selama 3 jam perjalanan
(bagi yang amataur)



Kem Perkasa Amal telah dilaksanakan di Lubok Tedong, Hulu Kelang (Belakang Zoo Negara) pada 14Nov hingga 16Nov yang lalu. Seramai 15 orang peserta terlibat yang terdiri daripada exco pemuda serdang, unit amal serdang dan belia.

Objektif program adalah untuk membina ketahanan fizikal dan mental serta kekuatan iman dalam menepuh setiap cabaran yang dilalui. Disini juga kita dapat meningkatkan ukhwah antara setiap peserta.

Presiden PAS Seru Unit Amal Tingkatkan Keupayaan

0 comments

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, semalam menyeru Unit Amal PAS agar bersaing dengan lebih gigih dengan badan amal bukan Islam.

Katanya, Unit Amal melalui Yayasan Amal di peringkat antarabangsa perlu membuktikan keupayaan mereka untuk sama-sama memberi bantuan kepada mana-mana pihak yang mengalami krisis di negara mereka.

Ustaz Hadi berkata demikian ketika berucap di Majlis Silaturrahim dan Muhasabah Amal, di Glenmarie, Shah Alam, semalam.

Menurut Ustaz Hadi, Unit Amal perlu menjadi satu pasukan pertama yang tiba di mana-mana negara yang mengalami krisis seperti masalah gempa bumi, krisis politik atau apa jua masalah yang dihadapi negara terbabit.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan terhadap Unit Amal yang proaktif menjayakan misi bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan, khususnya di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, majlis tersebut diadakan bagi meraikan petugas-petugas Unit Amal yang sentiasa bersedia berkhidmat dengan PAS, selain meneruskan misi kemanusiaan di seluruh negara.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali yang juga Pengerusi Harakah, Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ishak dan Setiausaha Politik MB Perak, Misbahul Munir Masduki, dan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Husin Ismail. - mns_

Maktab Mahmud Gunakan Khidmat Unit Amal

0 comments






Pendang 7.11.2008 – Sempena Sambutan 5 tahun Maktab Mahmud Pendang yang lalu, Jabatan Amal Kedah atau lebih sinonimnya Unit Amal Kedah di bawah Unit Khidmat Awam telah dijemput memberi khidmat bagi membantu menjayakan program tersebut.

"Ini merupakan julung-julung kalinya Unit Amal bekerjasama sama antara Maktab Mahmud. Unit Amal akan terus memberi khidmat dan kerjasama kepada setiap yang memerlukan khidmat kami”-Pengarah Unit Amal Kedah

Unit Amal Kuala Krau Sedia Kerjasama Dengan Polis Untuk Cegah Jenayah

0 comments





Dalam menjalin kerjasama dengan pihak keselamatan untuk membenteras jenayah,pihak Unit Amal Malaysia Kawasan Kuala Krau telah menghadiri Program Ramah Mesra bersama IPD Maran di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran Khamis lalu.

Pasukan Unit Amal diketuai Saudara Aris Fezul Ismail (gambar) disambut meriah oleh Ketua Polis Daerah Maran ,Tuan Ahmad Johari dan pegawai yang lain. Menurut Aris, kunjungan tersebut diharap dapat menjalinkan kerjasama yang baik antara anggota Unit Amal dan pihak polis.

"Memang selama ini kita banyak membantu tugas tugas polis terutama dimajlis majlis ceramah dan perhimpunan,anggota Amal akan bertugas secara sukarela menjaga lalu lintas dan keselamatan orang ramai",kata beliau.

Tambahnya lagi,kegiatan Unit Amal mendekati golongan remaja juga dapat membantu usaha pihak keselamatan untuk membendung gejala sosial di kalangan remaja.Menyedari masalah sosial dikalangan remaja semakin meruncing,pihak Unit Amal bersedia berkerjasama dengan semua pihak termasuk polis untuk sama sama membantu mengurangkan masalah jenayah yang melibatkan golongan remaja.

Dalam kunjungan sempena program Mesra Rakyat pagi tadi,Unit Amal berpeluang menyaksikan Demontrasi Cegah Jenayah Ragut yang dipersembahkan oleh pegawai pegawai polis dari IPD Maran.Berbagai pameran juga turut diadakan.Hadir sama di program tersebut Setiausaha Kerja PAS Kawasan Kuala Krau saudara Engku Nurzaman Engku Mohammad,Pengerusi PKR Bahagian Maran saudara Bostamin,pelajar-pelajar PASTI ,pelajar sekolah,guru guru dan orang ramai

Rombongan Pemuda Pas Negeri Melawat Mangsa Tahanan Lanun

0 comments






Kota Bharu - Menjadi tawanan kepada lanun adalah satu pengalaman yang amat menakutkan dan boleh menyebabkan mangsa mengalami trauma. Pengalaman sebegitu tentu amat susah hendak diluputkan dari ingatan. Mangsa juga mungkin mengalami tekanan perasaan.

Mengambil kira diatas faktor tersebut dan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa, baru-baru ini Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) telah membuat kunjungan ziarah keatas salah seorang mangsa tawanan lanun di Laut Aden, Somalia.Rombongan tersebut diketuai oleh YB Ustaz Abdul Latiff Haji Ab Rahman (ADUN Mengkebang) yang juga merupakan Naib Pengerusi DPPNK dan Ustaz Hafiz Musa (gambar) selaku Pengarah Jabatan Amal Kelantan.

Turut serta ialah Setiausaha Jabatan Amal Negeri Kelantan, Encik Muhammad Hanif Wan Ahmad dan Nuri Yaakub (Ketua Pemuda Pas Kubang Kerian).

Menurut YB Ustaz Abdul Latiff Haji Ab Rahman, lawatan itu diadakan bagi memberi sokongan moral kepada mangsa dan keluarga dalam menangani musibah yang dihadapi.

Beliau juga menyatakan rombongan DPPNK yang diketuai oleh beliau menunjukkan sikap cakna serta prihatin pimpinan pemuda pas terhadap mereka yang dilanda masalah. - http://mengkebang.pas.org.my

Jejak Amal

0 comments





Pendang - Bagi mendekatkan serta merapatkan hubungan antara ALP Negeri dengan U.Amal Kawasan, satu wadah program telah diperkenalkan iaitu Jejak Amal.

Program pertama bermula di Pendang. Sebagai perintis awal, Pengarah, Timbalan Pengarah 3 dan Setiausaha turun ke Pendang bagi mendengar membincang serta menyelesaikan segala apa permasalahan mengenai unit amal.

Wakil Unit Amal Pendang iaitu Pemangku Ketua Penyelaras dan AJK sama-sama berbincang bagi menyelesaikan apa jua perkara berbangkit yang melanda Unit Amal Pendang.

Program yang berakhir hampir jam 1 pagi tu akan terus dijalankan dan ini adalah merupakan salah satu dalam agenda memperkasakan Unit Amal Negeri Kedah.

Jambori Unit Amal Negeri Kedah Kali Ke 9

0 comments




Semua bakal-bakal peserta yang berminat untuk menyertai jambori boleh berhubung terus dengan Penyelaras Unit Amal Kawasan atau Ketua Pemuda PAS Kawasan masing-masing

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Unit Amal Pusat ke Negeri Sembilan

0 comments






oleh : Penerangan Unit Amal Negeri

Seremban, 2 November 2008, Ahad; Ketua Pengarah Unit Amal Pusat, Ustaz Jamsari Masrom bersama dengan KSU Unit Amal Pusat telah mengadakan lawatan sehari ke Negeri Sembilan dalam rangka mengukuhkan organisasi Unit Amal di setiap Negeri. Unit Amal Negeri Sembilan amat bertuah kerana menjadi negeri pertama pilihan Ketua Pengarah Unit Amal Pusat.

Program bermula dengan pertemuan Badan Perhubungan Negeri Sembilan. Majlis dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohd Omar, Timbalan-timbalan pesuruhjaya, Setiausaha, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, YDP Jempol, Tampin, Telok Kemang, Rembau dan beberapa ajk perhubungan PAS Negeri. Pertemuan ini turut disertai Ahli Lembaga Pengarah Unit Amal Negeri.

Dalam pertemuan tersebut, Ustaz Jamsari menerangkan tujuan kedatangan beliau untuk membina hubungan baik di antara Unit Amal Pusat dan Perhubungan PAS Negeri Sembilan. Beliau menyarankan seorang ahli Unit Amal bagi setiap cawangan PAS. Sementara Pesuruhjaya PAS Negeri pula amat gembira di atas kunjungan hormat kepimpinan Unit Amal Pusat dan berjanji akan menjaga hubungan ini sebaik-baiknya dan seterusnya menjanjikan sokongan padu kepada Unit Amal. Beliau juga turut menyatakan komitmen beliau untuk menyumbang kepada Unit Amal Negeri sebanyak RM 1,000.00. Terima kasih daun keladi.

Selepas pertemuan bersejarah tersebut, rombongan Unit Amal Pusat telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Unit Amal Negeri Sembilan. Semua Unit Amal kawasan-kawasan telah menghantar wakil dalam pertemuan tersebut. Dalam pertemuan tersebut, Ustaz Jamsari menjelaskan perkembangan terkini Unit Amal dan telah memberikan sedikit motivasi dan gerak kerja yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli Unit Amal kawasan-kawasan.

Pelbagai soal-jawab menyerikan lagi majlis tersebut. Rata-rata peserta berasa amat berpuas hati atas kunjungan Ketua Pengarah Unit Amal Pusat. Mereka juga menyatakan kesedian untuk mengambangkan Unit Amal di peringkat kawasan-kawasan dan bersedia untuk menjulang Unit Amal ke persada dunia. Majlis diakhiri dengan bergambar bersama-sama dan bersalam-salaman sambil berpelukan sebagai menunjukkan semangat ukhuwwah yang sangat tinggi.