Kebakaran Rumah Aktivis Pemuda PAS, Unit Amal dan Pelajar PASTI.





Tasek Gelugor : Kebakaran yang sekelip mata pada pagi semalam telah memusnahkan sebuah rumah di Kg Setol. Mangsa seorang ibu tunggal Norhaini Ahmad yang mempunyai 11 orang anak di mana 2 orang telah berkahwin, 2 orang bekerja dan 7 orang masih bersekolah yang kecil sekali berusia 6 tahun yang belajar di PASTI Guar Kepayang.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan bantuan permulaan melalui tabung kebajikan PASTI Pusat kepada mangsa sempena bulan Ramadhan ini dan untuk persiapan harirraya yang bakal menjelma nanti kerana segala peralatan dan tempat tinggal musnah dalam kebakaran tersebut. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Semasa kejadian jam 11.30 pagi semalam (16.09.2008), beliau pada masa itu telah keluar bekerja di Sg Dua, dan anak-anak telah keluar ke sekolah hanya tinggal anak yang kecil berusia 6 tahun bermain di luar rumah, bergegas pulang setelah mendapat panggilan telefon dari jiran. Apabila sampai pihak bomba sudah mengawal kebakaran untuk tidak merebak ke rumah berdekatan. Sebelum kedatangan pihak PASTI Negeri, pimpinan PAS Kawasan Tasek Gelugor yang di ketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang dan beberapa ahli jawatankuasa perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan telah menyampaikan sumbangan.

Suami beliau yang telah lama meninggal dunia merupakan salah seorang aktivis PAS dan pada masa ini anak-anak beliau turut terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan seperti anak ketiga beliau Mohd Husaini merupakan ahli pemuda dan Unit Amal Kawasan Tasek Gelugor. Kesungguhan yang Puan Norhaini tunjukkan adalah semua anak-anaknya merupakan bekas pelajar PASTI Cawangan Guar Kepayang.

Buatmasa ini beliau menumpang di rumah anak sedara yang bersebelahan dengan rumah beliau dan beberapa anak beliau menetap di asrama sekolah dan rumah kakak beliau. Kepada semua muslimin dan muslimat yang turut merasai keperitan yang dihadapi oleh mangsa boleh la menyampaikan apa-apa sumbangan berupa keperluan harian, pakaian dan wang tunai boleh salurkan ke :

Akaun Bank Islam : BIMB : 07025010008005

atau menghubungi :

SU Pemuda Saudara Mohd Noor – 0164175770 ,
Ketua Penerangan : Zamadi Omar – 0194467922 ,
Pihak PASTI Negeri Saudara Aswad – 0195410415
PAS Kawasan Tasek Gelugor Saudara Zamri Darus - 0194572116

rujuk :

http://pemudapenang.wordpress.com/

0 comments:

Post a Comment