Jelajah Ramadhan Unit Amal Sabah


Sempena Ramadhan Al Mubarak ini, Unit AMAL Sabah sekali lagi menjalankan misi kemanusiannya dengan program Jelajah Ramadhan yang akan diadakan di Negeri Sabah di bawah bayu ini.Tepat jam 9.00 malam bertempat di Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu.

Majlis Perasmian Jelajah Ramadhan dirasmikan oleh Pengarah Yayasan AMAL Sabah iaitu Tuan Haji Khairan Untong yang dihadiri oleh lebih kurang 3o orang ahli Unit AMAL Sabah dan Yayasan AMAL Sabah. Pada majlis tersebut, Tuan Haji Khairan telah menyerahkan banner Jelajah Ramadhan kepada ketua rombongan tersebut iaitu Saudara Akhwan Affandi (gambar) sebagai simbolik bermulanya jelajah Ramadhan ini.

Semasa majlis tersebut, Tuan Haji Khairan telah menyatakan rasa syukur kerana Unit AMAL dan Yayasan AMAL sentiasa berganding bahu dalam menyampaikan misi kemanusiaan tidak kira dimana jua mereka berada. Tambah beliau lagi ” apa yang lebih penting iaitu, bagaimana kita mampu untuk melahirkan generasi pewaris yang akan menjadi pelapis kepada kepimpinan yang sedia ada ini”.

Rombongan yang diketuai oleh saudara Akhwan Affandi ini diiringi oleh 5 orang petugas unit AMAL Pusat akan memulakan jelajah Ramadhan pada 9 September ke kawasan-kawasan kampung di bahagian pedalaman atas untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan. Misi ini akan berakhir di kg Korum, Pitas pada 18 September 2008.

0 comments:

Post a Comment