Juhari Osman Dipilih Menjadi Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia 2009-2011

Belum pun sebulan menerima semula perlantikan sebagai Ketua Pengarah, Ustaz Jamsari Marsom telah menghantar surat kepada Dewan Pemuda PAS Pusat untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia.

Keputusan tersebut dibuat setelah beliau pulang dari menunaikan umrah 2 minggu yang lalu. Pada peringkat awal, Dewan Pemuda PAS Pusat tidak bersetuju dengan perletakan jawatan tersebut memandangkan beliau telah dipilih lagi oleh Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia dalam satu pengundian secara sulit yang mana majoriti undian tersebut mengekalkan Ustaz Jamsari sebagai Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia untuk sesi 2009-2011.

Walaubagaimanapun, setelah memperhalusi alasan dan sebab yang dikemukakan Ustaz Jamsari, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi bersetuju menerima perletakan jawatan beliau dan mengarahkan semua Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia mengadakan mesyuarat khas dengan kadar segera bagi melantik pengganti Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia yang baru bagi sesi 2009-2011.

Atas arahan tersebut, semua Ahli Lembaga Pengarah telah dipanggil bermesyuarat pada 4 Julai lalu. Dalam mesyuarat tersebut, 4 calon telah dicadangkan untuk dilantik menjadi Ketua Pengarah. Calon-calon yang dicadangkan itu ialah Sdr Juhari Osman daripada Johor, Sdr Saripuddin Mohd Yatim daripada Wilayah Persekutuan, Mohd Sufian Ibrahim dari Negeri Sembilan dan Ustaz Zelani Nik Chik dari Kedah.


Saripuddin Sufian Ust Zelani

Setelah diadakan undian, jawatan Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat disandang oleh Sdr Juhari Osman. Walaupun tidak menyangka dipilih sebagai Ketua Pengarah, Sdr Juhari akan cuba melaksana tanggungjawab dengan sebaiknya selain menyambung semula gerak kerja yang belum terlaksana dengan bantuan nasihat ahli-ahli lama dan mantan-mantan Ketua Pengarah.

0 comments:

Post a Comment