Ustaz Jamsari Kekal Sebagai Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Sesi 2009-2011

Selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, satu mesyuarat khas telah diadakan dikalangan Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia serta pengarah-pengarah Jabatan Amal peringkat negeri yang baru dipilih.

Mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan hasil pertemuan dengan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat selain membincangkan visi dan misi Jabatan Amal untuk sesi kali ini.

Selepas mesyuarat berakhir, Ketua Pengarah, Ustaz Jamsari Marsom mencadangkan agar diadakan pemilihan Ketua Pengarah yang baru bagi memimpin Jabatan Amal Malaysia untuk sesi 2009-2011. Walaubagaimanapun cadangan beliau ditolak oleh ALP dan pengarah-pengarah negeri. Ini kerana kepimpinan beliau masih diperlukan untuk meneruskan segala misi yang belum terlaksana.

sesi pengiraan undi

Oleh yang demikian, bagi memuaskan hati semua ALP, satu undian telah dibuat yang mana setiap ALP diberi cebisan kertas untuk ditulis siapa yang ingin dipilih menjadi Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia untuk sesi 2009-2011. Setelah selesai sesi pengundian dan kertas undi dikira, ternyata Ustaz Jamsari masih lagi diperlukan untuk memimpin Jabatan Amal Malaysia untuk sesi 2009-2011.

0 comments:

Post a Comment