Unit Amal WP Berkhidmat Kepada Mangsa Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa




















Pada 9 Disember 2008 yang lalu Pengarah Unit Amal Wilayah Persekutuan, Saripuddin Mohd Yatim bersama beberapa anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan, Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Sdri Aiman Athirah Al-Jundi dan beberapa anggota Nisa' Wilayah Persekutuan telah bergegas ke lokasi kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa semalam bagi menghulurkan bantuan serta khidmat masyarakat kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Antara perkhidmatan yang diberikan ialah melancarkan laluan lalu lintas, mengagihkan makanan daripada Ahli Parlimen Ampang kepada penghuni-penghuni yang masih terperangkap serta penghuni yang telah berjaya keluar dari kawasan kediaman mereka. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas misi Unit Amal bersama Sdri Aiman Athirah dan Nisa' Wilayah Persekutuan, sila baca catatan yang ditulis oleh Sdri Aiman Athirah melalui blog beliau di :

http://www.aljundiathirah.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment