Beginilah kehidupan mak Uda, atau nama sebenarnya Azizah Binti Tahir. Sebagai seorang ibu yang telahpun mencecah usia 66 tahun, beliau tetap tabah mengahadapi ujian Ilahi. Mak Uda terpaksa menjaga anaknya sepenuh masa dengan segala kudrat dan keringat tuanya. Anaknya yang bernama Mohammad Zulkifli Bin Abu Bakar atau lebih manja dengan panggilan Zul ini, telah ditakdirkan oleh Allah swt menghidap penyakit buta dan kencing manis.
Anaknya yang kini berusia 29 tahun itu, kini tidak dapat berjalan ke sana ke mari. Ini kerana, beliau telah kehilangan sebelah kakinya, dipotong akibat daripada penyakit kencing manis itu. Jikalau dapat menggerakkan diri sekalipun, itupun terpaksa dengan cara menggesotkan tubuh badan menggunakan segala kekuatan yang ada. Selalunya, beliau juga dibantu oleh ibunya, Mak Uda. Sekali sekala, terpaksa duduk dan bergerak kesana ke mari dengan menggunakan kerusi roda,
Lebih menyedihkan, kehidupan Zul ini lebih terbeban lagi kerana ke dua dua matanya tidak dapat melihat. Menjadi buta juga akibat daripada penyakit kencing manis itu. Yang mampu baginya hanyalah mendengar apa yang dibicarakan orang ramai. Sekali sekala tangan merasakan akan hadirnya wang yang dihulur orang ramai yang bersimpati dengan nasibnya dan juga ibunya.
Oleh itu UNIT AMAL bersama PAS cawangan Balok, Muslimat dan Nisa' Indera Mahkota mengadakan gotong royong pada 30 nov 2008.
Akhir kata, saya merayu kepada sesiapa yang bersimpati dengan nasib Mak Uda dan saudara Zul, supaya kita bersama sama berganding bahu menghulurkan bantuan sama ada berupa bentuk wang tunai ataupun makanan. Sumbangan boleh dihulurkan terus ke rumah mereka yang beralamat :
B 25 Kampong Balok 26100 Kuantan Pahang
Atau boleh berhubung dengan akhi Firdauz (Ketua Badan Unit Amal PAS Kawasan Indera Mahkota) di talian (019-9275154)
Mudah mudahah dengan sumbangan ikhlas yang telah anda hulurkan, kita doakan supaya ianya akan dilimpahi dengan keberkatan yang luas oleh Allah swt.

0 comments:
Post a Comment