Kem Bina Syakhsiah : DariGunung Jerai Bertukar Ke Lata Bukit Hijau









Gunung Jerai 23 November 2008 – Program yang sepatutnya berlangsung di Gunung Jerai terpaksa dipindahkan ke Lata Bukit Hijau kerana berikutan jalan untuk ke puncak Gunung Jerai runtuh. Bagi memastikan keselamatan semua pihak terpelihara program tersebut terpaksa berpindah tempat.

Pada peringkat permulaan perjalanan program agak kelam kabut berikut perubahan tempat dan aturcara disaat-saat akhir. Walau bagaimana pun ianya dapat diatasi.

Lebih 30 anggota unit amal yang terlatih ditugaskan bagi menjayakan program tersebut. Seramai 224 peserta muslimin dan muslimat telah disambut oleh petugas Unit Amal tepat jam 11.30 pagi diperkarangan parkir kereta lata tersebut.

Peserta yang agak terpinga-pinga kerana berlainan suasana dan melihat anggota unit amal yang tegas diiring menuju ke tapak program.

Untuk kali ini Modul Teknik Tempur Tanpa Senjata diperkenalkan sebagai penambahan untuk modul-modul yang sedia ada. Program kali ini yang diketuai oleh Setiausaha Unit Amal Kedah, bermula dengan taklimat ringkas kepada semua peserta dan urusetia dari KBS.

Peserta diajar teknik pemasangan khemah, teknik ikatan menyelamat, teknik masakan survival dan rentas halangan merupakan modul wajib yang perlu dipelajari serta dipraktikkan oleh setiap peserta dan dipantau oleh fascilatator masing-masing.

Program yang berakhir jam 11 pagi pada 27 November 2008 ini banyak memberi kesan yang mendalam kepada setiap remaja yang terlibat dalam program ini.

0 comments:

Post a Comment