Perarakan Merdeka 2008, Unit Amal Menang Tempat Ketiga.






UNIT AMAL Kawasan Temerloh pada 31 Ogos yang lepas telah bersama memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan anjuran Pejabat Daerah Temerloh. Ini adalah penyertaan yang julung-julung kali buat Unit Amal Temerloh. Pengarah Amal Temerloh, Saudara Mior Zaaba ketika dihubungi menjelaskan, sebelum ini Unit Amal Temerloh belum pernah dijemput & menyertai sambutan sebegini.

Ini merupakan satu penghormatan buat Unit Amal secara seluruhnya.Sambutan Hari Kemerdekaan ini telah di adakan di Stadium Mini Temerloh yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Temerloh, Dr. Salehuddin Ishak turut bersama hadir dalam upacara sambutan ini adalah ADUN Kuala Semantan, YB Syed Hamid Syed Mohamad.

Penyertaan kali ini lebih manis apabia kontijen Unit Amal dipilih sebagai pemenang ketika terbaik daripada 20 kontijen yang menyertai perbarisan sempena sambutan hari kebangsaan peringkat daerah Temerloh itu.

Berikutan itu kontijen Amal telah memenangi hadiah bernilai RM 500.00, disamping beberapa hadiah cabutan bertuah.Pasukan Unit Amal disertai serami 33 orang anggota. Mereka hanya mengambil masa selama seminggu untuk membuat latihan, dibawah bimbingan Amran Yusuf (Abang Amran).

“Ia suatu kejayaan bagi kami,” Mior Zaaba

0 comments:

Post a Comment