ALP Jabatan Amal Wilayah Urus Jenazah Ibu

[Gambar: Roshidi (baju merah) dan Izami (putih) mengusung jenazah ibu mereka.]


KUALA LUMPUR, 7 Jun: Che Mah Sidek, 58, ibu kepada tiga anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan yang mengidap kencing manis dan darah tinggi meninggal dunia jam 2 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Allahyarhamuha meninggalkan suami dan lima anak iaitu Mohamad Azri, 35, Siti Zaharah, 34, Mohamad Roshidi, 30, Mohamad Izami, 25, dan Siti Zulaikha, 21.

Kesemua anak lelaki Allahyarhamuha adalah ALP Jabatan Amal PAS Wilayah yang aktif iaitu Roshidi dan Kawasan Titiwangsa, Azri dan Izami.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamuha.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, berbahagialah ibu bapa yang meninggalkan anak-anak soleh yang sentiasa berjuang di jalan Allah.

“Saya sempat menziarahi sahabat-sahabat ini semalam. Roshidi dan kakaknya memandikan ibu mereka buat kali terakhir, ketika solat jenazah suasana sebak apabila anak keempat, Izami menjadi imam dan menghadiahkan doa terakhir buat ibunya manakala Azri menguruskan pengkebumian,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Baginya, semua ibu bapa mengharapkan pengakhiran sebegitu di mana mahu anak mereka memandi dan mensolatkan jenazah mereka, menghantar jenazah ke kubur dan mengkebumikan, bukannya orang lain.

“Malangnya sesetengah anak-anak hari ini memberikan ‘tender’ pada orang lain untuk menguruskan jenazah ibu bapa mereka yang selama ini, ibu bapa itulah yang mengendong mereka ke sana sini hingga berumur 3 tahun, ibu bapa itulah yang memandikan mereka, beri pakaian dan segalanya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment