Permohonan Maaf Pengarah Jambori Amal Kebangsaan Ke-17 Yang Lalu

03 November 2009

Kepada :

Semua Peserta Jambori Amal Kebangsaan Ke-17
Ahli Jabatan Amal Malaysia

Assalamualaikum,

Saya Kasim bin Sabu, Timbalan Ketua pengarah 4 merangkap Pengarah Jambori Amal Kebangsaan ke 17 di Sg Nibong yang lalu. Dengan ini saya memohon jutaan ampun dan maaf kepada semua Peserta Jambori dan ahli Jabatan Amal kerana ketelanjuran kata-kata, ketinggian suara dan tingkah laku saya semasa saya memberi ucapan dan sesi penerangan berkenaan dengan pakaian dan organisasi Jabatan Amal.

Saya tidak sepatutnya meninggikan suara dalam sesi penerangan sehingga menyinggung perasaan sebahagian dari Peserta Jambori. Saya juga memohon maaf kerana ketidak kesempurnaan pengurusan sepanjang jambori tersebut berjalan. Salurkan segala ketidak puasan saudara atau cadangan untuk masa mendatang melaui saluran yang betul iaitu Pengarah Negeri, supaya dapat dibincang dalam mesyuarat penuh dan ’post mortem’ jambori. Ingatlah tak semua perkara perlu mendapat persetujuan dari bawahan. Sama-samalah kita bermuhasabah demi untuk memantapkan lagi organisasi kita.

Kami sebagai ALP pusat Jabatan Amal Malaysia, juga bersedia untuk memberi penjelasan berkenaan organisasi dan segala kebuntuan kepada negeri-negeri sekiranya perlu melalui mesyuarat atau perjumpaan khusus. Elakan menggunakan blog-blog untuk meluahkan perasaan tak puas hati. Kita sama-sama selesaikan kebuntuan secara mesyuarah. Luahan perasaan melalui blog tidak akan dapat penjelasan yang sebenarnya. Janganlah terjadi seperti ’menepuk air didulang terpercik muka sendiri’. Segalanya adalah seperti ’membuka pekung didada’ dimana kawasan atau negeri tidak aktif disalahkan kepada ALP Pusat.

Organisasi badan sukarela tidak sama dengan organisasi lain. Kerja sukarela berada disekeliling kita, berlaku tanpa dirancang. Sebagai contoh, jambatan runtuh di Kuala Dipang, Perak. Kalau Amal setempat tidak peka maka kerja sukarela tidak akan berlaku. Diperingkat pusat tidak boleh mengarah dengan serta merta, kalau berlaku bencana panjang seperti banjir di Johor barulah kerahan dilakukan diperingkat pusat. Aktifnya kawasan maka mashorlah Amal Malaysia.

Jabatan Amal Pusat berperanan menyusun organisasi dan strategi, menyelaraskan segala bentuk latihan dan korikulum, supaya negeri-negeri tidak membuat kerja yang menyendiri. Organisasi Amal mestilah digandingkan antara yang menguruskan organisasi, perpengalaman, lebih berminat dengan kerja sukarela dan pelapis muda untuk memantapkan lagi gerak kerja sukarela.

Beramal kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Marilah kita bermuhasabah dan mantapkan lagi gerak kerja kita.

Wallahu Aklam.

0 comments:

Post a Comment