Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia pada 4 September yang lalu telah bersetuju dengan perubahan logo yang dicadangkan oleh Timbalan Ketua Pengarah 4, Sdr Kasim Sabu.
Tujuan perubahan ini adalah sebagai usaha untuk menaikkan taraf Jabatan Amal seperti jabatan-jabatan yang ada dalam kerajaan. Perubahan ini juga adalah supaya Jabatan Amal Malaysia tidak hanya dipandang kecil bagi sesetengah pihak yang hanya melihat tugas Jabatan Amal sekadar mengutip derma di majlis ceramah atau bertugas untuk program-program parti sahaja.
Pada kali ini dibawah kepimpinan Ketua Pengarah Jabatan Amal yang baru Sdr Juhari Osman, satu usaha baru diketengahkan kepada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat yang mana Jabatan Amal ingin bergerak maju kehadapan bagi mencapai visi dan misi Jabatan Amal yang mana ianya telah ditenggelamkan sebelum ini.
Selain daripada perubahan logo, beberapa usul lain juga telah dipersetujui seperti sistem pangkat bagi Ahli Lembaga Pengarah Pusat, negeri dan kawasan. Selain Ahli Lembaga Pengarah, anggota yang mengikuti kursus kemahiran seperti penyelamat, mencegah kebakaran dan beberapa kemahiran lain yang disertai oleh anggota juga akan diberi pangkat khas.
0 comments:
Post a Comment