Ketua Pemuda PAS Pusat Melawat Anggota Unit Amal Terlibat Kemalangan





Selepas menyertai Himpunan Mansuh ISA, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi telah bergegas ke Hospital Sg. Buloh untuk menziarah 2 orang anggota Unit Amal Pulau Pinang yang dikatakan kritikal kerana terlibat dalam kemalangan di Bukit Beruntung kira-kira pukul 4.00 pagi tadi.

Ustaz Nasarudin yang diiringi Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman berasa terharu melihat keadaan kedua-dua anggota Unit Amal tersebut.

2 orang anggota Unit Amal tersebut, Abdul Wahab dan Abdul Razak adalah mangsa kemalangan yang didapati parah dalam kemalangan tersebut. Menurut doktor, mereka berdua akan menjalani pembedahan bagi menghindarkan lumpuh separuh tubuh.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman berasa kesal terhadap pemandu bas ekspres terbabit kerana melarikan diri setelah mendapati bas yang dipandunya terbalik.

0 comments:

Post a Comment