Tahanan Terakhir Dibebaskan

Kuala Lumpur, 10 Mac 2008 - Petugas Keselamatan Himpunan Memansuhkan PPSMI yang ditahanan reman, Laili Masran, 45 tahun (gambar) telah dibebaskan kira-kira jam 11 pagi semalam. Beliau telah ditahan reman selama dua hari kerana dituduh menyertai perarakan aman Memansuhkan PPSMI dan menghalang penjawat awam (Polis) menjalankan tugas dibawah Akta Polis Seksyen 127.

Menurut Laili, beliau ditahan setelah cuba meleraikan provokasi yang dilakukan oleh pihak FRU terhadap aktivis PKPIM. Ekoran dari usaha beliau itu, pihak FRU telah memukulnya dari belakang dengan kayu dan perisai sebelum menahan beliau.

Walaubagaimana pun, tiada kecederaan teruk dilaporkan dan Laili tidak berhasrat untuk membuat laporan polis untuk insiden berkenaan. Beliau yang dibebaskan atas jaminan Polis juga hanya akan dipanggil semula jika pihak polis memerlukan maklumat tambahan. Setakat ini beliau bebas dan tidak dikenakan apa-apa dakwaan.

Laili mengucapkan tahniah kepada semua peserta Himpunan kerana berjaya menunjukan kuasa rakyat pada 7 Mac yang lalu. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat serta pihak GMP yang menyokong beliau sepanjang dalam tahanan reman.

Pengaah Jabatan Amal Wilayah Persekutuan, Saripuddin Mohd Yatim yang hadir di Balai Polis Dang Wangi bagi meraikan pembebasan Laili mengucapkan syukur pada Allah dan berharap agar anggota Unit Amal di seluruh negara dapat mencontohi kecekalan serta tanggungjawab yang dilakukan oleh Laili walaupun beliau terpaksa menjadikan diri beliau sebagai perisai bagi melindungi rakyat sehingga beliau sendiri ditangkap.

0 comments:

Post a Comment