Jambori Amal Peringkat Negeri Sabah

Sepenuh kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana telah mengizinkan untuk kami menyempurnakan program Jambori Amal Negeri Sabah kali ke-3 dengan jayanya.

Program yang bermula pada 20hb Mac (Jumaat) baru-baru ini telah membuka satu lembaran baru kepada Jabatan Amal Negeri Sabah dan seterusnya Dewan Pemuda PAS Sabah. Program yang diadakan di sebuah kampung di Sook ini telah mendapat kerjasama yang baik dari penduduk kampung tersebut. Mana tidaknya, rombongan peserta dari Kota Kinabalu seramai hampir 25 peserta yang tiba terlebih dahulu di tapak program telah disambut oleh penduduk kampung dengan jamuan makan tengah hari. Kemudiannya, rombongan dari Keningau yang diketuai oleh Ust Kamal dan Ust Shakir seramai 24 peserta turut tiba. Suasana bertambah meriah apabila robongan dari Sandakan seramai 26 peserta tiba. Untuk makluman, Sandakan adalah rombongan yang paling jauh, yang mana mengambil masa hampir 10 jam untuk sampai ke tapak program.

Seekor kerbau telah menjadi santapan pada para anggota amal selama tiga hari di sini. Petang itu juga bersama penduduk kampung, kerbau tersebut diselesaikan. (terima kasih kepada penyumbang bahagian aqiqah). Manakala sebelah malamnya telah diadakan majlis ringkas bersama penduduk kampung dan seterusnya penyerahan anak angkat. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Ust. Hafiz selaku pengarah program dan Ust. Ridwan selaku pengerusi masjid.

21hb dimulakan dengan solat berjamaah di masjid dan seterusnya perbarisan pagi. Kekuatan anggota pada hari ini seramai 89 peserta. Kehadiran pada hari ini ditambah lagi dengan kehadiran rombongan dari Tawau seramai 8 orang dan Labuan seramai 4 orang. Seterusnya peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyelesaikan tugas-tugas pagi ini. Peserta dibahagikan untuk menyelesaikan tugas-tugas berikut, gotong royong membersih kubur, gotong royong mengecat masjid, ‘team’ teknikal wirering, ‘team’ lapah lembu/masak, ‘team’ tayangan kanak-kanak dan ‘team’ program bersama penduduk. Aturcara program bersama penduduk ialah, majlis perasmian oleh Ust. Misri, ceramah motivasi keibubapaan oleh Sdr Hisamuddin Sulaiman, Tayangan Amal dan penyampaian sumbangan kepada penduduk (terima kasih kepada semua penyumbang) .

Sebelah petangnya pula ialah acara yang dinanti-nantikan oleh para peserta iaitu, rempuh halangan, timbang bola takraw dan futsall. Program turut disertai oleh belia penduduk kampung dan tidak ketinggalan juga sukaneka kanak-kanak yang dikendalikan oleh Sdr Saifulrijan. Manakala pada waktu malam, program Malam Hiburan Islam telah diadakan dan seterusnya penyampaian hadiah oleh Ust Jamsari kepada pemenang-pemenang ‘game’ yang telah diadakan pada sebelah petang tadi. Kelihatan kepuasan dan kecerian kepada hadirin yang terdiri daripada peserta dan penduduk.

22hb dimulakan dengan solat subuh, tazkirah subuh dan seterusnya perbarisan pagi. Peserta umpama tentera merah apabila mula memakai t-shirt Unit Amal Malaysia yang tiba petang semalam. Perbarisan pagi yang diketuai oleh Sdr Saifuddin ini telah disempurnakan oleh Ust. Jamsari dengan pemeriksaan barisan peserta. Seterusnya peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kerja iaitu ‘team’ membersih kawasan, 'team' kursus memasak untuk ibu-ibu (terima kasih kepada Sdr Mustaqim) dan ‘team’ perubatan (chek kandungan glukosa dalam darah) yang dikendalikan oleh saudara Aswadi (terima kasih kepada Farmasi Aslam kerana sumbangan alatan). Pada pagi ini juga diadakan ‘Induksi Amal’. Program yang dikendalikan oleh Ust. Jamsari ini merupakan program julung-julung kalinya diadakan khusus untuk Ahli Lembaga Pengarah Negeri dan umumnya untuk anggota Amal. Diakhir program adalah penyampaian watikah perlantikan sebagai ALP Negeri.

Majlis penutup dibuat dengan disertai penduduk setempat setelah selesai induksi. Ucapan ringkas dari ketua kampung begitu memberi semangat kepada peserta untuk terus menabur bakti kepada masyarakat. Allahuakbar !!

Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Semoga berjumpa lagi di Jambori Amal Negeri Sabah kali ke-4

0 comments:

Post a Comment