Gotong-royong Basmi Aedes Di Taman Berkat










sumber : http://khidmatmeru.blogspot.com/

Kelangsungan dengan merebaknya kes denggi yang tinggi di Selangor, Pihak Pusat Khidmat Masyarakat Meru, JKKK Kg Meru bersama Unit Amal Meru serta penduduk telah mempergiatkan dan memperhebatkan pembasmian nyamuk aedes di seluruh kawasan.

Pagi tadi bersempena cuti hari Thaipusam, satu gotong royong peringkat Taman Berkat telah diadakan jam 9.00 pagi. Taman Berkat sasaran seterusnya disebabkan 2 pesakit dimasukkan ICU disebabkan jangkitan demam denggi. YB Dr Hj Abd Rani bin Osman, Ahli Majlis MPK Zon 42 C, Ketua Kampung Meru Tuan Hj Thaipor Hj Nor dan seluruh penduduk Taman Berkat bersama menyertai program gotong royong ini. Beliau menyarankan semua penduduk menjaga kebersihan secara total- baik dalam rumah, persekitaran rumah dan persekitaran taman perumahan.

Nyamuk aedes adalah nyamuk yang sangat berbahaya, amalan kebersihan sahaja yang boleh mengurangkan pembiakan nyamuk ini. Amalan "Pencegahan adalah lebih baik dari Mengubati" adalah amalan terbaik untuk dipraktikkan di dalam kehidupan hari ini.

0 comments:

Post a Comment