Unit Amal Paya Besar Bermukhayyam Di Pantai Pelabuhan






KUANTAN - Unit Amal Kawasan Paya Besar telah berjaya mengadakan perkhemahan tahunannya di pantai pelabuhan pada 25 - 27 December 2008. Seramai 45 orang peserta yang hadir untuk menjayakan program ini.Diantara pengisian program yang dijalankan ialah tazkirah dan motivasi oleh Ust Tarmizi Yahya ( Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Paya Besar ) dan Ust Abu Syahid ( Exco Dewan Pemuda Pas Pahang )

Manakala aktiviti luaran yang dilakukan ialah memukat dan pertandingan bola sepak pantai. Seorang peserta program, Ishak Ahmad dari Cawangan Bukit Sagu menyarankan agar program ini akan diadakan secara berkala untuk menarik minat remaja

0 comments:

Post a Comment