Aktivis Unit Amal Perak Terlibat Kemalangan




Pengarah Jabatan Amal Negeri Perak Sdr Roslan menyampaikan sumbangan ikhlas kepada isteri Abu Bakar


Seorang aktivis Unit Amal Perak, Sdr Abu Bakar yang juga merupakan Ketua Kampung Simpang Pulai Perak, telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Gua Musang. Kejadian berlaku pada 5 Januari lalu ketika beliau dalam perjalanan hendak membantu PAS Terengganu dalam pilihanraya kecil Kuala Terenggganu. Beliau mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak yang masih kecil dan bersekolah.

Pada awalnya beliau dimasukkan ke Hospital Gua Musang kemudian dibawa balik ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh. Sekarang beliau masih lagi berada di wad ICU hospital berkenaan. Menurut isterinya, beliau masih bergantung kepada bantuan alat pernafasan.

Sebarang sumbangan amatlah diharapkan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga beliau. Sebarang sumbangan sila salurkan kepada isteri beliau sendiri iaitu Puan Misah binti Dolah no akuan 4-5112024-35 Public Bank.

0 comments:

Post a Comment