Unit Amal Kedah Dihargai








Alor Setar 6 Dis 08 – Majlis penutup Kem Bina Syakhsiah (KBS) yang berakhir pada 27 November lalu telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan b. Abdul Razak.

Program yang berlangsung di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Kolej Universiti Insaniah kali ini agak berbeza kerana ianya melibatkan kerajaan, dimana semua Ketua-ketua Jabatan yang menghadirkan diri. Soal disiplin, pemakaian dan keterampilan amat dititik beratkan.

MB ucap tahniah kepada yang terlibat terutama unit amal yang bertungkus lumus bagi membantu menjayakan KBS. Kesanggupan yang ditunjukan unit amal harus diteladani oleh setiap organisasi terutama dalam PAS khususnya pemuda dan MB menyeru lagi kepada semua peserta dan urusetia KBS agar menyertai Unit Amal Negeri Kedah.

0 comments:

Post a Comment