Alhamdulillah, Kem Anak Soleh II anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Jerantut telah berakhir dengan solat zohor berjemaah bersama-sama anak-anak, ibubapa dan ahli jawatankuasa program. Program ini yang menganggarkan penyertaan seramai 80 orang telah mendapat sambutan diluar jangkaan yang mana telah menerima 131 penyertaan yang melibatkan anak-anak lelaki dan perempuan dari Temerloh, Jengka dan sebahagian besarnya dari Jerantut sendiri.Penyertaan terpaksa diterima sehingga malam pertama dan hari kedua kem atas rayuan anak-anak sekitar ini.
Program ini dimuatkan dengan slot teknik-teknik hafazan al-quran dan praktikalnya telah disampaikan oleh Us. Fahlah Abd Rasyid yang merupakan salah seorang pelajar di Kuliah Syubro Mesir,selain memuatkan latihan-latihan dalam kumpulan yang dibimbing oleh Nisa Jerantut seramai 16 orang semata-mata untuk mengcungkil bakat-bakat peserta selain menanam rasa kebersamaan dalam jiwa peserta.
Kem ini menitikberatkan solat berjemaah,slot-slot keagamaan seperti kuliah subuh dan maghrib yang memuatkan bab-bab aqidah,akhlak dan feqah selain melatih peserta menunaikan solat sunat dhuha dan lain-lain.Pelajar turut dihidangkan dengan makanan di dalam talam sehingga perbezaan nasi dan lauk nampak ketara penambahannya berbanding malam pertama yang dihidangkan secara makan di dalam pinggan.
Pengisian jasmani tidak ditinggalkan,peserta telah menjalani aktiviti merentas desa yang yang di bimbing oleh Us arif walaupun peserta sokmo mendahuluinya.Peserta kali ini cukup bertuah kerana dapat mempelajari kawad kaki yang betul daripada seorang sir yang siap dengan pakaian lengkap seolah-olah seorang askar.
Kem ini dirasmikan penutupannya oleh us Fadli Ibrahim.Semoga usaha-usaha yang kecil ini mampu menggerakkan generasi sekarang menjadi anak yang soleh...sihat tubuh badannya,cerdik akalnya dan lunak hatinya terhadap Islam.Terima kasih kepada penderma-penderma dan semua yang terlibat di dalam menjayakan kem ini.

0 comments:
Post a Comment