Unit Amal Bertugas Di Majlis Rumah Terbuka PAS Pusat










SHAH ALAM (Ahad) 12 Oktober 2008 - Seperti tahun-tahun yang lepas, Unit Amal sekali lagi diminta untuk membantu melancarkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh PAS Pusat yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam.

Majlis yang bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.00 ptg semalam dilihat meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dengan disambut oleh para pimpinan PAS yang diketuai oleh YAB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS serta AJK PAS Pusat yang tidak putus-putus menyambut kehadiran tetamu yang hadir.

Atas dasar ingin melihat majlis berjalan dengan teratur inilah, seramai hampir kira-kira 60 orang anggota Unit Amal dari beberapa buah negeri telah hadir bagi membantu Unit Amal Selangor selaku tuan rumah melaksanakan tugasan melancarkan perjalanan majlis rumah terbuka tersebut. Walaupun jelas terpapar keletihan diwajah para petugas, kesemua anggota Unit Amal telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang disamping mengharapkan ganjaran serta redha daripada Allah s.w.t.

0 comments:

Post a Comment