Unit Amal Pulau Pinang Mengukir Sejarah






Unit Amal Pulau Pinang hari ini telah mengukir sejarah apabila seramai lebih kurang 50 orang telah menyertai perarakan menyambut Hari Kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang buat julung kalinya di Dataran Queensbay Mall pagi tadi.

Tepat pada jam 6.45 pagi setelah menunaikan solat subuh dan sarapan pagi di Sekolah Rendah Islam Al-Ansar ,Permatang Pasir , Balik Pulau, kontigen Unit Amal Negeri Pulau Pinang seramai lebih kurang 50 orang bergerak secara berkonvoi kereta ke Bayan Bay.

Kontigen yang terdiri daripada ALP Unit Amal Negeri, wakil Unit Amal SMKA Khairiah Pokok Sena, wakil Unit Amal Sek Rendah Islam Bahrul Ulum(SRIBU), dan wakil Unit Amal Kawasan-Kawasan akhirnya tiba di perkarangan parkir Queensbay Mall lebih kurang 7.30 pagi.

Setelah membuat persiapan dan taklimat terakhir daripada Sdr Norazman sebagai Pengarah UA Negeri , kontigen UA bergerak dan mengambil posisi yang telah ditetapkan oleh urusetia sambutan hari kemerdekaan. Masa dah peluang yang ada tidak disia-siakan begitu saja. Jenuh para jurugambar UA mengambil shot yang paling bersejarah untuk unit amal negeri khusunya dan amnya kepada keseluruhan organisasi UA disemua peringkat

Lebih kurang jam 10.15 pagi tibalah giliran yang dinanti-nantikan oleh semua. Maka bergeraklah dengan tampan dan segak sekali kontigen Unita Amal Negeri Pulau Pinang. Walaupun buat pertama kali menyertai acara besar sebegini rupa, UA masih dapat mempamirkan displin yang tinggi dan gerakkan yang baik dihadapan ribuan penonton dan tetamu yang hadir.

Semasa bergerak lalu dihadapan pentas VIP, maka juruacara majlis pun memberi gambaran ringkat tentang moto dan slogan UNIT AMAL " BERAMAL KERANA ALLAH" diringgi tepukan gemuruh oleh para hadirin sekelian.

Acara sambutan tamat pada jam 11.00 pagi dan setelah menjamah makanan yang dibekalkan oleh pihak urusetia, kontigen UA Negeri bertolak pulang ke tempat masing2 dengan penuh kegembiraan dan bersyukur kerana insya'allah selepas daripada tarikh 31 Ogos,2008, Unit Amal akan bergerak lebih maju lagi kehadapan ditengah-tengah masyarakat untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pimpinan dan yang lebih penting lagi amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini.

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN


BERAMAL KERANA ALLAH


Penolong Setiausaha
Jabatan Amal Pulau Pinang.

0 comments:

Post a Comment