Kontijen Unit Amal Sertai Perarakan Sempena Merdeka






PULAU PINANG, 1 Sept (Hrkh) - Unit Amal Negeri Pulau Pinang di antara 103 kontinjen yang menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 51 yang di adakan di Queen Bay, Bayan Baru pagi semalam.

Pengarah Unit Amal Negeri, Norazman Ishak mengetuai perarakan seramai 55 orang. 40 shabab manakala walad 15 orang.

103 kontijen yang menyertai perarakan tersebut melintasi pentas utama samping memberi tabik hormat kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama, Tun Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri, Mohamad Fairuz Khairudin dan Prof Ramasamy serta barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menurut Timbalan Unit Amal Negeri, Norhalim Mohd Zain, perarakan itu merupakan kali pertama setelah kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran ekoran kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Ujarnya, semasa perarakan Maulidur Rasul 1429 Hijrah yang di adakan di Tapak Pesta Seberang Jaya, Unit Amal juga diberikan penghormatan menghantar kontijen.

"Jemputan menyertai perarakan itu sekaligus mengambarkan Unit Amal kini telah diterima ramai sebagai sebuah badan amal yang bersiap sedia membantu siapa sahaja yang menimpa musibah, " jelasnya. - mr_


0 comments:

Post a Comment