0 comments



AHLI LEMBAGA PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA SESI 2007/09


KUALA LUMPUR (Sabtu) 21 JULAI 07 - Jabatan Amal DPPP telah mengadakan mesyuarat yang pertama selepas Muktamar PAS Pusat yang lalu untuk sesi 2007/09. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Markas Tarbiyyah PAS Taman Melewar dan dimulakan pada pukul 9.00 malam.

Mesyuarat ALP pada kali ini telah melakukan rombakan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) yang mana gabungan daripada orang baru & lama telah dipilih oleh Ketua Pengarah iaitu Ustaz Jamsari Marsom untuk terus memimpin Jabatan Amal DPPP ini dengan lebih baik.

Pada awalnya mesyuarat yang pertama ini ingin menemukan pengarah-pengarah Jabatan Amal negeri serta ALP dengan YB Ketua Pemuda PAS Pusat Sdr Salahuddin Ayob untuk beramah mesra serta berbincang dengan YB Salahuddin tentang apakah peranan, kelemahan dan hala tuju Unit Amal untuk berkhidmat untuk masyarakat. Malangnya YB Salahuddin tidak dapat hadir kerana beliau terpaksa menziarahi ibu beliau yang sedang sakit.

Oleh yang demikian, mesyuarat pada kali ini diteruskan juga dan perbincangan yang diambil perhatian ialah berkaitan muhasabah Muktamar, Jambori Kebangsaan dan tumpuan kebajikan kepada masyarakat. Mesyuarat berakhir pada pukul 1.55 pagi.

UNAmal Pahang Anjur Jambori Amal Peringkat Negeri Yang Ke 10IT

0 comments








KUANTAN (Ahad) 22 Julai – Unit Amal PAhang telah menganjurkan Jambori Negeri buat kali yang ke 10 untuk tahun 2007 ini. Jambori tersebut telah diadakan selama tiga hari dua malam bermula pada 20 Julai – 22 Julai bertempat di Motel Tanjung Gelang, Pantai Balok, Kuantan. Jambori ini telah dirasmikan oleh pengarah Unit Amal Pahang iaitu Ustaz Rosli Jabar.

Menurut laporan yang diberikan seramai 397 orang peserta daripada kalangan remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menyertai jambori ini. Pada jambori kali ini, selain diadakan pertandingan kawad, sepak raga bulatan, lompat jauh, nasyid dan sajak, Unit Amal Pahang juga menganjurkan gotong-royong membersih kubur serta sekolah, menziarahi rumah fakir miskin sambil memberi sumbangan dan menyertai kempen derma darah yang dibuat dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan yang dijemput hadir.

Untuk pengisian rohani pula, diadakan kuliah Maghrib dan Subuh serta diadakan ceramah motivasi dan ceramah anti dadah yang dikhususkan kepada remaja-remaja tersebut untuk memberi pengetahuan supaya berwaspasda terhadap pengaruh negatif akibat gejala sosial yang semakin hebat sekarang ini.

Dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, diharap ianya menjadi pencetus semangat kepada anggota-anggota Unit Amal Pahang supaya terus bergerak untuk menegakkan syiar Islam.