Ribut Di Kuala Ketil : Jabatan Amal Kulim Bandar Bharu Hulur Bantuan

0 comments





Sumber : http://unitamalkbb.blogspot.com/

Kuala Ketil, 4 April 2010 :
Dun Kuala Ketil telah dilanda musibah iaitu ribut. Dianggarkan lebih kurang 200 buah rumah telah mengalami kerosakkan. Ada juga rumah yang kehilangan bumbung-bumbung rumah, ditimpa pokok dan tercabut bumbung beranda rumah. Setelah maklumat diterima daripada Unit Amal Kawasan Baling iaitu saudara Aziz atau lebih dikenalai sebagai Pak Ajis. Unit KBB telah menghantar tiga anggota amal Selama Kedah yang terdiri dua tukang rumah bersama penyelaras Amal KBB untuk turut membantu Amal Baling membaiki rumah yang terlibat dengan musibah tersebut.

Pada petang itu kerja bantuan dilaksanakan di Taman Muslim Kuala Ketil. Selepas Solat Asar kerja bantuan diteruskan sehingga 6.30 ptg. Hujan yang lebat membantut kerja-kerja membaiki bumbung rumah. Ini adalah kerana faktor keselamatan anggota dititik beratkan serta keadaan bumbung yang tidak menizinkan.


Pada tanggal Jumaat April 2010, Sekali lagi 11 anggota Amal KBB telah menyertai acara gotong royong perdana membantu membaiki rumah mangsa ribut, lanjutan dari bantuan pada hari-hari sebelumnya. Keanggotaan gotong royong ini turut serta dari Unit Amal dari negeri lain seperti Amal Negeri Perak dan Pulau Pinang. Amal Ehsan ini juga turut dibantu tukang-tukang rumah yang berkemahiran tinggi yang menjadi tunjang dalam memperbaiki rumah yang rosak. Tanpa mereka sudah tentu kerja-kerja bantuan menjadi sulit.


Anggota amal KBB dan Baling telah berjaya membantu membaiki lima buah rumah. Ini tidak temasuk kumpulan-kumpulan lain yang berjaya membaiki rumah-rumah mangsa ribut. Walau pun begitu kerja-kerja bantuan masih lagi diteruskan pada hari ini sehingga Ahad. Pada hari ini Unit Amal Wilayah dengan diketuai ALP Amal Pusat saudara Mat Zad telah telah sampai di Kuala Ketil untuk turut sama menyertai operasi membantu mangsa ribut . Mudah-mudah segala sumbangan tenaga para Amal dan pendukung-pendukung Islam, Allah berkati.

Sekitar Jambori Amal Perak 2010

0 comments





Gotong-Royong Denai Pinggiran

0 comments







Sumber : http://unitamaljohor.blogspot.com/

Denai Pinggilran, Kempas Johor, 27 mac 2010 :
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, Jabatan Amal Johor Zon Selatan terdiri dari 6 kawasan ( Kulai, Gelang Patah, Johor Baharu, Pontian, Pasir Gudang dan Tebrau) telah mencurahkan tenaga untuk membantu penduduk Denai Pinggiran Kempas, Johor didalam kerja gotong-royong pemindahan barang-barang rumah ke penempatan baru.

Kerja-kerja amal tersebut telah diketuai oleh Sdr. Mohd. Zaki Abd. Kader yang juga Timbalan Pengarah 3 Jabatan Amal Johor.

Semoga penduduk Denai Pinggiran yang terlibat sentiasa mendapat rahmat dan sentiasa bersabar didalam dugaan yang dialami. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada PAR (Pusat Aduan Rakyat DUN Kempas) yang diketuai oleh Sdr.Suhaizan Kayat telah bersungguh-sungguh didalam membela nasib penduduk yang terlibat.

Semoga Allah sentiasa bersama kalian.

Beramal Kerana Allah

Banjir Lumpur Kembali Melanda Di Batu Caves

0 comments





Sumber : http://amalgombak.blogspot.com/

Batu Caves 1 April 2010 :
Seramai 30 orang Unit Amal Gombak dan Briged Amal Gombak turun membantu mangsa banjir di beberapa tempat di Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Kampung Sungai Kertas, Di Ketuai oleh Sdr Normazali Zainal.

Di antara tempat yang terlibat ialah Di Kampung Nakhoda: Jalan Nakhoda, Jalan Nakhoda 14, Jalan Nakhoda 15, Jalan Nakhoda 20, Jalan Nakhoda 22. Manakala di Kampung Laksamana: Jalan Laksamana 9, Jalan Laksamana 10.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan dari jam 6:30ptg sehingga jam 1:20pg dengan kerjasama Unit Amal Gombak, Briged Amal Gombak, (Pemuda PAS Batu Caves, Gombak Setia, Hulu Kelang), JKP Zon 13, JKKK Kampung Nakhoda dan Yang turut hadir ialah Kepimpinan Pemuda PAS Gombak dan Negeri Selangor.