Unit Amal Kota Raja Menghulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

0 comments





Sumber : http://unitamalkotaraja.blogspot.com/

Kg Tanjung Sepat, Kuala Langat 24 Sept –
Pas Kawasan Kota Raja telah menghantar beberapa orang anggota Unit Amal ke Kg Tanjung Sepat, Kuala Langat bagi membantu penduduk di kampung tersebut yang telah di timpa musibah banjir.

Penduduk kampung tersebut dan beberapa kampung di sekitarnya telah menghadapi banjir ketika umat Islam di Malaysia sedang merayakan Aidilfitri baru-baru ini.

Ketika mengiringi YB Dr Yunus, ADUN Sijangkang yang turun padang meninjau lebih dekat kerumah-rumah mereka yang terlibat, anggota-anggota Unit Amal tersebut telah menawarkan khidmat membantu mereka yang memerlukan bantuan di dalam membersih atau mengemas rumah.

Hasil tinjauan yang di buat di sekitar kawasan yang terlibat mendapati punca banjir tersebut ialah di sebabkan perparitan yang tidak sempurna menyebabkan aliran air yang tidak lancar. _Izha

Perutusan Hari Raya Aidilfitri Oleh Presiden PAS

0 comments

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Ikhlas,
Presiden PAS

Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS

0 comments
Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam.

Salam Aidilfitri

0 comments


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kami warga Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia mengucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh anggota Unit Amal peringkat negeri dan kawasan serta seluruh umat Islam di seluruh dunia dengan ucapan :

" Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin"

Jabatan Amal Pahang Edar Cenderahati Aidilfitri Kepada Penumpang Bas

0 comments





Sumber : http://unit-amal-im.blogspot.com/

KUANTAN 17 & 18 September 2009 -
Seperti tahun lalu, Jabatan Amal Pahang sekali lagi mengadakan program edar cenderahati Aidilfitri kepada penumpang-penumpang bas eksperes di terminal bas Terminal Makmur sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Operasi tersebut diketuai oleh Pengarah Jabatan Amal Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar bersama anggota Jabatan Amal Pahang serta Nisa' Pahang. Operasi edaran tersebut bermula pukul 10 malam. Sebelum bas mula bergerak, beberapa orang wakil Jabatan Amal Pahang telah membacakan doa menaiki kenderaan serta doa bagi keselamatan penumpang yang menaiki bas.

Pangkat Dan Keterangan

0 comments

KETUA PENGARAH PUSAT



TIM. KETUA PENGARAH PUSAT/ HARIAN PUSAT




PENGARAH KOR PUSAT/ PENGARAH NEGERI




TIM. PENGARAH NEGERI / HARIAN NEGERI




KETUA KOR NEGERI / KOMANDER KAWASAN




TIM. KOMANDER KAWASAN




KETUA UNIT KAWASAN


-------------------------------------------------------------------------------------

Keterangan Pangkat


Mahkota Al-Amal, Bulan & Bintang
Mengutamakan tugasan 'Amal' berdasarkan
prinsip rukun Islam dan teras 'Amal'



Bintang Emas 7 Bucu
Adalah Ikrar 'Amal' atau prinsip 'Amal' yang
menjadi panduan




Bintang Emas 14 Bucu & Bulatan Hijau Di Tengah
Adalah 14 negeri yang ada dalam Malaysia
dan berpaksikan Islam sebagai cara hidup




Logo Amal

Keheningan Menjelang Syawal

0 comments

Sumbangan telah disampaikan oleh Sdr Khairil Anuar Ismail (Timbalan Pengarah I Jabatan Amal Selangor merangkap Penyelaras Jabatan Amal Serdang). Turut hadir Peguam Mazwan Johar (Ahli Majlis MPKj, NYDP Pas Serdang) dan ahli Amal Serdang.


(Kami Jabatan Amal Serdang hanyalah penyampai sumbangan yang telah diberikan kepada kami oleh tuan/puan penderma untuk disampaikan kepada yang memerlukan bantuan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma-perderma yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menguruskan sumbangan. Amanah dan kepercayaan yang diberikan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin semoga mendapat keredaan Allah swt.)


Sumber : http://unitamalserdang.blogspot.com/

13 September 2009, Bt18 Hulu Langat :
Jabatan Amal Serdang telah menyalurkan sumbangan kepada 12 beradik yang hilang tempat bergantung akibat kemalangan jalan raya. Kemalangan tersebut mendapat liputan daripada beberapa akhbar tempatan.

Dalam tragedi tersebut , Abdul Karim memandu kereta perodua kancil maut apabila kenderaannya dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan. Abdul Karim yang bekerja sendiri , meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala isterinya , Maimon Said , 52 dan anak lelakinya , Mohd Ihsan yang berada dalam kereta itu turut parah. Maimon dan Mohd Ihsan dirawat di PPUM dan mereka berdua yang koma semasa kemalangan tersedar pagi selasa lalu.

Keterangan Logo Jabatan Amal Malaysia

0 comments


Tangan Berpautan
Ikatan persaudaraan, semangat ukhuwah
dan membantu sesama manusia


Bendera Amal & Globe
Membawa panji-panji 'Amal' kepada semua kaum
dan bersifat global


Mahkota Al-Amal, Bulan & Bintang

Mengutamakan tugasan 'Amal' berdasarkan
prinsip rukun Islam dan teras 'Amal'

Lawatan Jabatan Amal Kapar Menjejak Pesakit di Hospital

0 comments








Sumber : http://syababkapar.blogspot.com/

Sabtu, 12 September 2009 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar dengan kerjasama PAS Kawasan Kapar, dan Muslimat Kapar telah menganjurkan lawatan amal dan mesra rakyat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Diketuai oleh oleh YDP PAS Kawasan kapar Dr. Hj Abd Rani Osman bersama Ketua DPPK Kapar Ustaz Haidar Taslin, rombongan seramai 38 orang telah berjaya mengagihkan 400 buah bungkusan makanan kesihatan kepada para pesakit yang terlantar di beberapa wad.

Urusan pengagihan dan koordinasi peserta rombongan diatur oleh Unit Amal Kapar telah berjaya melicinkan lagi urusan agihan dan lawatan tersebut. Peserta rombongan dipecahkan beberapa kumpulan untuk melawat ke wad-wad pesakit sekali gus. DPPK dan PAS Kapar berjaya menyampaikan sumbangan sambil beramah mesra, bertanya khabar, juga menyampai mesej dakwah bil hal kepada semua pesakit tanpa mengira bangsa, umur dan latar belakang pesakit.

Lawatan bermula jam 9.45 pagi telah berakhir pada jam 10.40 pagi. Penghargaan dan ucapan terima kasih turut disampaikan kepada pihak pengurusan hospital atas kesudian menerima rombongan ziarah dan juga memberikan kerjasama yang sangat baik.

Iftar Jabatan Amal Serdang

0 comments



Pada 12 September 2009, Program IFTAR AMAL SERDANG 2009 telah diadakan di surau Al-Islah, Taman Kajang Mewah, Kajang (bersebelahan seksyen 7 Bandar Baru Bangi).

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Amal Serdang dengan kerjasama Ahli Majlis MPKj Ustaz Shafie Ngah dan surau Al-Islah. Majlis dimulakan pada 6.00 petang dengan acara penyampaian sumbangan kepada 56 keluarga yang memerlukan bantuan. Seterusnya berbuka, solat maghrib, solat insyak, solat tarawih dan qiamulai remaja. Ini merupakan kali kedua bagi program Qiamulai Remaja yang disertai oleh 30 orang.

Perubahan Logo & Sistem Pangkat Jabatan Amal Malaysia

0 comments

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia pada 4 September yang lalu telah bersetuju dengan perubahan logo yang dicadangkan oleh Timbalan Ketua Pengarah 4, Sdr Kasim Sabu.

Tujuan perubahan ini adalah sebagai usaha untuk menaikkan taraf Jabatan Amal seperti jabatan-jabatan yang ada dalam kerajaan. Perubahan ini juga adalah supaya Jabatan Amal Malaysia tidak hanya dipandang kecil bagi sesetengah pihak yang hanya melihat tugas Jabatan Amal sekadar mengutip derma di majlis ceramah atau bertugas untuk program-program parti sahaja.

Pada kali ini dibawah kepimpinan Ketua Pengarah Jabatan Amal yang baru Sdr Juhari Osman, satu usaha baru diketengahkan kepada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat yang mana Jabatan Amal ingin bergerak maju kehadapan bagi mencapai visi dan misi Jabatan Amal yang mana ianya telah ditenggelamkan sebelum ini.

Selain daripada perubahan logo, beberapa usul lain juga telah dipersetujui seperti sistem pangkat bagi Ahli Lembaga Pengarah Pusat, negeri dan kawasan. Selain Ahli Lembaga Pengarah, anggota yang mengikuti kursus kemahiran seperti penyelamat, mencegah kebakaran dan beberapa kemahiran lain yang disertai oleh anggota juga akan diberi pangkat khas.

Ihya Ramadhan, Sumbangan Dan Iftar Amal

0 comments







Sumber : http://amalselangor.blogspot.com/

06 September 2009 (Ahad) -
Yayasan Amal Selangor dan Jabatan Amal Negeri Selangor, mengadakan program bersama masyarakat Orang Asli di Kg Orang Asli Bt.12, Sg Cincin, Gombak.

Turut serta dalam program tersebut ialah Sdr Ahmad Zaidy Abd Mutalib selaku Timb. Ketua Pemuda PAS Selangor, Hj Azmi Pengarah Jabatan Amal Selangor, Sdr Jamil Saring daripada Yayasan Amal dan lain-lain.

Pakat Tolong Cari Di Mana Budak Ni.........?

0 comments

Sumber : http://pkwr-merbaupulas.blogspot.com/

Tolong masukkan berita kehilangan anak Abang Alias bernama "Mohd Mahfuz Bin Alias" yg tinggal di fasa 2 Desa Aman. Anak beliau berusia 19 tahun memegang kp bernombor 901213-13-6517.

Laporan polis telah dibuat dan pelbagai ikhtiar dijalankan oleh keluarga tetapi sampai ke hari ni anak dia tak pulang ke rumah. Menurut emak & ayah dia, tidak ada sebarang masalah dlm hubungan mereka. Saya sendiri pernah berbual dgn beliau beberapa kali di surau desa Aman & dari perwatakannya, pada amatan saya, beliau bukanlah seorang budak yang liar.

Beliau dilaporkan hilang setelah pulang ke Kolej TEKAT (Pusat Latihan kemahiran Teknologi Automotif), Kajang, Selangor pada 31hb Mei 2009. Kawan2 kolej pun tak tau dia pi mana. Dia diberitakan telah menelefon ibu di rumah tetapi bercakap seolah2 beliau diawasi oleh seseorang. Berdasarkan maklumat pengeluaran wang dari ATM, beliau dipercayai berada di Shah Alam dan kawasan sekitarnya.

Sempena Ramadhan ni, marilah sama2 kita bantu dan doakan kepulangan beliau ke pangkuan keluarga...Amin

Alamat rumah: 50, Jalan S10/2, Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah.
No. telefon ibu/ayah: 019-5089990 /atau hubungi admin (0194587603)

Senarai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Jabatan Amal Malaysia DPPP Sesi 2009-2011

0 comments




Setelah hampir 3 bulan menanti penyusunan semula organisasi Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, pada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang diadakan pada 4 September lalu telah berjaya menyusun semula organisasi tersebut dibawah Ketua Pengarah yang baru, Sdr Juhari Osman.