Lebih Ramai Unit Amal Ditempatkan Di Masjid Negara

0 comments
Kawalan Keselamatan sempena Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos ini akan dikendalikan oleh Unit Amal Pusat dan dibantu oleh Unit Amal Wilayah bersama negeri-negeri lain. Timbalan Ketua Pengarah 3 Unit Amal Pusat, Saripuddin Mohd Yatim mengesahkan setakat ini lebih 1000 ahli Unit Amal akan hadir bertugas..

Beliau yang dikenali sebagai Abg Champ juga mengesahkan bahawa Unit Amal akan mengangihkan anggota mereka ditiga tempat iaitu SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara.

Lebih ramai Unit Amal akan diletakkan di Masjid Negara bagi membantu mengawal keselamatan dan mengelakkan pertembungan antara penyokong GMI dan Pro-ISA yang akan berhimpun ditempat yang sama.

Beliau menyarankan agar Penyokong GMI dapat berkumpul di anjung kanan Masjid Negara yang berhadapan dengan bangunan Dayabumi.

Beliau memberikan jaminan bahawa perhimpunan berkenaan akan berjalan dengan aman dan terkawal. Kerjasama semua peserta amat diharapkan bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit."

Sekitar Jambori Amal Negeri Pahang Kali Ke-12

0 comments





Tahniah kepada Unit Amal kawasan-kawasan yang menghantar kontinjen menyertai Jambori kali ini terutama kepada Unit Amal Kawasan Temerloh yang dapat menghantar peserta teramai dan juga dapat membolot kategori kontinjen terbaik bagi Jambori Amal Negeri Pahang Kali ke 12 ini. Semoga berlalunya Jambori kali ini membuahkan hasil yang lumayan kepada Amal Negeri Pahang.

Terimakasih tidak terhingga kepada Amal Kawasan Lipis dan Cameron Highland yang menjadi tuan rumah terpaksa bertungkus-lumus membantu urusetia menjayakan Jambori ini. Terlalu banyak kemanisan yang dapat dicicip dari puncak Cameron Highland oleh peserta-peserta Jambori ini.

Terengganu dan Pahang Adakan Jambori Amal Negeri

0 comments


Bermula tarikh hari ini, 2 buah negeri iaitu Terengganu dan Pahang akan mengadakan Jambori Amal peringkat negeri. Jambori Amal Terengganu bermula dari 16 Julai 2009 dan berakhir pada 18 Julai 2009 manakala Jambori Amal Pahang pula bermula pada 17 Julai 2009 dan berakhir pada 19 Julai 2009.

Pada kali ini lokasi yang dipilih Jabatan Amal Terengganu untuk diadakan Jambori ialah di Kampung Gaung, Kuala Berang yang mana ianya akan dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Hj Mohd Nor Bin Hamzah manakala Jabatan Amal Pahang pula telah memilih lokasi Jabatan Hutan Raub dan Cameron Highland, Tanah Rata sebagai lokasi diadakan jambori.

Juhari Osman Dipilih Menjadi Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia 2009-2011

0 comments
Belum pun sebulan menerima semula perlantikan sebagai Ketua Pengarah, Ustaz Jamsari Marsom telah menghantar surat kepada Dewan Pemuda PAS Pusat untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia.

Keputusan tersebut dibuat setelah beliau pulang dari menunaikan umrah 2 minggu yang lalu. Pada peringkat awal, Dewan Pemuda PAS Pusat tidak bersetuju dengan perletakan jawatan tersebut memandangkan beliau telah dipilih lagi oleh Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia dalam satu pengundian secara sulit yang mana majoriti undian tersebut mengekalkan Ustaz Jamsari sebagai Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia untuk sesi 2009-2011.

Walaubagaimanapun, setelah memperhalusi alasan dan sebab yang dikemukakan Ustaz Jamsari, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi bersetuju menerima perletakan jawatan beliau dan mengarahkan semua Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia mengadakan mesyuarat khas dengan kadar segera bagi melantik pengganti Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia yang baru bagi sesi 2009-2011.

Atas arahan tersebut, semua Ahli Lembaga Pengarah telah dipanggil bermesyuarat pada 4 Julai lalu. Dalam mesyuarat tersebut, 4 calon telah dicadangkan untuk dilantik menjadi Ketua Pengarah. Calon-calon yang dicadangkan itu ialah Sdr Juhari Osman daripada Johor, Sdr Saripuddin Mohd Yatim daripada Wilayah Persekutuan, Mohd Sufian Ibrahim dari Negeri Sembilan dan Ustaz Zelani Nik Chik dari Kedah.


Saripuddin Sufian Ust Zelani

Setelah diadakan undian, jawatan Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat disandang oleh Sdr Juhari Osman. Walaupun tidak menyangka dipilih sebagai Ketua Pengarah, Sdr Juhari akan cuba melaksana tanggungjawab dengan sebaiknya selain menyambung semula gerak kerja yang belum terlaksana dengan bantuan nasihat ahli-ahli lama dan mantan-mantan Ketua Pengarah.