Brainstorming Jabatan Amal Perak

0 comments



Pegawai Keselamatan Dan Latihan Bomba Gopeng sedang memberi taklimat penerangan pada para peserta brainstorming


pendaftaran para peserta


Ahli Lembaga Pengarah Amal Pusat(ALP) Sdr Sufian Ibrahim sedang memberi penerangan tentang gerak kerja jabatan amal


Ikrar taat setia dalam perjuangan dan kepimpinan


Sdr Arif Sha'arani Pengarah Brainstorming


Sdr Kalilur Rahman sedang membentang carta organisasi dan konsep dalam perjuangan jabatan Amal Perak

sumbangan ikhlas dari jabatan amal kepada pegawai bomba


bergambar kenangan setelah selesai latihan out door


sedang mempraktikkan latihan yang telah diberi


para peserta khusyuk mendengar taklimat

latihan out door(memadam kebakaran)


penerangan in door oleh pegawai bomba


Pada 25 Januari lalu, Jabatan Amal Perak telah berjaya membuat satu program Brainstorming di Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak. Program tersebut dibuat selama dua hari satu malam, dengan kehadiran seramai 28 orang peserta.

Program ini hanya diperuntukkan kepada Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Penyelaras Unit Amal Kawasan sahaja.Dalam program ini,jabatan amal telah menjemput pegawai keselamatan dan latihan bomba Gopeng bagi menterjemahkan kemantapan yang perlu ada pada setiap orang tentang asas keselamatan yang betul agar dapat terhindar dari kecelakaan yang lebih teruk.

Tujuan utama brainstorming ini adalah untuk memantapkan balik unit amal disemua peringkat yang berlandaskan TERAS LIMA AMAL dengan visi, misi dan objektifnya.

Perlawanan Persahabatan AMAL

0 comments



sedikit taklimat untuk petugas-petugas unit amal bagi menjaga keselamatan dalam program tersebut


disambut mesra oleh peminat sekitar DUN Trong


Ketibaan pemain -pemain Perak di Sek Men Keb Tat Beng Sg Nyior Trong Perak dengan di sambut oleh Pengurus pasukan Perak ust Azli Musa dan pimpinan MTD Trong.


sebelum perlawanan bermula


Nana Kasim orang yang memainkan peranan besar dalam kutipan untuk mangsa kekejaman yahudi laknatullah


Baru-baru ini,Unit Amal Perak telah mengganjurkan satu perlawanan persahabatan amal bola sepak diantara pasukan Perak menentang pasukan pilihan Larut Matang dan Selama di Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng, Sg Nyior, Trong perak.

Dalam perlawanan tersebut pasukan perak telah berjaya mengatasi pasukan pilihan itu dengan kemenangan 2-0.Perlawanan tersebut telah menghiburkan hampir 1000 penonton kampong tersebut.

Ketika perlawanan sedang rancak berlangsung, Unit Amal Perak telah melangcarkan kutipan derma bagi membantu mangsa rakyat palestin,dan jumlah yang berjaya dikutip sebanyak RM804. Kutipan derma itu terus diserah pada Jabatan Amal Pusat, bagi penyaluran yang telah sedia ada berjalan dengan lancar.

Aktivis Unit Amal Perak Terlibat Kemalangan

0 comments



Pengarah Jabatan Amal Negeri Perak Sdr Roslan menyampaikan sumbangan ikhlas kepada isteri Abu Bakar


Seorang aktivis Unit Amal Perak, Sdr Abu Bakar yang juga merupakan Ketua Kampung Simpang Pulai Perak, telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Gua Musang. Kejadian berlaku pada 5 Januari lalu ketika beliau dalam perjalanan hendak membantu PAS Terengganu dalam pilihanraya kecil Kuala Terenggganu. Beliau mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak yang masih kecil dan bersekolah.

Pada awalnya beliau dimasukkan ke Hospital Gua Musang kemudian dibawa balik ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh. Sekarang beliau masih lagi berada di wad ICU hospital berkenaan. Menurut isterinya, beliau masih bergantung kepada bantuan alat pernafasan.

Sebarang sumbangan amatlah diharapkan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga beliau. Sebarang sumbangan sila salurkan kepada isteri beliau sendiri iaitu Puan Misah binti Dolah no akuan 4-5112024-35 Public Bank.

Unit Amal Gotong Royong Bersih Kubur

0 comments











Pada tarikh 16 Januari 2009 (Jumaat), Unit Amal Terengganu dengan kerjasama Unit Amal Wilayah Persekutuan telah bekerjasama dalam gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan. Dua lokasi yang menjadi pilihan ialah Tanah Perkuburan Losong Haji Mat Shafie (berhampiran Madrasah Darussalam) dan Tanah Perkuburan Merbau Patah (berdekatan Surau Hj Ahmad).

BOIKOT: Perlu Ada Matlamat Dan Sasaran

0 comments






Boikot biasanya akan kedengaran apabila terpampang isu-isu sensitif di dalam masyarakat dan ianya menjadi satu amalan kebiasaan dalam menunjukkan bantahan terhadap sesuatu perkara.

Apa yang menjadi tanda tanya kepada penulis ialah, berjayakah kempen boikot? Apa kesan kepada yang diboikot? Sekiranya tanda tanya ini tidak ada jawapan, maka berbaloikah memboikot? Untuk merungkaikan persoalan di atas, maka kepada sesiapa sahaja yang menganjurkan kempen boikot, mestilah meletakkan matlamat dan sasaran kempen. Sekiranya 'matlamat' dan 'sasaran' tidak menjadi agenda kempen, maka bagi penulis, kempen yang dilancarkan hanya lah seperti 'melepaskan batuk di tangga'.

Kita pernah mendengar kempen memboikot akhbar utusan malaysia, kita juga pernah mendengar kempen memboikot produk AS, malah kita juga pernah mendengar kempen memboikot produk Belanda suatu masa dahulu. Ia hanyalah 'hangat-hangat tahi ayam' sekiranya tidak ada matlamat dan sasaran.

Huraian 'matlamat' dan 'sasaran'.

Apa matlamat kempen, melumpuhkan? melemahkan? Sekiranya melumpuhkan, sanggupkah kita melihat pekerja-pekerja diberhentikan. Maka pada penulis matlamat utama kita adalah melemahkan. Sekiranyanya melumpuhkan menjadi matlamat, perlulah ada alternatif kepada pekerja yang bakal diberhentikan kerja. Contohnya, dahulu kita pernah mendengar boikot 'Coca Cola', maka kerajaan Iran mencari alternatif memasarkan produk Zam-Zam Cola. Barulah matlamat melumpuhkan berjaya. Sekiranya tidak berupaya menyediakan alternatif, matlamat melemahkan menjadi fokus utama.

Apa sasaran kempen? Penulis membahagikan sasaran kepada dua pengertian:

Pertama, sasaran produk. Apakah pruduk yang priority untuk diboikot terlebih dahulu maka selebihnya menjadi alternatif. Contoh, sekiranya ingin memboikot Utusan Malaysia, mestilah dalam masa yang sama Berita Harian menjadi pilihan alternatif, yang penting disini, sasaran berjaya dilumpuhkan. Sekiranyanya ingin memboikot Intel, maka AMD menjadi pilihan alternatif, yang penting sasaran berjaya dilumpuhkan. Kembali kepada kaedah usul 'sekiranya tidak dapat semua, jangan tinggal semua'.

Kedua, sasaran tempoh. Berapa lama tempoh boikot? 2 bulan, 3 bulan, setahun atau selama-lamanya..? Tempoh boleh dijadikan senjata ugutan terhadap yang diboikot. Rasanya kalau betul-betul kempen boikot berjalan selama 6 bulan secara menyeluruh, pastinya 'matlamat' yang kita bincangkan tadi berjaya, InsyaAllah. Apa yang penting disini adalah sasaran tempoh dan ianya akan menjadi kayu ukur terhadap kejayaan kempen.

Selamat Memboikot

Unit Amal Perak Di Stadium

0 comments

Dari kiri PengarahUnit Amal Perak, Pegawai Kewangan Amal Perak
dan petugas Amal Taiping sedang meninjau dari tingkat atas stadium


Penjaga gol perak sedang memberi tandatanganya pada benner menyatakan persetujuan berhenti peperangan di israel


Ust NorAzli Musa selaku pengurus pasukan bola sepak Perak merasmikan tandatangan menyokong tentang benner yang menyatakan "STOP WAR"


Semua pemain perak dan penyokong perak bergambar kenangan setelah selesai menandatangani Benner tersebut


Taklimat dari Sdr Roslan, Pengarah Amal Perak setelah selesai perlawanan bola yang diperhatikan oleh pengurus pasukan bola sepak perak


sebahagian unit amal yang bertugas


Menteri Besar Perak turut serta menyaksikan perlawanan pada malam itu


Pasukan bola sepak Perak sedang membuat latihan pemanas badan sebelum perlawanan bermula


Semua pemain bola sepak Perak yang beragama islam sedang mengaminkan doa setelah selesai menunaikan solat magrib agar mendapat kejayaan dan keselamatan tubuh badan.aminnnn


Ust NorAzli Musa selaku Pengurus Pasukan bola sepak Perak,menjadi iman dalam solat magrib berjemaah bersama pemain dan seluruh jawatankuasa pasukan Perak yang beragama Islam.

Jambori Unit Amal Kawasan Larut

0 comments





sumber : http://uamaltpg.blogspot.com/

Baru-baru ini, Jabatan Amal Perak telah menggadakan satu mesyuarat peringkat negeri di Ayer Hitam Jelai, Batu Kurau Perak sempena program Jambori Unit Amal kawasan Larut baru-baru ini.11 orang Ahli Lembaga Pengarah dan 7 orang ketua penyelaras setiap kawasan hadir bagi membincangkan aktiviti-aktiviti tahunan dan gerak kerja kebajikan bagi tahun 2009.

Mesyuarat bermula jam 9.30 malam dan tamat jam 2.30pg dalam keadaan yang amat sejuk persekitaranya kerana berada didalam hutan dan berdekatan dengan kaki bukit.Terlalu banyak agenda yang telah di perbincangkan untuk program tahun ini diantaranya brintstooming pada 24 & 25 Jan 2009 di Kuala Kangsar Perak.


Jambori tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana kehadiran seramai 70 orang peserta telah turut serta dengan sedikit gabungan peserta dari kawasan Taiping seramai 7 orang. Purata umur para peserta lebih kurang 15-18 tahun.

Berbagai-bagai acara telah disediakan, salah satunya berjalan ditengah malam didalam hutan yang gelap berdua-duaan berpandukan pada tali yang dipasang sebagai laluan untuk sampai ke distinasi yang telah ditetapkan.Jarak lebih kurang 1.3km dengan berbagai-bagai rintangan yang perlu dihadapi oleh peserta.Semuanya telah berjaya sampai dengan keadaan selamat.


Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam program atau Jambori Unit Amal yang akan datang, bolehlah berhubung terus dengan Pengarah Amal Negeri : 0194227268.