Pengishtiharan Puasa

0 comments

Jambori Amal Johor 2009

0 comments





Sumber : http://unitamaljohor.blogspot.com/

Alhamdulillah, Jabatan Amal Negeri Johor pada tahun ini telah pun berjaya menganjurkan Jambori Amal Negeri yang diadakan Sg. Sudah & Sg. Resik, Muar Johor selama 3 hari 2 malam bermula 14hb Ogos hingga 16hb Ogos yang lalu.

Walaupun sedikit diuji dengan masalah tempatan, berkat kecekalan hati dan keikhlasan menabur bakti kepada masyarakat, Jambori Amal Negeri Johor tetap terus berlangsung dengan pelbagai program menarik yang dianjurkan.

Lembaga Merah Muncul Dikubur

0 comments



Sumber : http://p111dppkr.blogspot.com/

Pada hari Ahad 16 Ogos 2009 yang lepas, Unit Amal DPPKR telah mengadakan program gotong royong membersihkan kawasan kubur Kg Jawa Kg Tok Dagang Klang. Program ini diadakan sempena menyambut kehadiran bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan yang akan datang.

Tanah kuburan yang sering dikunjungi waris-waris pada bulan Ramadhan dan seterusnya ketika Syawal perlu kepada kerja-kerja kebersihan dan penjagaan kawasan sekitar. Ini dapat meringankan tugas-tugas penjaga kawasan kuburan dengan adanya program gotong royong seperti ini. Sambil menjalankan tugas sambil bermuhasabah bahawa kita juga pasti akan kesini daerah-daerah kubur seperti ini satu hari nanti. DPPKR dan Unit Amal Kota Raja berharap program seperti ini tidak terhenti setakat ini dan mungkin akan dibincangkan untuk menjadikan ianya satu program tahunan Insyaallah.

Unit Amal Kapar Giat Perkasakan Pemuda

0 comments



Sumber : http://syababkapar.blogspot.com/

Unit Amal Kapar, salah satu cabang lajnah di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar, sedang giat merencana aktiviti dan menyusun barisan pemuda bagi menghadapi sebarang cabaran mendatang.

Melihatkan banyak aktiviti-aktiviti parti dan kemasyarakatan yang memerlukan tenaga petugas pemuda terlatih dan bersemangat waja, amatlah perlu Unit Amal Kapar ini diperkasakan. Aktiviti seperti demonstrasi yang dianjurkan di peringkat pusat, kawalan keselamatan di setiap ceramah umum, gotong-royong, urusan kematian dan sebagainya merupakan antara contoh aktiviti yang sangat memerlukan keterlibatan Unit Amal.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar sedang mempersiapkan jentera amal parti untuk memenuhi kehendak tersebut. Antaranya modul pemantapan ahli Unit Amal sedia ada dan juga 'recruitment' atau melahirkan ahli-ahli baru.

Sebagai contoh baru-baru ini pada 29 Julai 2009 lepas, satu majlis Ramah Mesra Amal Kapar telah berjaya dilaksanakan bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Sementa, bertujuan sebagai wadah suai kenal ahli baru dengan ahli Unit Amal Kapar. Ahli baru diperkenalkan dengan 'komando' Unit Amal Kapar seperti Tuan Hj. Jamuliddin Elias yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar, En. Tarmizi Ali, dan juga En. Azrae. Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Kapar, Tn. Hj. Samsul Bahri Ikhsan, Y.B. Dr. Rani Osman selaku Yang Dipertua PAS Kapar yang juga ADUN Meru dan juga seluruh AJK DPPK Kapar.

Ketua Pemuda DPPK Kapar, Ust Haidar Taslin, membuka bicara program Ramah Mesra Amal dengan kata-kata perangsang kepada ahli baru dan mengingatkan kepada semua ahli bahawa Unit Amal bergerak atas keikhlasan hati dan hanya mengharapkan keredhaan dari Allah. Seterusnya majlis diisi dengan ucapan daripada Tuan Hj. Jamuliddin Elias yang menceritakan susur galur Unit Amal, pengalaman beliau menduduki jawatan Unit Amal di peringkat pusat, juga pengalaman kerja-kerja amal di luar negara dan seterusnya motivasi kepada semua ahli.

Hasil dari perjumpaan ini juga, Unit Amal Kapar turut berjaya menganjurkan Jambori Amal Kapar yang diadakan pada 15 - 16 Ogos yang lepas. Akan ada banyak lagi pengisian dan aktiviti yang telah dirancang untuk memastikan Unit Amal Kapar sentiasa bergerak di saf hadapan mendepani cabaran yang bila-bila masa akan menyerang. Dalam waktu yang sama mereka akan terus diberikan tarbiyyah untuk melengkapkan akhlak dan sahsiyyah sesuai sebagai ahli sebuah pertubuhan Islam.

Jambori Unit Amal Kapar Meningkatkan Kemahiran Ahli

0 comments

Sumber : http://syababkapar.blogspot.com/

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar telah berjaya mengadakan Jambori Unit Amal Kapar 2009 pada 15 dan 16 Ogos 2009 di Kem Banyu Manis, Kg Bukit Kerayong, Jeram. Jambori pada kali ini telah disertai lebih 30 orang ahli Unit Amal seluruh Kawasan Kapar.

Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang program oleh Pengarah Program yang juga Ketua Unit Amal Kapar, Saudara Zainuri bin Ahmad. Program ini antara lain adalah untuk memdedahkan ahli Unit Amal kepada kemahiran-kemahiran kendiri yang akan meningkatkan keyakinan diri mereka untuk menghadapi pelbagai cabaran.

Antara aktiviti yang dirangka ialah, permainan seperti 'war game', mencipta 'gadjet', masakan suvival, persembahan berkumpulan dan jungle trekking. Semua ahli yang menyertai jambori kali ini merasa puas dan teruja dengan pelbagai program yang diatur.

'Ternyata aktiviti di dalam Jambori Unit Amal sangat berbeza dengan kem-kem yang pernah saya sertai sebelum ini. Ia banyak memberi ilmu dan pengalaman baru kepada saya' kata Ridzuan salah seorang peserta jambori.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh, Ustaz Haidar Taslin selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kapar. Dalam ucapannya beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh anggota Unit Amal Kapar yang menjayakan dan menyertai Jambori kali ini. Beliau sentiasa ingin melihat agar Unit Amal Kapar sentiasa mempunyai peningkatan dari semasa ke semasa.

Justeru beliau berharap agar ahli di setiap cawangan dan DUN mempunyai inisiatif sendiri untuk menggerakkan Unit Amal di tempat masing-masing. Beliau juga berharap agar Unit Amal sentiasa menerokai aktiviti-aktiviti baru yang digemari oleh golongan muda seperti sukan lasak, kembara meredah hutan, konvoi berbasikal atau bermotor dan sebagainya.

Beliau berharap agar Unit Amal Kapar akan menjadi satu ikon yang mudah didampingi oleh semua golongan muda pelbagai latarbelakang di kawasan Kapar ini. Oleh yang demikian, ahli sedia ada perlu berjiwa besar dan bercita-cita tinggi untuk menjadikan Unit Amal lebih cemerlang kerana ia secara tidak langsung boleh menyampaikan mesej Islam kepada golongan muda dengan cara yang mereka senangi. Insya Allah.

Rumah Ahli Unit Amal Tawau Terbakar

0 comments


Bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di rumah saudara Airil

Rumah saudara Airl yang hangus terbakar


Takziah... itu sahaja yang mampu diucapkan kepada saudara Airil Syah apabila rumah beliau terlibat dalam tragedi kebakaran yang berlaku di Kg Vietnam Tg Batu Tawau pagi ini.

Kejadian berlaku sekitar pukul 10.30am yang melibatkan 30 buah rumah. Ini bukan kali pertama berlaku di Kg ni... Diharap saudara Airil dan keluarga dapat bersabar dengan kejadian yang menimpa. Bersabar... Sesungguhnya Allah berserta dengan orang orang yang bersabar.

Orang ramai yang ingin menghuluran sumbangan, bolehlah menghubungi :

1) Sdr Hery : 019-5276587 2) Sdr Burhan : 019-5351655 3) Sdr Amsah : 013-8996313


sila lawat :

http://amaltawau.blogspot.com/

Karnival Amal Jabatan Amal Kawasan Indera Mahkota

0 comments








Kesemua 14 Anggota Unit Amal Dibebaskan Dengan Ikat Jamin

2 comments

Saripuddin Helmi


Mahkamah hari ini telah membenarkan kesemua tahanan Himpunan Mansuh ISA termasuk 14 orang anggota Unit Amal dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 500.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah 3 Jabatan Amal Malaysia, Saripuddin Mohd Yatim. Walaupun dibebaskan, mereka dikehendaki hadir perbicaran pada 4 September ini. Kesemua anggota Unit Amal yang ditahan terdiri dari 12 orang Unit Amal Perak, seorang merupakan Pengarah Unit Amal Melaka, Sdr Helmi serta seorang anggota Unit Amal Johor.

Sumbangan Diperlukan Untuk Bantu Unit Amal Yang Cedera

0 comments


PULAU PINANG, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah merayu orang ramai yang bersimpati dengan dua orang anggota Unit Amal Negeri Pulau Pinang yang terlantar di Hospital Sungai Buloh akibat bas ekspres terbalik di Bukit Berutung ketika perjalanan menghadiri perarakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) pagi semalam menyumbangkan sedikit derma untuk pembedahan menghindarkan lumpuh separuh tubuh.

Kemalangan tersebut menyebabkan dua daripada dua puluh anggota Unit Amal yang menaiki bas ekspres Konsortium bertolak dari Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam jam 1,15 tengah malam terbabas dan seterusnya berbalik bila melanggar penghadang jalan.

"Dewan Pemuda PAS Negeri merayu orang ramai untuk membantu dua orang anggota Unit Amal yang parah sehingga menyebabkan kemungkinan lumpuh separuh badan. Kos rawatan mereka berdua ialah RM10 ribu," jelasnya.

Menurut Ustaz Yusni lagi, hari ini doktor terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang Abdul Razak bagi mengantikan beberapa elemen saraf yang rosak.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh terus kepada akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Negeri 07016010059732 atau menghubunginya (Ustaz Yusni) untuk mendapatkan keterangan lanjut di talian 0194500660. - mns_

Ketua Pemuda PAS Pusat Melawat Anggota Unit Amal Terlibat Kemalangan

0 comments




Selepas menyertai Himpunan Mansuh ISA, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi telah bergegas ke Hospital Sg. Buloh untuk menziarah 2 orang anggota Unit Amal Pulau Pinang yang dikatakan kritikal kerana terlibat dalam kemalangan di Bukit Beruntung kira-kira pukul 4.00 pagi tadi.

Ustaz Nasarudin yang diiringi Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman berasa terharu melihat keadaan kedua-dua anggota Unit Amal tersebut.

2 orang anggota Unit Amal tersebut, Abdul Wahab dan Abdul Razak adalah mangsa kemalangan yang didapati parah dalam kemalangan tersebut. Menurut doktor, mereka berdua akan menjalani pembedahan bagi menghindarkan lumpuh separuh tubuh.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman berasa kesal terhadap pemandu bas ekspres terbabit kerana melarikan diri setelah mendapati bas yang dipandunya terbalik.

Himpunan 1 Ogos, bas bawa Unit Amal Pulau Pinang terbalik

0 comments
PULAU PINANG, 1 Ogos (Hrkh)- Dua orang anggota Unit Amal Pulau Pinang berada dalam kritikal dan enam lagi cedera ringgan di Hospital Sungai Buluh apabila bas ekspres konsotium terbabas dan terbalik berdekatan Bukit Beruntung pukul 4.00 pagi tadi.

Pengarah Unit Amal Pulau Pinang, Norazman Ishak ketika dihubungi berkata, seramai 20 orang anggota Unit Amal menaiki bas berkenaan dari Alam Jaya, Bukit Mertajam menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri program Mansuhkan ISA anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang akan bermula pagi ini.

Pengarah Unit Amal Pulau Pinang, Norazman Ishak ketika dihubungi berkata, seramai 20 orang anggota Unit Amal menaiki bas berkenaan dari Alma Jaya, Bukit Mertajam menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri program Mansuhkan ISA anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang akan bermula pagi ini.

Menurut beliau, dua anggota Unit Amal yang masih di bilik kecemasan itu ialah Saudara Abdul Wahab dan Abdul Razak Jaafar.

"Saya harap semuanya bersabar dan berdoa agar kesihatan mereka stabil semula. Manakala saudara mara mereka jangan bimbang kerana kami ada di sisi mereka, " ujarnya.

Jelasnya lagi, kehadiran Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Mertajam, Mohd Saad Ahmad di hospital berkenaan pagi tadi sedikit sebanyak memberikan semangat dan menggangap trajedi itu sebagai satu cubaan untuk menilai ketahanan jjiwa.



Sementara itu seorang mangsa, Zawawi Yahya menceritakan, kebanyakan penumpang tertidur ketika kejadian tersebut.

Ujar beliau yang cedera di lutut, siku, paha dan tengkok sebelum terbalik bas terhoyong hayang kemudian melanggar penghadang jalan dan terbalik. Manakala pemandu bas sempat terjun dan melarikan diri.

"Rakan saya memberitahu sebelum terbalik bas terhoyong hayang dan melanggari penghadang jalan kemudian terbalik, " katanya./wann _