Lawatan Kerja Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia DPPP Ke Sekuruh Negeri

0 comments




Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom (gambar) hari ini telah mengeluarkan memo kepada semua Jabatan Amal Negeri-negeri bahawa satu lawatan kerja sehari akan dibuat untuk bertemu dengan pimpinan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Jabatan Amal Negeri untuk meninjau sendiri peranan selain mendengar sendiri masalah yang dihadapi anggota-anggota Unit Amal diperingkat akar umbi.

Dalam Lawatan kerja tersebut, Ustaz Jamsari ingin bertemu dan beramah mesra dengan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ketua Pemuda PAS Negeri serta ALP Jabatan Amal Negeri untuk berbincang permasalahan yang dihadapi oleh Unit Amal. Berikut disertakan jadual lawatan serta tentatif yang dicadangkan oleh beliau kepada Amal Negeri dalam lawatan tersebut :


Gambar Sekitar HIMPIT 2008

0 comments



Himpit 2008 yang diadakan di Kg Pantai Pandak , Cendering, Kuala Terengganu,telah melabuhkan tirainya .Bermula pada 23 Okt 2008 dan berakhir pada 25 Okt 2008.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda YB Salahuddin Ayub dan penutupan telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Haji Mustaffa Ali.

HIMPIT [ Himpunan Pemuda Islam Terengganu] merupakan acara tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu bermula tahun 1991 yang mana sebelum itu dipanggil Ijtima' Pemuda Terengganu.


Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Haji Mustafa Ali memeriksa pembarisan Unit Amal Terengganu, sebelum penutupan HIMPIT 08.


Sebahagian peserta menunaikan solat Asar sebelum upacara bermula.


Pertandingan sepakraga Bulat antara pemuda kawasan


Pertandingan memancing juga terbuka hanya kepada peserta Himpit sahaja. Bermula jam 8- 11 pagi


Acara Pertama Explorace, satu program baru dalam Himpit 2008.


Acara Bolasepak Pantai antara Pemuda Kawasan.


Ketika bolasepak pantai sedang rancak berlangsung, acara memancing masih diteruskan.


Peserta yang pertama tiba dalam acara larian Himpit 08


Motosikal PAS, yang telah mencuri tumpuan peserta dan pengunjung Himpit08.


Antara peserta yang telah berjaya dalam Pertandingan Himpit 08, menerima hadiah dari Pesuruhjaya PAS Terengganu.



Sehingga Berjumpa lagi di ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu pada 31 Okt & 1 nov 2008 di Kemaman, Terengganu.
Terima Kasih


Sumber :

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=17698

Gambar-gambar Operasi Unit Amal Negeri Sembilan Membantu Mangsa Banjir

0 comments

Berikut adalah operasi bantuan mangsa banjir yang dijalankan oleh Unit Amal Negeri Sembilan di dua kawasan iaitu di Taman Angsi Ville Tuanku Jaafar dan Ulu Rantau. Operasi tersebut turut dibantu ADUN Paroi, YB Hj Taufek Abd Ghani yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.


YB Hj Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi) turut membantu membersihkan rumah penduduk


Rumah seorang penduduk kaum cina yang dimasuki banjir


Keadaan banjir pada waktu malam


Bergambar dihadapan rumah mangsa banjir kaum cina selepas selesai membersihkan kawasan rumahnya.


Keadaan perumahan Taman Angsi Ville Tuanku Jaafar selepas banjir surut




Sumbangan anda diperlukan untuk membantu para sukarelawan Unit Amal Malaysia

Seremban , Rembau Banjir Teruk, Unit Amal Negeri Sembilan Perlukan Bantuan

4 comments


REMBAU 22 Oktober 2008 - Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan hari ini menyeru kepada seluruhrakyat Malaysia agar dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa daerah dan kawasan di Negeri Sembilan ini.

Menurut pengarahnya Sufian Ibrahim (gambar), hujan lebat yang turun pada waktu subuh semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan perumahan dinaiki. Selain kawasan perumahan golongan sederhana, kawasan perumahan mewah juga turut dinaiki air mengakibatkan penghuni-penghuni kawasan berkenaan terpaksa dipindahkan.

Menurut Sufian lagi, Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan telah mengerahkan kesemua anggota Unit Amal untuk turun ketempat-tempat yang dinaiki air bagi membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir serta barang-barang penting.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan memerlukan bantuan kewangan sekitar RM 3000.00 untuk kegunaan anggota-anggota Unit Amal membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir selain mandapatkan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk operasi menyelamat mangsa.


Kedah Dan Perak Turut Dilanda Banjir


Sementara itu, banjir di Kedah dan Perak turut diberi tumpuan memandangkan beberapa keadaan yang telah dikenalpasti turut mengalami banjir yang teruk. Pengarah Jabatan Amal Kedah melaporkan keadaan yang agak teruk dinaiki air ketika ini ialah kawasan Kuala Kedah, Alor Setar dan Kulim.

Di Perak pula, berdasarkan laporan yang diterima petang tadi, air masih lagi belum surut di kawasan Bukit Gantang, Pasir Panjang dan Semanggol. Namun begitu, mangsa-mangsa yang terlibat sudah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Semua anggota Unit Amal dari beberapa kawasan telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan samada wang, pakaian, lampin pakai buang bayi, makanan asas dan lain-lain lagi, bolehlah menghubungi :



Jabatan Amal Negeri Sembilan

1) Sufian Ibrahim (Pengarah ) 013-3589328
2) Zulkarnain (Timbalan Pengarah) 016-2097990 / 017-3051044


Jabatan Amal Kedah

1) Ustaz Zelani Nik Chik (Pengarah) 019-4156624
2) Mohd Zaidi (Setiausaha) 019-5454511


Jabatan Amal Perak

1) Roslan (Pengarah) 019-4227268
2) Arif (Bendahari) 019-5687195

Kenangan Sambutan Hari Raya

0 comments






oleh : Muhammad Hanif (S/u Jab Amal Kelantan)

Kenangan semasa bertugas di Majlis Sambutan Hari Raya Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan bertempat Dataran Stadium Mohd IV pada 9 Oktober 2008 (Khamis).

Seramai 40 orang Unit Amal bertugas sebagai bentara dan selebihnya menyediakan air di khemah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan untuk semua hadirin yang hadir.

Majlis pada kali ini mencatatkan sejarah baru, di mana lebih daripada 20,000 orang telah hadir memeriahkan majlis tersebut. Juadah disediakan oleh semua kawasan-kawasan sebanyak 14 kawasan. Begitu juga dengan Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Ulamat PAS Negeri Kelantan dan Badan Perhubungan sendiri.

Sebelah malamnya ceramah perdana diadakan di Padang Perdana dengan barisan penceramah ; YAB Tuan Guru Nik Aziz, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Dato’ Husam Musa dan YB Saifudin Nasution.

Unit Amal Bertugas Di Majlis Rumah Terbuka PAS Pusat

0 comments









SHAH ALAM (Ahad) 12 Oktober 2008 - Seperti tahun-tahun yang lepas, Unit Amal sekali lagi diminta untuk membantu melancarkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh PAS Pusat yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam.

Majlis yang bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.00 ptg semalam dilihat meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dengan disambut oleh para pimpinan PAS yang diketuai oleh YAB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS serta AJK PAS Pusat yang tidak putus-putus menyambut kehadiran tetamu yang hadir.

Atas dasar ingin melihat majlis berjalan dengan teratur inilah, seramai hampir kira-kira 60 orang anggota Unit Amal dari beberapa buah negeri telah hadir bagi membantu Unit Amal Selangor selaku tuan rumah melaksanakan tugasan melancarkan perjalanan majlis rumah terbuka tersebut. Walaupun jelas terpapar keletihan diwajah para petugas, kesemua anggota Unit Amal telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang disamping mengharapkan ganjaran serta redha daripada Allah s.w.t.