Unit Amal Pahang Adakan Program Sumbangan Hari Raya

0 comments






KUANTAN: Unit Amal Pahang dengan kerjasama PAS kawasan Kuantan telah mengadakan satu program sumbangan Hari Raya Aidil Fitri kepada lebih 1000 "anak rantau" yang balik ke Pahang. Program diadakan selama dua hari iaitu 27 Sept dan 28 Sept 2008. Seramai lebih 40 orang Unit Amal dan Nisa Pahang telah menjayakan program selama dua hari itu. Ia dimulakan pada pukul 10.00 malam dan berakhir sekitar jam 1.30 pagi.

Sambutan yang diberikan oleh semua penumpang amatlah menggalakkan dan ternyata ia memberi manfaat yang berguna kepada mereka di sepanjang perjalanan. Menurut Yang Di Pertua PAS Kawasan merangkap Pengarah Unit Amal Negeri Pahang, Ustaz Rosli Bin Abdul Jabar berkata "Program ini adalah acara tahunan dan telah diadakan semenjak 3 tahun yang lalu. Kesemua syarikat bas termasuk JPJ dan pihak polis yang bertugas di sekitar memberikan kerjasama yang baik atas usaha yang dilakukan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua Unit Amal dan Nisa yang telah menyumbangkan tenaga untuk menjayakan program ini. Saya juga mengharapkan semoga program ini akan terus berkekalan pada tahun-tahun akan datang" katanya.

Program berkenaan telah diadakan di Terminal Makmur dan melibatkan hampir kesemua syarikat bas ekpress utama. Sumbangan yang disampaikan adalah berbentuk air minuman, kuih raya, risalah dan bahan-bahan peringatan berupa doa dan sebagainya. Acara turut diserikan dengan bacaan doa musafir yang diadakan didalam bas sebelum bertolak.

Disamping itu beliau turut berharap agar semua "perantau" selamat pulang dan sampai ke destinasi masing-masing untuk pulang berhari raya bersama keluarga. Beliau juga turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh pimpinan PAS semua peringkat.

Ceramah Ghazwatul Badrul Kubra

0 comments










Pada 17 Ramadhan bersamaan 17 September 2008 seramai 35 anggota Unit Amal Pengkalan Chepa telah diarahkan bertugas di satu program ceramah iaitu Ceramah Ghazwatul Badrul Kubra yang diadakan di Qaryah Ramadhan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Kota Bharu. Program adalah merupakan anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri.

Program dimulai dengan majlis tadarus jam 6 petang yang dipimpin oleh ustaz Daud Iraqi (Ketua Ulamak PAS Kelantan/Pusat), majlis berbuka dan solat terawih dan seterusnya majlis ceramah dimulai oleh YB Ustaz Mumammad Amar, YB Ustaz Nasaruddin, YB Husam, wakil daripada Gerakan Islam Palestin (Bekas Imam Masjidil-Aqsa) dan TG Nik Abdul Aziz.

Anggota Unit Amal pada malam itu di tugaskan untuk mengawal lalu lintas dan parking, menguruskan pembahagian juadah berbuka, memungut derma yang akan disumbangkan kepada wakil Gerakan Islam Palestin serta menjalankan lain-lain tugas.

Iftar Jabatan Amal Kelantan

0 comments











Kota Bharu, 15 September - Jabatan Amal Kelantan telah mengadakan majlis iftar untuk meraikan semua Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Negeri dan semua amal yang telah turun ke Selat Klang baru-baru ini dalam satu majlis yang diadakan di hotel Raudah yang telah diatur oleh bendahari dan setiasaha. Majlis iftar ini bermula jam 6 petang dengan dimulakan dengan tazkirah disampaikan oleh Ustaz Masri (Amal kawasan Bachok) selama 20 minit. Selepas itu ucapan Ustaz Muhammad Hafiz Musa, Pengarah Amal Kelantan dan ucapan wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK), Ustaz Wan Azimi (bendahari).

Turut diraikan pada majlis iftar tersebut adalah 4 pasangan amal yang baru berkahwin. Turut dijemput bagi memeriahkan lagi majlis iftar adalah mantan pengarah Jabatan Amal Kelantan sebelum ini, Ustaz Zulnabli dan dewan harian DPPNK. YB Ketua Pemuda, Timb. Ketua dan YB Naib Ketua DPPNK tidak dapat hadir sama bagi memeriahkan majlis kerana atas sebab bertembung majlis.

Majlis seumpama ini diadakan bagi meraikan ALP Jabatan Amal Kelantan yang belum pernah diraikan dalam sesuatu majlis. Sekurang-kurangnya dengan adanya majlis seumpama ini dapat merapatkan lagi ukhuwah dikalangan kami amal-amal semua.

Selesai berbuka, kami sama-sama solat berjemaah di surau hotel. Selepas itu sempat juga berbincang petugas kawasan mana yang patut bertugas di Ghazwatul Badr anjuran Badan Perhubungan Negeri yang mana kami minta menghantar seramai 50 orang anggota bagi mengawal lalu lintas di majlis tersebut. Selesai semuanya majlis pun bersurai.

Kebakaran Rumah Aktivis Pemuda PAS, Unit Amal dan Pelajar PASTI.

0 comments




Tasek Gelugor : Kebakaran yang sekelip mata pada pagi semalam telah memusnahkan sebuah rumah di Kg Setol. Mangsa seorang ibu tunggal Norhaini Ahmad yang mempunyai 11 orang anak di mana 2 orang telah berkahwin, 2 orang bekerja dan 7 orang masih bersekolah yang kecil sekali berusia 6 tahun yang belajar di PASTI Guar Kepayang.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan bantuan permulaan melalui tabung kebajikan PASTI Pusat kepada mangsa sempena bulan Ramadhan ini dan untuk persiapan harirraya yang bakal menjelma nanti kerana segala peralatan dan tempat tinggal musnah dalam kebakaran tersebut. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Semasa kejadian jam 11.30 pagi semalam (16.09.2008), beliau pada masa itu telah keluar bekerja di Sg Dua, dan anak-anak telah keluar ke sekolah hanya tinggal anak yang kecil berusia 6 tahun bermain di luar rumah, bergegas pulang setelah mendapat panggilan telefon dari jiran. Apabila sampai pihak bomba sudah mengawal kebakaran untuk tidak merebak ke rumah berdekatan. Sebelum kedatangan pihak PASTI Negeri, pimpinan PAS Kawasan Tasek Gelugor yang di ketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang dan beberapa ahli jawatankuasa perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan telah menyampaikan sumbangan.

Suami beliau yang telah lama meninggal dunia merupakan salah seorang aktivis PAS dan pada masa ini anak-anak beliau turut terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan seperti anak ketiga beliau Mohd Husaini merupakan ahli pemuda dan Unit Amal Kawasan Tasek Gelugor. Kesungguhan yang Puan Norhaini tunjukkan adalah semua anak-anaknya merupakan bekas pelajar PASTI Cawangan Guar Kepayang.

Buatmasa ini beliau menumpang di rumah anak sedara yang bersebelahan dengan rumah beliau dan beberapa anak beliau menetap di asrama sekolah dan rumah kakak beliau. Kepada semua muslimin dan muslimat yang turut merasai keperitan yang dihadapi oleh mangsa boleh la menyampaikan apa-apa sumbangan berupa keperluan harian, pakaian dan wang tunai boleh salurkan ke :

Akaun Bank Islam : BIMB : 07025010008005

atau menghubungi :

SU Pemuda Saudara Mohd Noor – 0164175770 ,
Ketua Penerangan : Zamadi Omar – 0194467922 ,
Pihak PASTI Negeri Saudara Aswad – 0195410415
PAS Kawasan Tasek Gelugor Saudara Zamri Darus - 0194572116

rujuk :

http://pemudapenang.wordpress.com/

Jelajah Ramadhan Unit Amal Sabah

0 comments

Sempena Ramadhan Al Mubarak ini, Unit AMAL Sabah sekali lagi menjalankan misi kemanusiannya dengan program Jelajah Ramadhan yang akan diadakan di Negeri Sabah di bawah bayu ini.Tepat jam 9.00 malam bertempat di Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu.

Majlis Perasmian Jelajah Ramadhan dirasmikan oleh Pengarah Yayasan AMAL Sabah iaitu Tuan Haji Khairan Untong yang dihadiri oleh lebih kurang 3o orang ahli Unit AMAL Sabah dan Yayasan AMAL Sabah. Pada majlis tersebut, Tuan Haji Khairan telah menyerahkan banner Jelajah Ramadhan kepada ketua rombongan tersebut iaitu Saudara Akhwan Affandi (gambar) sebagai simbolik bermulanya jelajah Ramadhan ini.

Semasa majlis tersebut, Tuan Haji Khairan telah menyatakan rasa syukur kerana Unit AMAL dan Yayasan AMAL sentiasa berganding bahu dalam menyampaikan misi kemanusiaan tidak kira dimana jua mereka berada. Tambah beliau lagi ” apa yang lebih penting iaitu, bagaimana kita mampu untuk melahirkan generasi pewaris yang akan menjadi pelapis kepada kepimpinan yang sedia ada ini”.

Rombongan yang diketuai oleh saudara Akhwan Affandi ini diiringi oleh 5 orang petugas unit AMAL Pusat akan memulakan jelajah Ramadhan pada 9 September ke kawasan-kawasan kampung di bahagian pedalaman atas untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan. Misi ini akan berakhir di kg Korum, Pitas pada 18 September 2008.

Unit Amal Kedah Adakan Lawatan Ke Merbok

0 comments

sembang-sembang dengan YB sebelum berbuka


sempoi buka posa sini, geng merbok jamu nira


YB Penasihat Jabatan Amal Kedah


amboi Pak Lang, sampai senget kepala


mendengar sedikit perkembangan terkini kerajaan
negeri dari EXCO



Alhamdulillah YB Penasihat bagi sediki sumbangan


kereta YB pun sangkut, jalan licin lepas hujan


Sdr Fuad, telepas habih gudang garam


fuh!!, Ustaz Z, sampai muncung mulut2 makan more Radix Fried Chicken
yang ditaja oleh Ustaz Zahir, Ketua Pemuda Merbok


Merbok, 9 Sept 2008 - Jabatan Amal Negeri Kedah telah mengadakan lawatan mahabbah ke kawasan Merbok dan bertemu dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok yang diadakan di Merbok Chalet di sini. Lanjutan dari perjumpaan itu, satu mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok telah diadakkan di sini selepas solat tarawikh sempena Jambori Amal Negeri Kedah yang akan diadakan di Merbok pertengahan Desember nanti.

Sebelum itu Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Kedah telah diraikan dengan majlis berbuka puasa bersama AJK Pemuda Merbok. Majlis tersebut turut disertai oleh YB Dr. Hamdan yang juga Penasihat Jabatan Amal Kedah. Kesempatan itu semua yang hadir telah berpeluang beramah mesra dengan EXCO Kerajaan Negeri Kedah dan diberi sedikit taklimat mengenai perkembangan semasa kerajaan negeri. Jabatan Amal juga menerima sedikit sumbangan dari YB Dr Hamdan bagi menyokong kerja-kerja amal yang akan dilaksanakan.

Misi Bantuan Bencana Ribut Unit Amal Johor Di Selat Klang

0 comments





Oleh : Pen. S/u Unit AMAL Johor

Klang : 6 September (Sabtu). Atas arahan Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Pusat, seramai 30 anggota Unit AMAL Johor yang diketuai oleh Noorkhalim bin Haji Sakib (gambar) bersama-sama dengan Anggota Unit AMAL negeri-negeri lain telah berada di DUN Selat Kelang bagi misi membantu rumah mangsa ribut yang melanda pada rabu lepas.

Noorkhalim yang juga selaku Pengarah AMAL Johor berkata sebanyak 300 buah rumah yang dilaporkan terlibat. Namun begitu anggota Unit AMAL Johor telah di tugaskan di kampung Sungai Udang tidak dapat meneruskan kerja-kerja membaiki rumah mangsa berikutan hujan turun dengan lebat. Turut hadir membantu adalah Juara Akademi Nasyid iaitu Sdr.Azhan Atan.

Sementara menunggu hujan reda, anggota Unit AMAL Johor bersama sebahagian anggota RELA telah membantu penduduk kampung membungkus bubur lambok untuk diagih-agihkan kepada mangsa.

Selesai solat Zuhor, sebahagian anggota AMAL Johor telah membantu membaiki 3 buah rumah yang terlibat dan selesai pada waktu petang.

Kami anggota Unit AMAL Johor mengucapkan ribuan terimakasih kepada ADUN Selat Kelang kerana menyambut kehadiran kami dengan baik.

'Jejak Musta'afin' Unit Amal Pulau Pinang Sasar Bantu 10 Keluarga Miskin

0 comments



PULAU PINANG, 10 Sept (Hrkh) - Unit Amal Negeri Pulau Pinang menyasarkan sepuluh keluarga paling miskin di Pulau Pinang untuk diberikan bantuan serta membantu keluarga berkenaan meningkatkan ekonomi seharian.Pengarahnya, Nor Azman Ishak (gambar) ketika dihubungi menambah, semua program tersebut termaktub dalam program 'Jejak Musta'afin' yang sedang dilaksanakan khususnya kutipan wang ringgit.

"Unit Amal Pulau Pinang telah berjaya membantu tiga keluarga setakat ini iaitu di Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas. Mereka ini dalam pemerhatian Unit Amal," terangnya.Sempena Ramadan dan Aidilfitri ini Unit Amal yakin dapat membantu keluarga berkenaan serta menyumbangkan bantuan ke hospital, katanya.

Ujar beliau, Unit Amal hanya sebagai perantara antara masyarakat yang memerlukan bantuan dengan kerajaan yang berkuasa.

Sambungnya, bila Kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa di Pulau Pinang ia menjadi lebih mudah berbanding dulu wujud sekatan politik oleh individu Umno.

"Kali ini mereka yang memerlukan akan dibawa ke pengetahuan Exco Kebajikan, Kesihatan dan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh atau Adun daripada Pakatan Rakyat tidak kira ia dari PAS, KeADILan atau DAP," jelas Nor Azman.

Bila kerja kebajikan itu dilaksanakan, imej Unit Amal telah meningkat dan mendapat perhatian ramai termasuk diberikan pengiktirafan dalam pembarisan Hari Kebangsaan Ke-51 di perkarangan Queen Bay, Bayan Baru dan perarakan Maulidur Rasul di Tapak Ekspo Seberang Jaya awal tahun ini.

Oleh itu beliau meminta semua peringkat organisasi PAS merangka berbagai strateji untuk meningkatkan angka Unit Amal Pulau Pinang untuk menyenangkan matlamat dan tujuan melakukan kebajikan yang berterusan. - mns_