200 Sertai XPDC Dakwah

0 comments


















Lebih kurang 200 sukarelawan pemuda, muslimat, mahasiswa dan Unit Amal menyertai xpdc dakwah di perkarangan stadium merdeka semalam. XPDC dakwah tersebut adalah susulan daripada bantahan Pemuda PAS Wilayah kepada konsert Avril yang diadakan pada malam itu.

XPDC dakwah yang diketuai oleh Sdr Kamaruzaman, bermula pada pukul 7 petang. Sebelum memulakan edaran risalah, para peserta XPDC solat fardhu maghrib dan sunat hajat secara berjemaah dikawasan berdekatan dengan stadium Merdeka.

XPDC tersebut turut disertai oleh Ust. Nasrudin Tantawi (Timb. Ketua Pemuda PAS Pusat), Sdr Adram (Exco DPPP) dan Sdri. Aiman Athirah (Setiausaha Dewan Muslimat PAS).

Peserta XPDC dipecahkan kepada 3 kumpulan dan mula bergerak mengedarkan risalah pada kira-kira jam 8 malam. Suasana agak tegang apabila kumpulan yang diketuai oleh Sdr Adram cuba dihalang oleh pasukan polis. Walaubagaimanapun akhirnya pihak polis membenarkan edaran risalah dengan syarat-syarat tertentu.

Target utama edaran pada malam tersebut ialah orang-orang Islam dan Melayu, yang ingin menonton konsert tersebut.XPDC tersebut yang tamat pada pukul 11.30 malam, diakhiri dengan tazkirah dan doa oleh ust Nasrudin Tantawi.

Kamaruzaman juga mengumumkan dua lagi XPDC yang akan di buat pada malam 30 Ogos di Dataran Merdeka dan 31 Ogos pukul 4 petang di Lorong Hj Taib. Selain itu ceramah, munajat dan qiamullail malam merdeka yang dianjurkan oelh Lajnah Dakwah dewan Pemuda akan diadakan di Ampang bersempena sambutan 35 tahun kepimpinan ulama.

Petugas Unit Amal meninggal dunia ketika hendak bertugas

0 comments



PERMATANG PAUH, 28 Ogos (Hrkh) - Seorang ahli Unit Amal Kawasan Permatang Pauh, Saiful Anzani Rozi,20, meninggal dunia pagi tadi di Hospital Seberang Jaya akibat kemalangan motosikal ketika menuju ke Sekolah Permatang Pasir untuk bertugas mengawal Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa.

Allahyarham yang tinggal di Kampung Permatang Janggus, Permatang Pauh di bawa ke hospital oleh rakanya mengalami pendarahan teruk dalaman di bahagian dada.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Permatang Janggus selepas Zohor hari ini.

Sebelum itu, semalam wakil Husam, Mohd Ali Akbar Yusuf menyampaikan sumbangan wang ringgit kepada ibu bapa Allahyarham di luar bilik ICU hospital berkenaan.

Beliau diiringi oleh Ahli Jawatankuasa Unit Amal Negeri, Mohd Aminudin Hashim dan Setiausaha Unit Amal Negeri Baharin Ahmad.

Bapanya, Rozi Din ketika dimaklumkan kemalangan yang menimpa sedang bertugas mengangkut pengundi Barisan Nasional (BN) manakala ibunya, Salmah Din sedang membuang undi.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12.20 tengahari apabila motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lagi motosikal. Allahyarham dikatakan terhumban dan terkena tiang elektrik yang berada di bahu jalan.

Menurut Mohd Aminudin, Allahyarham memang seorang yang senang diajak berbincang dan sentiasa memberikan masa jika diarahkan.

Di malam terakhir Pilihan raya Kecil Permatang Pauh, Allahyarham dan rakanya terlibat dengan tugas sebagai pengawal keselamatan pimpinan PAS yang berada di sepanjang masa berkempen. Semoga keluarga allahyarham bersabar dengan tragedi yang menimpa. Al-Fatihah. - mks. _



Muktamar PAS Pusat di Stadium Indera Mulia, Ipoh

0 comments

Jambori Amal Negeri Pahang Kali Ke-11

2 comments










Pada 18 Julai lalu, Jabatan Amal Pahang telah menganjurkan Jambori Amal peringkat negeri yang diadakan bertempat di Pusat Rekreasi Kg. Kuala Triang, Bera.

Jambori yang diadakan selama 3 hari 2 malam dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah 3, Saripuddin Mohd Yatim. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah pemangku Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Mohd Saad.

Seramai hampir 200 orang peserta yang menyertai Jambori pada kali ini.


Unit Amal Kuala Krau Terus Berbakti

0 comments





Pada 8 Jun 2008 yang lalu, Unit Amal Malaysia Kawasan Kuala Krau, Pahang sekali lagi menabur bakti kepada penduduk Matau ,Bandar Pusat Jengka yang pernah menjadi mangsa banjir pada hujung tahun lepas,dengan menyumbangkan seekor lembu untuk Jamuan Hari Keluarga.

Sumbangan lembu aqiqah itu telah diserahkan oleh Penyelaras Amal Kawasan, Ustaz Aris Fezul Ismail kepada wakil penduduk Tuan Hj Saleh Abdullah yang merupakan antara peneroka awal di kawasan Matau.

Di majlis tersebut berbagai acara sukaneka untuk anak-anak dan ibu bapa,pertandingan mewarna dan jamuan kesyukuran telah diadakan.

Pihak penganjur majlis turut memberi penghormatan kepada Penyelaras Amal membuat cabutan bertuah dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pada hujung tahun lepas hampir 400 penduduk Matau dari 90 buah keluarga telah menjadi mangsa banjir terbesar selepas 30 tahun.Unit Amal telah menjadi satu satunya pihak yang paling banyak memberi sumbangan bantuan termasuk mengagihkan makanan dan minuman,pakaian,operasi pembersihan dan lain-lain lagi.

Unit Amal dengan jayanya memberi khidmat sukarelawan secara percuma tanpa mengira fahaman politik.Selain Unit Amal Kawasan,petugas Amal dari Negeri Sembilan turut menyumbangkan tenaga.


Makluman Pertukaran Blog Jabatan Amal Malaysia DPPP

0 comments
Dimaklumkan bahawa blog Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat telah bertukar alamat blog dari http://jabamal.wordpress.com kepada http://jabamal.blogspot.com .

Harap Maklum.











MOHD SHAHRAINI ABU SAHID
Ketua Setiausaha
Jabatan Amal Malaysia DPPP
07/09